Jumaat, 29 Jun 2012

PRU 13 : Siapa yang tidak seronok jadi "kingmaker"

Analisa Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya umum ke 13 akan berkisar soal kaum adalah satu pil pahit yang mahu tidak mahu perlu ditelan.
Bekas Perdana Menteri itu tentu membuat kesimpulan itu berasaskan senario semasa menjelang negara menghadapi pilihanraya umum yang semua pihak akui paling sengit dalam sejarah tidak lama lagi.

Sebenarnya berbagai perkara yang berlaku sejak tsunami politik pilihanraya umum Mac 2008 menjurus kepada apa yang beliau kata.

Maka bukan sesuatu yang mengejutkan bila Dr Mahathir menilai sentimen rasis dikalangan rakyat semakin menebal semasa berucap pada forum “Politics and Business: The Malaysian Connection di Kuala Lumpur Khamis.

Kalau begitulah sentimen yang menjalar jawabnya tidak susah untuk menjangka bagaimana pergelutan untuk menghadapi PRU13 ini.

Ini lebih-lebih lagi seperti kata bekas Perdana Menteri itu orang Cina kini adalah kingmaker - yakni faktor penentu keputusan pilihanraya itu.

Dalam mana-mana percaturan politik siapa sahaja yang pegang kuasa itu akan merasakan dirinya cukup istimewa.

Salah satunya ialah berbagai tuntutannya perlu diambil kira.

Apa yang berlaku bukan tidak bersebab.Ini kerana dari 60 peratus kuasa mengundi yang tinggal pada orang Melayu sudah terpecah antara penyokong kerajaan dengan pembangkang.

Seperti kata Dr Mahathir dari majoriti kini orang Melayu sudah jadi minoriti. Tiga parti yakni UMNO,PAS dan PKR sangat memerlukan sokongan Cina untuk menang.

“Itulah sebab sekarang ini lebih banyak politik perkauman berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurut Dr Mahathir bagi mengelakkan masalah perkauman pada tahun-tahun awal penubuhan Malaysia, adalah penting bagi parti yang memerintah perlu membuat pengorbanan.

“Kawasan pengundian diberi kepada teman Cina dan India, dan memastikan sokongan mereka terhadap calon-calon daripada perikatan,” katanya.

Beliau menambah, orang Melayu juga menyerahkan 80 peratus majoriti negara dengan memberikan satu juga kewarganegaraan, menjadikan mereka kurang majoriti 60 peratus.

Susahnya sekarang siapa yang mahu ingat sejarah bagaimana murah hatinya orang melayu dalam Perikatan dan kini Barisan Nasional membuka ruang untuk memastikan kestabilan politik dalam perkongsian kuasa yang diamalkan sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Kini pentas dan rentak politik sudah jauh berbeza.

Mungkin rasa terima kasih dan bersyukur atas apa yang dinikmati selama ini sudah tidak menjadi perkiraan lagi.

Bekas Perdana Menteri boleh berharap agar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum hendaklah sanggup melepaskan sesuatu demi mencapai pembangunan ekonomi dan kestabilan sosial jangka panjang.

"Mana-mana kaum janganlah berfikir untuk mengambil semuanya untuk mereka. Anda mesti mengakui bahawa orang lain juga perlu mendapat sebahagian.semua kaum hendaklah menumpukan ke arah membangunkan ekonomi bersama, supaya pembahagian setiap orang adalah lebih besar di samping mengurangkan jurang perbezaan," katanya.

Siapa yang boleh tolak realitinya kini orang yang mendapat nikmati ekonomi yang besar dari kestabilan dan kemakmuran negara adalah orang Cina.

Pandang keliling dari Utara ke Selatan dan Barat ke Timur siapa yang menguasai perniagaan,bangunan bertingkat,banglo besar dan segala macam lain.

Semua itu berlaku ditengah orang Melayu masih memegang kuat kuasa politik negara.

Misalnya cuba tanya orang Cina Pulau Pinang siapa sebenarnya yang membangunkan Pulau Pinang sampai ia menjadi hab ekonomi yang membolehkan mereka berniaga sakan.

Sebab itu Lim Guan Eng boleh bawa beg masuk masuk duduk kerusi empuk di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sambil goyang kaki.

Ia ibarat tikus jatuh ke dalam tong beras.

Juga cuba tanya orang-orang Cina di segenap kawasan bandar yang selama ini terus menerus mengundi pembangkang.

Apa kemudahan dari segi infrastruktur dan kesenangan hidup yang tidak ada di bandar yang mereka boleh komplen berbanding kawasan luar bandar.

Riak sejak dari pilihanraya umum 2008 jelas dapat dilihat.Kalangan orang Cina khususnya golongan yang ekstremis kini melihat peluang mereka untuk mendapat kuasa politik sudah luas terbentang.

Laluannya tidak lain tidak bukan ialah menerusi pakatan pembangkang yang sedia berjanji apa saja untuk menang.

Hakikatnya bukan mereka tidak tahu kaum Cina sudah hidup senang lenang dibawah Barisan Nasional selama ini.

Orang Melayu dalam PAS dan orang Melayu dalam PKR pun tahu hakikat ini.

Mereka juga cukup tahu bagaimana mereka kelak terpaksa berkomporomi lebih banyak dari sudut penguasan politik untuk memastikan sokongan orang Cina tidak lari.

Namun atas kehendak politik lagu yang terus dimainkan untuk menjala sebanyak mungkin undi orang Cina ialah konsep sama rata dan sama rasa bagi semua kaum.

Tak payah nak berselindung disebalik kononnya isu kebebasan bersuara,pilihanraya adil dan bersih serta segala macam lain ,nawaitu utama ialah penguasaan politik.

Dalam usaha untuk terus dan terus menjana rasa benci dan tidak selesa kepada kerajaan...kebelakangan ini berbagai unsur pro pembangkang sedang berkerja lebih masa untuk memastikan faktor kingmaker itu berada dalam genggaman mereka.

Isu Teoh Beng Hock yang jatuh di bangunan SPRM di Shah Alam misalnya terus dimain agar kekal segar dalam ingatan orang Cina.

Untuk tujuan sama banyak lagi isu-isu kecil dan remeh melibatkan orang Cina terus menjadi berita utama di laman-laman portal dan media pembangkang dari masa ke semasa.

Malah ada komen-komen pembaca di laman-laman ini sudah sudah melangkau dari tahap rasis.

Melihat dari strukturnya tidak ramai pemerhati politik yang menilai pakatan pembangkang boleh diharap dalam mentabir negara ini dengan baik.

Ini bukan sahaja terhad kepada perbezaaan ideloji antara PKR-PAS-DAP tetapi banyak faktor lain yang menimbulkan kebimbangan itu.

Bukan rahsia lagi isu moral yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum selesai tetap menghantui dikalangan sebahagian orang-orang PAS yang celik.

Semua ini memungkinkan senario yang boleh membawa perang besar you see...jika berkuasa.

Tolak sebelah itu semua ...apa yang penting di lubuk hati mereka di saat ini ialah mimpi hendak membuka pagar Putrajaya.

Apa yang jadi selepas itu belakang kira.

Makanya orang Cina yang menjadi kingmaker tentu boleh goyang kaki melihat senario ini.

Pokoknya siapa menang siapa kalah mereka tetap tak rugi dari segenap segi.

Mereka tetap berniaga dan mereka tetap menguasai ekonomi negara.

Situasinya ibarat untung sabut,timbul...siapa yang tidak mahu tiba-tiba ada kuasa politik pula jatuh ke riba.- 29/6/2012 - Sumber Agenda

Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung

Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.

Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.

Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.

Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.

Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalam TheStar yang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0.

Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz

Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.

Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

Ahli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.

Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".

"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu

'Satu lambat, kedua bodoh'

Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antara 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.

Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semua.

Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.

Dr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.

"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.

Sumber - Malaysiakini.com