Jumaat, 21 November 2008

Mengapa March jadi pilihan

Mac 2008, UMNO berperang dengan pembangkang dalam PRU ke-12, hasilnya lima negeri telah hilang. Ini tidak termasuk 10 kerusi hilang di Wilayah Persekutuan. Kini kita menanti pula peperangan kedua. Peperangan telah bermula dan akan dimuktamatkan pada Mac 2009.

Bibit peperangan telah bermula. Terbaru wanita UMNO melalui naib dan ketuanya telah mengistiharkan akan bertanding jawatan ketua Wanita UMNO. Jika pertandingan diterus akan terkuburlah salah seorang dalam arena politik wanita. Jikalau Tan Sri tersingkir, maka dengan sendirinya pelan peralihan kuasa berjaya walaupun dalam situasi yang berbeza. Seandainya Dato' Seri Shahrizat yang kalah, apa akan jadi dengan karier politiknya?

Begitu juga perang merebut jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketuanya, juga terdapat saingan hebat. Sungai Petani mempertaruhkan Ketua Puteri Shahanim Mohd Yusof (mendapat 45 pencalunan) yang akan bertanding Naib Ketua Puteri.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO. Negeri Kedah menaruh harapan agar Dato' Mukhriz Mahathir akan berjaya dalam pemilihan ini. Kedah semakin ketandusan pemimpin ketika ini. Harapan besar disandarkan kepada Dato' Mukhriz (mendapat 74 pencalunan) yang bakal membawa sinar baru kepada UMNO negeri Kedah.

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Mahdzir Khalid (94), Datuk Johari Baharum (72), Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir (67), Abdul Azeez Abd. Rahim (35), Datuk Ahmad Lebai Sudin (15), Dato' Azimi Daim (13). Sejauh mana kemampuan keenam-enam calon ini hanya akan kita ketahui menjelang Mac 2009.

Kalau nak perang pun peranglah tapi jangan sampai menang sorak kampung tergadai.

Khamis, 20 November 2008

Sungai Petani - berjayakah BN tawan kembali (2)

Di dalam Parlimen Sungai Petani terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (DUN). N27 Pantai Merdeka, N28 Bakar Arang dan N29 Sidam. Penulis ingin meninjau DUN Pantai Merdeka yang mempunyai 34,428 pengundi. Di Pantai Merdeka terdapat 82.96% pengundi Melayu, 9.95% pengundi Cina, 6.95% pengundi India dan 0.14% lain-lain pengundi.

DUN Pantai Merdeka belum pernah ditawan pembangkang. PRU ke-11 (2004) BN/UMNO menguasai DUN ini. Tahun 2004 Datuk Dr. Shuib Saedin telah berjaya mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 2,661 undi. Malangnya pada tahun PRU ke-12 (2008) Calon PAS, Abdullah Jusoh telah berjaya menawan DUN Pantai Merdeka dengan majoriti sebanyak 503 undi.

DUN ini mengambil sempena nama Pantai Merdeka, salah sebuah pusat peranginan yang agak popular di negeri Kedah ini. Pekan terdekat adalah Kota Kuala Muda, bekas ibu negeri Kedah Darul Aman.

Para pengundi terdiri dari kaum Melayu. Oleh itu hanya parti yang berteraskan orang Melayu seperti PAS dan UMNO mendapat tempat disini. Setiap kali pilihan raya, hanya dua parti sahaja yang bertanding. Pengundi DUN ini kebanyakannya tinggal di kampung-kampung. Soal pembangunan kampung amat di perlukan. Kebanyakan pengundi bekerja sebagai petani dan nelayan. Selain daripada itu terdapat juga yang berkerja sendiri seperti berniaga dan usahawan kecil. Kakitangan swasta dan kerajaan juga terdapat disini tetapi dalam jumlah yang agak kecil.

Sekiranya BN/UMNO ingin menawan kembali DUN ini, UMNO mestilah bekerja kuat dan menyakin pengundi bahawa UMNO mampu membela nasib orang Melayu disini. Persepsi negatif terhadap UMNO di sini perlu di ubah. Salah satu faktor kekalahan UMNO di sini adalah kerana JKKK tidak memainkan peranannya dengan berkesan dan telus. Ramai yang mendakwa berlakunya pelbagai penyelewengan dalam mengagihkan peruntukan yang telah diluluskan.

Diharapkan dengan perlantikan JKKKP yang lebih prihatin bakal membantu menaikkan imej BN/UMNO di kalangan pengundi. Sekiranya sikap yang dulu masih diamalkan, tak mustahil DUN Pantai Merdeka akan kekal di tangan PAS.

Rabu, 19 November 2008

Rasuah politik - apa penyelesaiannya

"Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan," kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno." - lapor Malaysiakini.

Mampukah kepimpinan Tertinggi UMNO masakini menanggani masalah ini sebaik mungkin sebelum Perhimpunan Agong UMNO(PAU) Mac 2009. Sekiranya masalah rasuah ini tidak dapat ditanggani dengan berhemah maka kepercayaan rakyat terhadap UMNO akan luntur. Apakah ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa demokrasi telah disalah gunakan. Adakah kepimpinan tertinggi akan mengambil tindakan yang sewajar tanpa mengira pangkat dan darjat sesaorang itu. Mungkinkah ikan bilis juga akan menjadi pilihan berbanding jerung di tengah lautan. Siapakah yang mungkin di kambing hitam dalam menyelesaikan kemelut ini. Inilah di antara beberapa persoalan yang sering muncul dan menjadi topik perbualan di parlimen kedai kopi.

Sekiranya Lembaga Disiplin Parti bertindak tegas, telus dan penuh berhemah, penulis yakin ianya mampu memgembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Rakyat sayangkan UMNO tetapi benci kepada sebahagian pemimpin yang bertindak diluar batasan dan menyemari pemilihan dengan pelbagai taktik dan strategi kotor bagi memenuhi kepentingan peribadi. UMNO kini menjadi perhatian umum, maka sewajarnya tatasusilanya di kawal. Imejnya mudah tercalar hanya kerana perilaku segelintir ahlinya yang tidak terkawal.

Sungai Petani - berjayakah BN tawan kembali (1)

Parlimen Sungai Petani mempunyai jumlah pengundi sebanyak 83,851 orang. PRU 2008, PKR telah memenangi dengan majoriti sebanyak 9,381 undi. Sedangkan pada PRU 2004, BN yang diwakili oleh Datuk Mahadzir Mohd Khir menang dengan majoriti 17,502. Ini bermakna pengundi yang mengundi BN telah lari kepada pembangkang sebanyak 8,121 undi. Mampukah BN/UMNO untuk mendapatkan semula 8,121 undi tersebut. Pada PRU ke-13 tentunya jumlah pengundi akan bertambah. Tambahan pengundi baru akan memenuhi saluran empat Peti Undi.

Kita sedia maklum bahawa pengundi baru lebih condong kepada pembangkang. Apakah alternatif yang ada pada UMNO yang semakin tidak disenangi pengundi. Rasuah dalam politik UMNO telah dibincangkan secara terbuka dan diketahui umum. Ini menyebabkan persepsi umum terhadap UMNO semakin buruk. Persepsi ini ada hubungkaitnya dengan perlakuan para calon, para perwakilan menjelang pemilihan UMNO Bahagian yang baru lalu. Bagaimana kita hendak melenyapkan persepsi negatif ini di kalangan khalayak umum. Mampukan UMNO mengembalikan imejnya di kalangan komponen dan khalayak umum.

Ini adalah tugasan yang berat yang mesti di pikul oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian yang telah diberi mandat oleh para perwakilan baru-baru ini. Sekiranya dua pasukan yang bertanding dalam pemilihan lalu dapat disatukan, maka keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang ada akan pulih. Bila UMNO dapat di pulih dan imej baru dapat dibentuk, barulah parti komponen boleh kita yakinkan untuk memberi kerjasama bagi mendapatkan kembali kerusi Parlimen Sungai Petani dalam PRU ke-13 nanti.

Parlimen Sungai Petani mempunyai pengundi mengikut pecahan adalah 59.79% pengundi Melayu, 29.03% pengundi Cina, 10.78% pengundi India, manakala lain-lain pengundi sebanyak 0.40%. Dari pecahan ini menunjukkan bahawa sokongan dari parti komponen amat diperlukan bagi BN yang diwakili oleh UMNO untuk menawan kembali kerusi P15. Tanpa kerjasama yang erat amat sukar BN mahu menewaskan PKR yang berjaya menawan P15 pada PRU yang lalu. Dari segi kemampuan ternyata BN lebih dari pelbagai sudut. Apa yang penting adalah mengilap semula imej BN dan memberikan persepsi positif kepada pengundi akan membawa kearah matlamat menawan kembali Parlimen Sungai Petani.

Selasa, 18 November 2008

Kepimpinan Melayu hari ini

Sejauh mana orang Melayu mampu mempertahankan kedudukkan serta maruahnya. Tiga parti terbesar disertai oleh orang Melayu. UMNO di pimpin oleh orang Melayu, begitu juga dengan PAS dan PKR. Ini menunjukkan bahawa kuasa politik orang Melayu cukup kuat, mampu mengetuai tiga parti terbesar di Malaysia. Apakah kemampuan berpolotik ini menguntungkan rakyat/orang Melayu keseluruhannya.

Pelbagai persepsi tentang Melayu di utarakan. Orang Melayu sukar bersatu walau pun ada perpatah Melayu ada mengatakan, "bersatu teguh, bercerai roboh". Akibat persengketaan sesama Melayu, bangsa lain merebut peluang yang ada. Melayu terus ketinggalan dalam pelbagai bidang terutamannya bidang ekonomi. Manakala bangsa lain terus maju, hatta dalam bidang politik sekali pun. Mereka akan membuat pelbagai tuntutan di kala kuasa politik orang Melayu semakin lemah. UMNO sebagai tunjang dalam komponen Barisan Nasional terus dihimpit dengan pelbagai tuntutan-tuntutan yang mana setiap tuntutan memerlukan pengorbanan orang Melayu. Contoh yang ketara apabila kerusi Parlimen Gerik di serahkan kepada Ketua Wanita Gerakan, sedangkan lebih 80% pengundi adalah orang Melayu. Secara sedar atau tidak hak Melayu mula di ambil alih oleh bangsa lain demi menyelamatkan parti.

Apakah UMNO terlalu tua untuk terus memerintah negara. Apakah BN masih releven untuk rakyat masa kini. Inilah antara persoalan yang sering berlegar-legar di kedai-kedai kopi di sekitar tempat saya. Rakyat sedar, mereka perlu membuat keputusan walaupun ianya pahit.

Ahad, 16 November 2008

Penipuan kiraan undi : Pemerhati adakan sidang akhbar

Pada 14 November 2008, Jam 9.00 bertempat di kediaman Datuk Azizan Abdul Rahman telah di adakan satu sidang akhbar oleh pemerhati undi. Dalam sidang akhbar tersebut Sdr. Salim Hashim serta dua rakannya yang turut menjadi pemerhati undi ia itu Sdr. Wahid dan Sdr. Nordin Ahmad.


Lebih kurang 200 orang penyokong turut hadir dalam majlis tersebut. Pada permulaan majlis, Sdr. Uzair Zainal Abidin selaku pengerusi majlis tersebut menjelas tujuan di adakan perjumpaan tersebut. Menurut beliau majlis di adakan bagi menjelaskan situasi sebenarnya apa yang berlaku semasa proses pengiraan undi di hari persidangan perwakilan UMNO Bahagian yang di adakan pada 08 November 2008 yang lalu.


Sdr. Salim Hashim telah menjelaskan dengan panjang lebar urutan peristiwa yang berlaku pada hari pengiraan undi tersebut. Menurut Salim terdapat unsur-unsur penipuan semasa pengiraan undi tersebut. Wakil Badan Perhubungan Negeri yang di ketuai oleh Datuk Hussein Abd. Rahman dari UMNO Kulim Bandar Baharu. Penjelasan Salim di sokong oleh Sdr. Wahid dan Sdr. Nordin Ahmad. Majlis diakhiri dengan kenyataan akbar yang dibuat di hadapan pemberita akhbar tempatan yang hadir pada malam tersebut.