Isnin, 10 November 2008

Ali Yahya Ketua UMNO Sungai Petani

Menjelang jam 11.00 malam, 08 November 2008, wakil Badan Perhubungan UMNO Kedah yang diwakili oleh UMNO Kulim Bandar Baru mengumumkan keputusan pemilihan UMNO Bahagian Sungai Petani.

Dato' Hussein, timbalan ketua UMNO Kulim Bandar Baru selaku wakil Badan Perhubungan Negeri mengumumkan keputusan tersebut. Beliau hanya umumkan nama pemenangnya tanpa menyebut jumlah undi para calon.

Ali Yahya mengalahkan Dato' Azizan Abdul Rahman bagi jawatan ketua UMNO Bahagian dan Shabri Mahmud mengalahkan Dato' Mahmud Fauzi Saad bagi mengisi jawatan timbalan ketua bahagian. Sementara itu Dato' Mohd Firdaus Zakaria mengalah dua calon lain iaitu Jaafar Mohd Ali dan Mohd Idrus Ismail bagi jawatan naib ketua. Seramai 70 orang calun bertanding bagi merebut 20 kekosongan sebagai AJK Bahagian.

Manakala perwakilan ke Perhimpunan UMNO Malaysia di menanggi oleh Dato' Mahadzir Mohd Khir, Tuan Hj. Md. Akhir Shafie dan Saidin bin Awang. Turut serta dalam kumpulan ini ialah Mohd Yusuf Lazim, Mohd Zamri Saadon dan Zahir Yahaya. Akhir sekali senarai perwakilan dimenangi oleh Mejar (B) Rosli Mat Rejab.

Setelah semua perwakilan dan calon tahu keputusan, penulis lihat ramai yang bermuram durja berbanding yang riang dan ceria. Apalagi kebetulan hujan lebat diluar tempat persidangan di adakan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kira undi pun kecoh

Tanpa Nama berkata...

SETAKAT HARI INI AKU TENGOK UMNO SUNGAI PETANI TIDAK BUAT APA PERUBAHAN PUN.STAIL LAMA JUG A YANG DIHIDANGKAN PADA AHLI WALAUPUN DIALAF BARU.TIPU JE....

Tanpa Nama berkata...

DEPA SEDANG LENA AGAKNYA.