Kerusi panas ini pernah dua kali dimenangi oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail (UMNO) pada tahun 2004 dan 2008 kini menjadi tumpuan. Parti PAS pernah memenangi kerusi tersebut pada tahun 1999 melalui Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sekali lagi Datuk Najib akan diberi tanggung jawab mengetuai parti UMNO bagi memastikan BN terus kekal di Kuala Terengganu. Mampukah Datuk Najib dan jenteranya membawa mandat BN bagi mengekalkan kerusi tersebut. Kalau di Permatang Pauh PKR berjaya mempertahankan kerusinya, mampukan UMNO juga mempertahankan kerusinya.
Apakah rakyat/pengundi masih yakin kepada UMNO. Persoalan ini akan terjawab nanti. PAS pastinya merupakan saingan kepada UMNO disini. Kemungkinan parti lain turut serta juga ada. Mungkin Akim, tetapi hingga kini Akim bukanlah pilihan rakyat. Sekali lagi kemampuan calon yang mewakili UMNO/BN akan diuji. Sekiranya Senator Datuk Wan Farid dipilih sebagai calon, UMNO mestilah bekerja bagi memastikan Timbalan Menteri Dalam Negeri ini berjaya mengekalkan kerusi itu terus menjadi milik UMNO.
Adakah UMNO masih merupakan parti yang revelen masa kini, keputusan PRK ini akan memberi jawapannya. Anggota parti UMNO memang bijak berpolitik terutama semasa pemilihan parti. Adakah kebijaksanaan ini akan diterjemahkan dalam PRK Kuala Terengganu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan