Jumaat, 5 Disember 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009

Menjelang 17 Januari 2009, merupakan satu detik yang mencemaskan UMNO. Apakah UMNO mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2004 dan 2008 terus menjadi miliknya. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari 2009, manakala 17 Januari 2009 merupakan hari pengundian. Dalam Pilihanraya Umum yang lalu UMNO memenangi kerusi ini hanya dengan kelebihan 628 undi.

Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) tentunya pihak yang bertanding akan berhabis-habisan untuk mencapai kemenangan. Keupayaan parti PAS di Kuala Terengganu tidak boleh diperkecilkan. Apakah PRK ini juga akhir akan dicemari dengan pelbagai insiden. Di harap pihak yang bertanding lebih berhemah dan mengikut peraturan seperti yang ditetapkan.

Apakah akan ada lagi insiden pada hari penamaan calon dan terus merebak hingga kehari pengundian. Rakyat/pengundi semakin matang. Gunakanlah kematangan ini dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan.

Selasa, 2 Disember 2008

Harga minyak turun lagi

Kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 10 sen lagi. Petrol RON97 turun dari RM2.00 ke RM1.90 dan RON92 dari RM1.90 kepada RM1.80. Begitu juga dengan diesel turun hingga keparas RM1.80.

Apakah berita ini mengembirakan rakyat? Adakah dengan penurunan harga minyak ini bermakna harga barangan lain juga akan turut turun. Apa pula peranan menteri yang bertanggungjawab. Ini semua persoalan yang harus ada jawapannya.

Kalau dulu bila harga petrol melambung, harga barang turut serta. Tidak ketinggalan disektor perkhidmatan dan pembuatan. Semuanya naik, kecuali hujan. Sekarang ini bila minyak turun adakah harga barang akan turun macam hujan yang selalu turun, kekadang sampai banjir.

Kalau harga barang dan perkhidmatan masih juga tidak turun, dimana silapnya. Silap para peniaga ke atau silap pembuat dasar (kerajaan).

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

Satu lagi siri Pilihan Raya Kecil(PRK) akan berlaku. Sebelum ini PRK begitu sengit berlaku di Permatang Pauh. Satu dunia tahu Permatang Pauh. Kini Kuala Terengganu bakal menjadi tumpuan.


Kerusi panas ini pernah dua kali dimenangi oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail (UMNO) pada tahun 2004 dan 2008 kini menjadi tumpuan. Parti PAS pernah memenangi kerusi tersebut pada tahun 1999 melalui Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sekali lagi Datuk Najib akan diberi tanggung jawab mengetuai parti UMNO bagi memastikan BN terus kekal di Kuala Terengganu. Mampukah Datuk Najib dan jenteranya membawa mandat BN bagi mengekalkan kerusi tersebut. Kalau di Permatang Pauh PKR berjaya mempertahankan kerusinya, mampukan UMNO juga mempertahankan kerusinya.

Apakah rakyat/pengundi masih yakin kepada UMNO. Persoalan ini akan terjawab nanti. PAS pastinya merupakan saingan kepada UMNO disini. Kemungkinan parti lain turut serta juga ada. Mungkin Akim, tetapi hingga kini Akim bukanlah pilihan rakyat. Sekali lagi kemampuan calon yang mewakili UMNO/BN akan diuji. Sekiranya Senator Datuk Wan Farid dipilih sebagai calon, UMNO mestilah bekerja bagi memastikan Timbalan Menteri Dalam Negeri ini berjaya mengekalkan kerusi itu terus menjadi milik UMNO.

Adakah UMNO masih merupakan parti yang revelen masa kini, keputusan PRK ini akan memberi jawapannya. Anggota parti UMNO memang bijak berpolitik terutama semasa pemilihan parti. Adakah kebijaksanaan ini akan diterjemahkan dalam PRK Kuala Terengganu nanti.