Khamis, 11 Disember 2008

Perlantikan Penyelaras peringkat DUN

Di negeri Kedah Darul Aman adalah negeri yang telah tewas di tangan pembangkang. Tidak terkecuali Parlimen Sungai Petani dan 3 DUN di bawahnya. Parlimen Sungai Petani di sandang oleh PKR melalui YB Johari Abdul, DUN Pantai Merdeka di sandang oleh YB Abdullah Jusoh (PAS), DUN Bakar Arang YB Tan Wei Xu (PKR) dan DUN Sidam, YB Tan Joon Long @Tan Chow Kang (PKR).

Bagi negeri-negeri yang kalah, kerajaan persekutuan telah membentuk tenaga kerja bagi pihak Barisan Nasional. Penulis di fahamkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani di pertanggungjawab menjaga Parlimen Sungai Petani. Beliau juga diarah melantik seorang penyelaras bagi setiap DUN. Selain dari penyelaras ini perlantikan JKKKP juga akan dilaksanakan menjelang 2009.

Selasa, 9 Disember 2008

UMNO di Kuala Terengganu

Setelah selesai pemilihan UMNO peringkat bahagian, sewajarnya inilah masanya barisan kepimpinan bahagian merapatkan barisan dan berada dalam satu saf kepimpinan yang diberi mandat oleh perwakilan. Seharusnya kepimpinan yang dipilih dan tidak terpilih terus berada dalam landasan yang betul. Semua kepimpinan bahagian seluroh Malaysia mestilah digembelingkan bagi membantu calon UMNO yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu nanti.

Sekiranya semua UMNO Bahagian di Malaysia dapat membantu calon yang akan bertanding nanti, tentu komitmen ini akan menjadi sandaran kepada kemenangan UMNO di Kuala Terengganu nanti. Rakyat/pengundi tentunya akan melihat sejauh manakah UMNO kembali bersatu selepas melalui detik pemilihan peringkat bahagian. Persepsi rakyat/pengundi akan bergantung sejauh mana komitmen yang bakal ditunjukan oleh UMNO di Kuala Terengganu nanti. Rakyat/pengundi berhak memilih yang terbaik. Maka sewajarnya UMNO memastikan jenteranya adalah yang terbaik.