Parlimen Sungai Petani mempunyai jumlah pengundi sebanyak 83,851 orang. PRU 2008, PKR telah memenangi dengan majoriti sebanyak 9,381 undi. Sedangkan pada PRU 2004, BN yang diwakili oleh Datuk Mahadzir Mohd Khir menang dengan majoriti 17,502. Ini bermakna pengundi yang mengundi BN telah lari kepada pembangkang sebanyak 8,121 undi. Mampukah BN/UMNO untuk mendapatkan semula 8,121 undi tersebut. Pada PRU ke-13 tentunya jumlah pengundi akan bertambah. Tambahan pengundi baru akan memenuhi saluran empat Peti Undi.
Kita sedia maklum bahawa pengundi baru lebih condong kepada pembangkang. Apakah alternatif yang ada pada UMNO yang semakin tidak disenangi pengundi. Rasuah dalam politik UMNO telah dibincangkan secara terbuka dan diketahui umum. Ini menyebabkan persepsi umum terhadap UMNO semakin buruk. Persepsi ini ada hubungkaitnya dengan perlakuan para calon, para perwakilan menjelang pemilihan UMNO Bahagian yang baru lalu. Bagaimana kita hendak melenyapkan persepsi negatif ini di kalangan khalayak umum. Mampukan UMNO mengembalikan imejnya di kalangan komponen dan khalayak umum.
Ini adalah tugasan yang berat yang mesti di pikul oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian yang telah diberi mandat oleh para perwakilan baru-baru ini. Sekiranya dua pasukan yang bertanding dalam pemilihan lalu dapat disatukan, maka keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang ada akan pulih. Bila UMNO dapat di pulih dan imej baru dapat dibentuk, barulah parti komponen boleh kita yakinkan untuk memberi kerjasama bagi mendapatkan kembali kerusi Parlimen Sungai Petani dalam PRU ke-13 nanti.
Parlimen Sungai Petani mempunyai pengundi mengikut pecahan adalah 59.79% pengundi Melayu, 29.03% pengundi Cina, 10.78% pengundi India, manakala lain-lain pengundi sebanyak 0.40%. Dari pecahan ini menunjukkan bahawa sokongan dari parti komponen amat diperlukan bagi BN yang diwakili oleh UMNO untuk menawan kembali kerusi P15. Tanpa kerjasama yang erat amat sukar BN mahu menewaskan PKR yang berjaya menawan P15 pada PRU yang lalu. Dari segi kemampuan ternyata BN lebih dari pelbagai sudut. Apa yang penting adalah mengilap semula imej BN dan memberikan persepsi positif kepada pengundi akan membawa kearah matlamat menawan kembali Parlimen Sungai Petani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan