Setelah selesai pemilihan UMNO peringkat bahagian, sewajarnya inilah masanya barisan kepimpinan bahagian merapatkan barisan dan berada dalam satu saf kepimpinan yang diberi mandat oleh perwakilan. Seharusnya kepimpinan yang dipilih dan tidak terpilih terus berada dalam landasan yang betul. Semua kepimpinan bahagian seluroh Malaysia mestilah digembelingkan bagi membantu calon UMNO yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu nanti.
Sekiranya semua UMNO Bahagian di Malaysia dapat membantu calon yang akan bertanding nanti, tentu komitmen ini akan menjadi sandaran kepada kemenangan UMNO di Kuala Terengganu nanti. Rakyat/pengundi tentunya akan melihat sejauh manakah UMNO kembali bersatu selepas melalui detik pemilihan peringkat bahagian. Persepsi rakyat/pengundi akan bergantung sejauh mana komitmen yang bakal ditunjukan oleh UMNO di Kuala Terengganu nanti. Rakyat/pengundi berhak memilih yang terbaik. Maka sewajarnya UMNO memastikan jenteranya adalah yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan