Khamis, 13 November 2008

Sungai Petani : Pemerhati buat laporan polis

"Satu laporan polis telah dibuat kerana mendakwa berlaku unsur-unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam. Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi. Dalam laporannya, Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian. Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Datuk Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid. Selepas pengiraan dilakukan, pengerusi tetap mesyuarat tersebut, Abdullah Saad mengumumkan Ali sebagai pemenang. Ketika dihubungi Malaysiakini, Salim berkata mengesahkan beliau telah membuat laporan polis tersebut malam tadi. Katanya, beliau membuat laporan polis kerana mengesyaki berlaku penipuan dalam proses pengiraan undi. Ekoran itu, kata Salim, beliau telah memberi keterangan selama hampir empat jam di balai tersebut. " - 9/11/2008 (Sumber Malaysiakini.com)

(Ulasan APM)

Di atas adalah berita penuh yang penulis petik dari Malaysiakini. Persoalannya adakah hasil laporan polis ini akan memberi kesan kepada persidangan perwakilan UMNO Bahagian yang telah di adakan pada 08 November 2008. Penulis amat berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan telus. Kes penipuan yang di laporkan ini adalah masalah yang sepatutnya di tangani oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri. Sewajar Perhubungan Negeri mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan keraguan dan kesangsian warga Sungai Petani.

Badan Perhubungan semesti berlaku adil serta telus kepada semua calon-calon yang bertanding. Harapan penulis, perkara perlu di siasat dengan terperinci dan lakukan sesuatu yang boleh memberi keyakinan kepada warga Sungai Petani bahawa Badan Perhubungan merupakan satu badan yang boleh di percayai. Jangan lunturkan kepercayaan warga Sungai Petani terhadap Badan Perhubungan. Tentunya ada kaedah dalam menyelesaikan kemelut ini. Sehingga kini warga Sungai Petani masih tertunggu-tunggu apakah tindakan dan keputusan hasil dari laporan polis tersebut.

Rabu, 12 November 2008

Angin perubahan melanda UMNO Kedah : P14 dan P15

Setelah selesai persidangan UMNO Bahagian ternyata Bahagian Merbok dan Sungai Petani telah bertukar ketua bahagian yang baru. Merbok di ketuai oleh Datuk Tajul Urus Md. Zain menewaskan penyandang Datuk Arzmi Abdul Hamid. Manakala di Sungai Petani pula Ali Yahya mengalahkan Datuk Azizan Abdul Rahman apabila penyandangnya Datuk Mahadzir Mohd Khir tidak bertanding.

Apakah ini adalah kehendak akar umbi. Sedikit analisis PRU lalu. Di Merbok, BN tewas di kerusi P14 Merbok (64,659 pengundi : M:65.66% C:16.06 I:17.32% L0.96%) dan kedua-dua DUN iaitu N25 (Bukit Selambau) dan N26 (Tanjung Dawai). Kalau dulunya P14 di sandang oleh Datuk Zainuddin Mydin (Zam - bekas Menteri Penerangan), namun dalam PRU kali ini P14 di tandingi oleh Senator Tajul tetapi tewas kepada Datuk Rashid Din (PKR) dengan majoriti sebanyak 15, 162 undi. Namun begitu Datuk Tajul menang sebagai ketua UMNO Bahagian Merbok.

Sementara itu bekas ketua bahagian, Datuk Arzmi kalah di N26, kemudian disusuli kalah dalam pertandingan UMNO Bahagian Merbok. Adakah perubahan ini yang dikehendaki oleh ahli UMNO akar umbi?

P15 (Parlimen Sungai Petani) serta 3 DUN iaitu N27 (Pantai Merdeka), N28 (Bakar Arang), N29 (Sidam) tewas kepada pembangkang. P15 ditandingi oleh Datuk Zam apabila penyandangnya tidak di calunkan semula. Datuk Zam tewas kepada Johari Abdul bekas AJK UMNO Bahagian Sungai Petani dengan majoriti 17,502 undi . P15 mempunyai 83,851 pengundi dengan pecahan, Melayu 59.79%, Cina 29.03%, India 10.78% dan Lain-lain 0.40%.

Dalam pertandingan merebut ketua bahagian, persaingan antara Ali Yahya, bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Kedah dengan Datuk Azizan Abdul Rahman, seorang tokoh korporat. Belia adalah Pengerusi Eastern & Oriental dan Pengerusi Panel Pelaburan Tabung Haji. Namun keputusan telah memihak kepada Ali Yahya.

Persoalannya kini, apakah sebenarnya kehendak ahli akar umbi. P14 mempunyai pengundi Melayu lebih berbanding P15 (M:59.79%). Apakah gelombang tsunami yang menguasai kedua-dua bahagian ini mampu untuk pulih dan seterusnya mengambil kembali kerusi dari tangan pembangkang. Benarkah ahli atau lebih tepat lagi para perwakilan telah memikirkan semasak-masaknya keputusan yang mereka telah buat. Adakah para perwakilan telah dirasuk oleh sogokkan atau telah menimbang semua percaturan ini berdasarkan kehendak akar umbi masakini.

Harapan penulis, keputusan sebaiknya adalah keputusan yang tepat dan mampu memberi keyakinan kepada pengundi supaya mereka akan kembali menyokong Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Isnin, 10 November 2008

Ali Yahya Ketua UMNO Sungai Petani

Menjelang jam 11.00 malam, 08 November 2008, wakil Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diwakili oleh UMNO Kulim Bandar Baru mengumumkan keputusan pemilihan UMNO Bahagian Sungai Petani.

Dato' Hussein, timbalan ketua UMNO Kulim Bandar Baru selaku wakil Badan Perhubungan Negeri mengumumkan keputusan tersebut. Beliau hanya umumkan nama pemenangnya tanpa menyebut jumlah undi para calon.

Ali Yahya mengalahkan Dato' Azizan Abdul Rahman bagi jawatan ketua UMNO Bahagian dan Shabri Mahmud mengalahkan Dato' Mahmud Fauzi Saad bagi mengisi jawatan timbalan ketua bahagian. Sementara itu Dato' Mohd Firdaus Zakaria mengalah dua calon lain iaitu Jaafar Mohd Ali dan Mohd Idrus Ismail bagi jawatan naib ketua. Seramai 70 orang calun bertanding bagi merebut 20 kekosongan sebagai AJK Bahagian.

Manakala perwakilan ke Perhimpunan UMNO Malaysia di menanggi oleh Dato' Mahadzir Mohd Khir, Tuan Hj. Md. Akhir Shafie dan Saidin bin Awang. Turut serta dalam kumpulan ini ialah Mohd Yusuf Lazim, Mohd Zamri Saadon dan Zahir Yahaya. Akhir sekali senarai perwakilan dimenangi oleh Mejar (B) Rosli Mat Rejab.

Setelah semua perwakilan dan calon tahu keputusan, penulis lihat ramai yang bermuram durja berbanding yang riang dan ceria. Apalagi kebetulan hujan lebat diluar tempat persidangan di adakan.

Masalah teknikal melanda APM

Beberapa masalah teknikal melanda blog ini. Penulis cuba memperbaiki keadaan. InsyaAllah keadaan akan pulih seperti sediakala. Namun begitu banyak cacatan dalam arkib telah hilang.

Datuk Najib menang tanpa bertanding di Sungai Petani

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani pada 08 November 2008 bertempat di SP Inn, Sungai Petani. Persidangan di rasmikan oleh Dato' Mahadzir Mohd Khir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Ucapan yang penuh emosional memakan masa lebih satu jam. Ini juga merupakan ucapan selamat tinggal kerana beliau tidak bertanding mempertahankan jawatannya kali ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, berlaku pertandingan tiga penjuru. Datuk Mohd Ali Rustam berjaya mendapat 159 undi mengalahkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan 121 undi diikuti Tan Sri Muhammad Mohd Taib dengan 09 undi.

Begitu juga persaingan hebat bagi jawatan naib presiden. Datuk Khaled Nordin mengatasi calon lain dengan 226 undi, diikuti Dato' Hishamuddin Tun Hussein sebanyak 218 undi dan Datuk Shafie Apdal memperolehi sebanyak 178 undi.

Manakala Datuk Dr. Rais Yatim mendapat 49 undi, dituruti Datuk Dr. Jamaludin Jarjis mendapat 39 undi. Sementara itu Dato' Syed Hamid Albar memperolehi sebanyak 33 undi. Akhir sekali Tan Sri Mohd Isa Samad hanya mendapat 02 undi.