Isnin, 10 November 2008

Datuk Najib menang tanpa bertanding di Sungai Petani

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani pada 08 November 2008 bertempat di SP Inn, Sungai Petani. Persidangan di rasmikan oleh Dato' Mahadzir Mohd Khir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Ucapan yang penuh emosional memakan masa lebih satu jam. Ini juga merupakan ucapan selamat tinggal kerana beliau tidak bertanding mempertahankan jawatannya kali ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, berlaku pertandingan tiga penjuru. Datuk Mohd Ali Rustam berjaya mendapat 159 undi mengalahkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan 121 undi diikuti Tan Sri Muhammad Mohd Taib dengan 09 undi.

Begitu juga persaingan hebat bagi jawatan naib presiden. Datuk Khaled Nordin mengatasi calon lain dengan 226 undi, diikuti Dato' Hishamuddin Tun Hussein sebanyak 218 undi dan Datuk Shafie Apdal memperolehi sebanyak 178 undi.

Manakala Datuk Dr. Rais Yatim mendapat 49 undi, dituruti Datuk Dr. Jamaludin Jarjis mendapat 39 undi. Sementara itu Dato' Syed Hamid Albar memperolehi sebanyak 33 undi. Akhir sekali Tan Sri Mohd Isa Samad hanya mendapat 02 undi.

Tiada ulasan: