Khamis, 13 November 2008

Sungai Petani : Pemerhati buat laporan polis

"Satu laporan polis telah dibuat kerana mendakwa berlaku unsur-unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam. Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi. Dalam laporannya, Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian. Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Datuk Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid. Selepas pengiraan dilakukan, pengerusi tetap mesyuarat tersebut, Abdullah Saad mengumumkan Ali sebagai pemenang. Ketika dihubungi Malaysiakini, Salim berkata mengesahkan beliau telah membuat laporan polis tersebut malam tadi. Katanya, beliau membuat laporan polis kerana mengesyaki berlaku penipuan dalam proses pengiraan undi. Ekoran itu, kata Salim, beliau telah memberi keterangan selama hampir empat jam di balai tersebut. " - 9/11/2008 (Sumber Malaysiakini.com)

(Ulasan APM)

Di atas adalah berita penuh yang penulis petik dari Malaysiakini. Persoalannya adakah hasil laporan polis ini akan memberi kesan kepada persidangan perwakilan UMNO Bahagian yang telah di adakan pada 08 November 2008. Penulis amat berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan telus. Kes penipuan yang di laporkan ini adalah masalah yang sepatutnya di tangani oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri. Sewajar Perhubungan Negeri mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan keraguan dan kesangsian warga Sungai Petani.

Badan Perhubungan semesti berlaku adil serta telus kepada semua calon-calon yang bertanding. Harapan penulis, perkara perlu di siasat dengan terperinci dan lakukan sesuatu yang boleh memberi keyakinan kepada warga Sungai Petani bahawa Badan Perhubungan merupakan satu badan yang boleh di percayai. Jangan lunturkan kepercayaan warga Sungai Petani terhadap Badan Perhubungan. Tentunya ada kaedah dalam menyelesaikan kemelut ini. Sehingga kini warga Sungai Petani masih tertunggu-tunggu apakah tindakan dan keputusan hasil dari laporan polis tersebut.

Tiada ulasan: