Pada 14 November 2008, Jam 9.00 bertempat di kediaman Datuk Azizan Abdul Rahman telah di adakan satu sidang akhbar oleh pemerhati undi. Dalam sidang akhbar tersebut Sdr. Salim Hashim serta dua rakannya yang turut menjadi pemerhati undi ia itu Sdr. Wahid dan Sdr. Nordin Ahmad.
Lebih kurang 200 orang penyokong turut hadir dalam majlis tersebut. Pada permulaan majlis, Sdr. Uzair Zainal Abidin selaku pengerusi majlis tersebut menjelas tujuan di adakan perjumpaan tersebut. Menurut beliau majlis di adakan bagi menjelaskan situasi sebenarnya apa yang berlaku semasa proses pengiraan undi di hari persidangan perwakilan UMNO Bahagian yang di adakan pada 08 November 2008 yang lalu.
Sdr. Salim Hashim telah menjelaskan dengan panjang lebar urutan peristiwa yang berlaku pada hari pengiraan undi tersebut. Menurut Salim terdapat unsur-unsur penipuan semasa pengiraan undi tersebut. Wakil Badan Perhubungan Negeri yang di ketuai oleh Datuk Hussein Abd. Rahman dari UMNO Kulim Bandar Baharu. Penjelasan Salim di sokong oleh Sdr. Wahid dan Sdr. Nordin Ahmad. Majlis diakhiri dengan kenyataan akbar yang dibuat di hadapan pemberita akhbar tempatan yang hadir pada malam tersebut.
2 ulasan:
Saudara penulis,
Ini pandangan sy secara peribadi,sekarang kita telah melihat beberapa buah negara di luar, samada serantau dgn kita telah berubah pemerintahan negara,terkini di U.S,Australia dan N.Zealand telah pun bertukar kerajaan kerana rakyat ingin perubahan.Manakala di Malaysia akan terjadi serupa dgn negara lain sekiranya kerajaan sekarang UMNO/BN tidak memenuhi kehendak rakyat.Malah semasa pemilihan UMNO baru2 ini nampaknya dah ada perpecahan dlm UMNO,ada pemimpin UMNO telahpun mengeluarkan pandangan bahawa UMNO sedang sakit.Seandainya BN/UMNO tidak mampu memperbaiki mutu dan sumbangannya kpd rakyat,suatu hari nanti PR akan memerintah negara.Agenda UMNO sekarang harus memperbetulkan kedudukan,jgn byk sgt berbalah atau bergaduh sesama melayu.Sebagai contoh baru2 ini DAP dan MCA bersatu mempertahankan kouta 30% pemilikkan bumiputra,sedangkan kerajaan Kedah menetapkan 50% kouta org melayu.Kini menurut sumber2 berita keadaan dah selesai dan milikan 30%kekal di Kedah.Kita kena dan hilangkan rasa ego,angkuh dan bongkak kita pd org2 melayu,sy nampak dan terlihat byk pemimpin UMNO malah menteri sekarang begitu angkuh,bongkak dan ego pd bangsa kita dan rakyat.Ini kita kena perlu ubah sikap seorang pemimpin masyarakat,jgn sgt pandang pd RM sahaja.Dahulu saya mengikuti dan bekerja bersama Pak Lah pd thn 2002-2003,DS Azmi Khalid 2003-2005,Manakala boss sy DS Radzi 2005-awal 2008,sy anggap mereka ini ada ketokohan kepimpinan,segala urusan untuk rakyat dapat diselesaikan dgn berhemah,tak angkuh,ego serta bongkak kpd masyarakat mahupun pd para pegawai2 bawahan mereka.Segalanya dpt selesaikan secara harmoni dan mesra.Sy berckp ada sesetengah pak menteri sekarang bersikap dingin pd masalah rakyat.Dr pandangan sy,dlm tempoh 4 thn selepas Najib memegang kerajaan nanti,seandainya rakyat tidak dpt menerima kerajaan sekarang,maka rakyat malaysia sekali lagi akan membuat BN/UMNO derita.Masalah peniaga minyak,kerajaan tidak dpt menolong bumiputra untuk memperbaiki sistem yg ada,sy melihat byk pengusaha minyak tutup stesen,kerana kejatuhan harga minyak,di KL sahaja cukup membimbangkan.Semalam sy ke Johor,hentian sebelah Pedas/Linggi arah ke KL,petronas yg besar ditutup.Sy amat terkejut sekali melihat keadaan.Sy juga ada ramai kawan2 dan kenalan yg menjadi pengusaha stesen minyak,mereka juga turut merungut begitu.Menteri yg berkenaan tak nak dgr rintihan dan keluhan pengusaha ini.Jelasnya,sila rujuk dgn Oil Company terbabit.Kita sama2fikir dan renung sejenak masalah dan rintihan rakyat.Kita jadikan suatu hari nanti di malaysia hanya ada satu jenama minyak kita sahaja iaitu Petronas,Hanya Petronas yg mampu menerajui minyak kita,kebanggaan rakyat malaysia.sama seperti di Indonesia,Pertamina.Jenama lain pun ada tp kurang sgt terdapat.
Salam dizzy boy,
Memang benar UMNO sedang sakit. Kita perlu orang yang mahir merawatnya. Keyakinan rakyat dan ahli UMNO terhadap pemimpin UMNO juga agak berbeza. Ini kerana pihak pembangkang terutamanya PKR mampu menyakinkan rakyat dalam sebarang tindakan mereka.
Keadaan akan lebih kritikal bila PM baru nanti akan dihujani dengan pelbagai tuduhan dan persepsi. Ini sebenarnya cukup membimbangkan. UMNO kini sebenar berada dalam "krisis indentiti" yang cukup hebat. Keegoaan para pemimpin masih tinggi. Di SP pun keadaan ini berlaku. Sebagai ahli biasa, saya hanya melihat ini sebagai petanda bahawa UMNO sedang menuju kearah kehancuran. Ego pemimpin walaupun di peringkat bahagian cukup tinggi dan ini sedikit sebanyak mengundang kebencian di kalangan rakyat.
Kini, rakyat dapat menerima pembangkang di Kedah. Di Kampung saya sendiri, rakyat tidak sibuk mohon itu dan ini, mereka mengerti bahawa Kedah berada di tangan pembangkang. Kalau zaman BN memerintah tak senang duduk Pengerusi JKKK, macam-macam depa mintak.
Ini menunjukkan rakyat/pengundi seolah-olah redha dengan situasi masakini. Sekiranya pemimpin UMNO/BN tidak mampu mengatasi ketokohan pembangkang Kedah mungkin akan kekal seperti hari ini.
Tentang pemilikan/kuota 30%...di SP YB Johari Abdul telah menjelaskan situasi ini kepada warga SP.
Terima kasih atas kesudian Tuan mengunjungi blog ini.
Catat Ulasan