Khamis, 20 November 2008

Sungai Petani - berjayakah BN tawan kembali (2)

Di dalam Parlimen Sungai Petani terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (DUN). N27 Pantai Merdeka, N28 Bakar Arang dan N29 Sidam. Penulis ingin meninjau DUN Pantai Merdeka yang mempunyai 34,428 pengundi. Di Pantai Merdeka terdapat 82.96% pengundi Melayu, 9.95% pengundi Cina, 6.95% pengundi India dan 0.14% lain-lain pengundi.

DUN Pantai Merdeka belum pernah ditawan pembangkang. PRU ke-11 (2004) BN/UMNO menguasai DUN ini. Tahun 2004 Datuk Dr. Shuib Saedin telah berjaya mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 2,661 undi. Malangnya pada tahun PRU ke-12 (2008) Calon PAS, Abdullah Jusoh telah berjaya menawan DUN Pantai Merdeka dengan majoriti sebanyak 503 undi.

DUN ini mengambil sempena nama Pantai Merdeka, salah sebuah pusat peranginan yang agak popular di negeri Kedah ini. Pekan terdekat adalah Kota Kuala Muda, bekas ibu negeri Kedah Darul Aman.

Para pengundi terdiri dari kaum Melayu. Oleh itu hanya parti yang berteraskan orang Melayu seperti PAS dan UMNO mendapat tempat disini. Setiap kali pilihan raya, hanya dua parti sahaja yang bertanding. Pengundi DUN ini kebanyakannya tinggal di kampung-kampung. Soal pembangunan kampung amat di perlukan. Kebanyakan pengundi bekerja sebagai petani dan nelayan. Selain daripada itu terdapat juga yang berkerja sendiri seperti berniaga dan usahawan kecil. Kakitangan swasta dan kerajaan juga terdapat disini tetapi dalam jumlah yang agak kecil.

Sekiranya BN/UMNO ingin menawan kembali DUN ini, UMNO mestilah bekerja kuat dan menyakin pengundi bahawa UMNO mampu membela nasib orang Melayu disini. Persepsi negatif terhadap UMNO di sini perlu di ubah. Salah satu faktor kekalahan UMNO di sini adalah kerana JKKK tidak memainkan peranannya dengan berkesan dan telus. Ramai yang mendakwa berlakunya pelbagai penyelewengan dalam mengagihkan peruntukan yang telah diluluskan.

Diharapkan dengan perlantikan JKKKP yang lebih prihatin bakal membantu menaikkan imej BN/UMNO di kalangan pengundi. Sekiranya sikap yang dulu masih diamalkan, tak mustahil DUN Pantai Merdeka akan kekal di tangan PAS.

4 ulasan:

DukeOfUMNO berkata...

Diharap geng pantai merdeka, terutamanya penulis dapat berganding bahu dengan kami utk menawan kembali Kedah ke pangkuan BN...kita perlu sedarkan pemimipin2 UMNO Kedah utk berani berubah...dan kembalikan keyakinan rakyat pada UMNO...kita mesti bersatu dari terus membiarkan Pakatan Rakyat merosakkan Kedah!

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam DukeOfUMNO,

Tahun ini UMNO Bahagian di pimpin oleh orang baru. Gandingan orang lama dan baru dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian mungkin akan membawa banyak perubahan. Begitu juga tahun ini ramai ketua-ketua cawangan baru, kebanyakannya tak melebihi umur 50 tahun. InsyaAllah akan ada perubahan.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

wanbaki berkata...

Salam..
memang kita nak buat perubahan, tapi kalau pemimpin UMNO menang pasal "sepak" nak buat apa.
Kita nak salahkan siapa kalau yang menang masa pemilihan hari tu bukan dari kehendak akat umbi tetapi kehendak ketua cawangan dan perwakilan yang dah kena "sepak"...
Bukan si SP ja di baling pun sama.

aku kenai Firdaus tu sapa. Aku dok jalan kempen dia masa PRU12 dan dia kalah di K.ketil

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Wanbaki,

Tahun ni memang trend dia macam tu. Kalau tidak tak kan rombongan Datuk Ali Rustam sanggup turun kat Subaidah Taman Jati semata-mata hendakkan pencalunan.

Trend ni sebenarnya dah merebak ke pemilihan cawangan-cawangan. Mungkin UMNO nie dah tua...atau dah nyanyuk.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.