Jumaat, 19 Disember 2008

IJN tidak perlu diswastakan

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan konsep penswastaan. TNB, Telekom, Pos Malaysia dan pelbagai lagi agensi telah diswastakan. Kini Institut Jantung Negara(IJN) pula bakal diswastakan. Apakah kewajarannya. Biasanya sesuatu Jabatan/Agensi diswastakan ianya akan melibatkan pelbagai aspek. Tujuan utama penubuhan IJN dan fungsinya terhadap masyarakat harus diambil kira. Bila IJN diswastakan tentunya, apa yang dipentingkan adalah keuntungan bukannya kebajikan kepada pelanggan.

Adakah dalam keadaan sekarang kerajaan Malaysia begitu terdesak untuk menswastakan IJN. Apakah pihak yang bertanggungjawab ia-itu Kementerian Kewangan tidak mampu lagi membiayai IJN.

Mana-mana Agensi bila diswastakan akan mengenakan bayaran perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding dengan agensi dibawah urus tadbir kerajaan. Apa kerajaan mahu melihat rakyat lebih tertekan bila mereka memerlukan perkhidmatan di IJN. Janji syarikat yang ingin mengambil alih IJN perlu diteliti. Berapa lama mereka mampu memenuhi janji mereka. Lihat sajalah apa yang terjadi kepada TNB, tarif terus meningkat dengan pelbagai alasan yang mereka berikan tanpa mengira betapa peritnya pengguna kelas bawahan yang terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat.