Setelah selesai persidangan UMNO Bahagian ternyata Bahagian Merbok dan Sungai Petani telah bertukar ketua bahagian yang baru. Merbok di ketuai oleh Datuk Tajul Urus Md. Zain menewaskan penyandang Datuk Arzmi Abdul Hamid. Manakala di Sungai Petani pula Ali Yahya mengalahkan Datuk Azizan Abdul Rahman apabila penyandangnya Datuk Mahadzir Mohd Khir tidak bertanding.
Apakah ini adalah kehendak akar umbi. Sedikit analisis PRU lalu. Di Merbok, BN tewas di kerusi P14 Merbok (64,659 pengundi : M:65.66% C:16.06 I:17.32% L0.96%) dan kedua-dua DUN iaitu N25 (Bukit Selambau) dan N26 (Tanjung Dawai). Kalau dulunya P14 di sandang oleh Datuk Zainuddin Mydin (Zam - bekas Menteri Penerangan), namun dalam PRU kali ini P14 di tandingi oleh Senator Tajul tetapi tewas kepada Datuk Rashid Din (PKR) dengan majoriti sebanyak 15, 162 undi. Namun begitu Datuk Tajul menang sebagai ketua UMNO Bahagian Merbok.
Sementara itu bekas ketua bahagian, Datuk Arzmi kalah di N26, kemudian disusuli kalah dalam pertandingan UMNO Bahagian Merbok. Adakah perubahan ini yang dikehendaki oleh ahli UMNO akar umbi?
P15 (Parlimen Sungai Petani) serta 3 DUN iaitu N27 (Pantai Merdeka), N28 (Bakar Arang), N29 (Sidam) tewas kepada pembangkang. P15 ditandingi oleh Datuk Zam apabila penyandangnya tidak di calunkan semula. Datuk Zam tewas kepada Johari Abdul bekas AJK UMNO Bahagian Sungai Petani dengan majoriti 17,502 undi . P15 mempunyai 83,851 pengundi dengan pecahan, Melayu 59.79%, Cina 29.03%, India 10.78% dan Lain-lain 0.40%.
Dalam pertandingan merebut ketua bahagian, persaingan antara Ali Yahya, bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Kedah dengan Datuk Azizan Abdul Rahman, seorang tokoh korporat. Belia adalah Pengerusi Eastern & Oriental dan Pengerusi Panel Pelaburan Tabung Haji. Namun keputusan telah memihak kepada Ali Yahya.
Persoalannya kini, apakah sebenarnya kehendak ahli akar umbi. P14 mempunyai pengundi Melayu lebih berbanding P15 (M:59.79%). Apakah gelombang tsunami yang menguasai kedua-dua bahagian ini mampu untuk pulih dan seterusnya mengambil kembali kerusi dari tangan pembangkang. Benarkah ahli atau lebih tepat lagi para perwakilan telah memikirkan semasak-masaknya keputusan yang mereka telah buat. Adakah para perwakilan telah dirasuk oleh sogokkan atau telah menimbang semua percaturan ini berdasarkan kehendak akar umbi masakini.
Harapan penulis, keputusan sebaiknya adalah keputusan yang tepat dan mampu memberi keyakinan kepada pengundi supaya mereka akan kembali menyokong Barisan Nasional dalam PRU akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan