Jumaat, 21 November 2008

Mengapa March jadi pilihan

Mac 2008, UMNO berperang dengan pembangkang dalam PRU ke-12, hasilnya lima negeri telah hilang. Ini tidak termasuk 10 kerusi hilang di Wilayah Persekutuan. Kini kita menanti pula peperangan kedua. Peperangan telah bermula dan akan dimuktamatkan pada Mac 2009.

Bibit peperangan telah bermula. Terbaru wanita UMNO melalui naib dan ketuanya telah mengistiharkan akan bertanding jawatan ketua Wanita UMNO. Jika pertandingan diterus akan terkuburlah salah seorang dalam arena politik wanita. Jikalau Tan Sri tersingkir, maka dengan sendirinya pelan peralihan kuasa berjaya walaupun dalam situasi yang berbeza. Seandainya Dato' Seri Shahrizat yang kalah, apa akan jadi dengan karier politiknya?

Begitu juga perang merebut jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketuanya, juga terdapat saingan hebat. Sungai Petani mempertaruhkan Ketua Puteri Shahanim Mohd Yusof (mendapat 45 pencalunan) yang akan bertanding Naib Ketua Puteri.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO. Negeri Kedah menaruh harapan agar Dato' Mukhriz Mahathir akan berjaya dalam pemilihan ini. Kedah semakin ketandusan pemimpin ketika ini. Harapan besar disandarkan kepada Dato' Mukhriz (mendapat 74 pencalunan) yang bakal membawa sinar baru kepada UMNO negeri Kedah.

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Mahdzir Khalid (94), Datuk Johari Baharum (72), Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir (67), Abdul Azeez Abd. Rahim (35), Datuk Ahmad Lebai Sudin (15), Dato' Azimi Daim (13). Sejauh mana kemampuan keenam-enam calon ini hanya akan kita ketahui menjelang Mac 2009.

Kalau nak perang pun peranglah tapi jangan sampai menang sorak kampung tergadai.

Tiada ulasan: