Jumaat, 12 November 2010

Mukhriz atau Mahadzer Khalid

Sekiranya mensyuarat Majlis Tertinggi(MT) diadakan pada 26 Novenber 2010 ini, diharapkan semua teka-teki mengenai perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah (BPUNK) akan terjawab. Adakah kedudukan Pengerusi BPUNK akan berubah, sekiranya berubah maka akan tamatlah perkhidmatan Datuk Mohd Shafiee Afdal di Kedah dan mungkin digantikan dengan pimpinan tempatan. Banyak desakan yang mahukan UMNO Kedah dipimpin oleh pemimpin tempatan.

Sekiranya Dato' Mukhriz dilantik menerajui BPUNK, ianya merupakan muka baru dalam arena politik Kedah. Maka Dato' Mukhriz kena berdepan dengan 15 ketua-ketua bahagian yang mana terdapat gandingan baru dan lama. Pengalaman dan komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi merealisasi hasrat supaya BN kembali berkuasa di Kedah. Tanpa sokongan padu dari semua ketua-ketua bahagian amat sukar hasrat ini untuk dicapai.

Ada juga pihak yang masih mahukan BPNUK dipimpin oleh Dato' Mahadzer Khalid. Mereka berpendapat pengalaman beliau amat diperlukan bagi menyatukan kembali UMNO Kedah.
Pergolakan dalaman beberapa UMNO bahagian di Kedah merupakan satu tugasan berat bagi sesiapa yang dilantik menerajui UMNO Kedah.

Keputusan Presiden parti juga diharapkan dapat membawa perubahan kepada UMNO Kedah yang kini dahagakan kepimpinan yang diterima oleh semua pihak.