Sejauh mana orang Melayu mampu mempertahankan kedudukkan serta maruahnya. Tiga parti terbesar disertai oleh orang Melayu. UMNO di pimpin oleh orang Melayu, begitu juga dengan PAS dan PKR. Ini menunjukkan bahawa kuasa politik orang Melayu cukup kuat, mampu mengetuai tiga parti terbesar di Malaysia. Apakah kemampuan berpolotik ini menguntungkan rakyat/orang Melayu keseluruhannya.
Pelbagai persepsi tentang Melayu di utarakan. Orang Melayu sukar bersatu walau pun ada perpatah Melayu ada mengatakan, "bersatu teguh, bercerai roboh". Akibat persengketaan sesama Melayu, bangsa lain merebut peluang yang ada. Melayu terus ketinggalan dalam pelbagai bidang terutamannya bidang ekonomi. Manakala bangsa lain terus maju, hatta dalam bidang politik sekali pun. Mereka akan membuat pelbagai tuntutan di kala kuasa politik orang Melayu semakin lemah. UMNO sebagai tunjang dalam komponen Barisan Nasional terus dihimpit dengan pelbagai tuntutan-tuntutan yang mana setiap tuntutan memerlukan pengorbanan orang Melayu. Contoh yang ketara apabila kerusi Parlimen Gerik di serahkan kepada Ketua Wanita Gerakan, sedangkan lebih 80% pengundi adalah orang Melayu. Secara sedar atau tidak hak Melayu mula di ambil alih oleh bangsa lain demi menyelamatkan parti.
Apakah UMNO terlalu tua untuk terus memerintah negara. Apakah BN masih releven untuk rakyat masa kini. Inilah antara persoalan yang sering berlegar-legar di kedai-kedai kopi di sekitar tempat saya. Rakyat sedar, mereka perlu membuat keputusan walaupun ianya pahit.
2 ulasan:
Salam,
Sy amat terimakasih kerana sudi membaca tulisan sy,sy akan berada di sg petani pd 22-11-08 hingga 25-11-08.Jika tak ada aral melintang,boleh kita minum kopi bersama.Kepimpinan melayu hari ini sy nampak hancur dan terabur,mengejar impian untuk bergelar ketua bahagian,cawangan,pemuda cawangan,pemuda bahagian.Kita kena tanya pd calon2 ini,apa peranan untuk umno generasi sekarang.Pada masa dahulu UMNO adalah kuat dan utuh sama sekali.Apabila TDM mula memerintah politik wang sudah masuk ke dlm perhimpunan umno.Wang telah hancurkan org melayu sendiri dan jahanamkan parti org melayu.Sy berharap org melayu dapat bersatu sesama umatnya demi bangsa kita,MELAYU.Samada PAS,PKR dan UMNO perlu bergabung demi negara kita.Sebenarnya org melayu sgt kuat,tetapi org melayu kalah dgn wang RM.Cuba kita tgk,org cina senang sogokkan wang pd org melayu.Pd masa hadapan UMNO tak tahu ke mana arahnya setelah najib memegang tapuk pemerintahan,sejauh mana langkahnya untuk membawa UMNO,sy belum nampak hasilnya,kerana Najib ada masalah dr pelbagai sudut.sy setuju juga kouta 50% milikan bumiputra di Kedah,kerana kita boleh minimumkan kouta pengaruh org cina,ini akan melibatkan pengundi bangsa asing,terutamanya di kawasan bukit selambau,majoritinya melayu,tp wakil rakyatnya hindu(BN),seperti penulis ceritakan di Gerik.Kawasan melayu beri kpd cina,salah satu sbbnya adalah perumahan yg dikuasai oleh kaum cina dll,org melayu tinggal dipinggir bandar.Jumpa sy d sg petani nanti,kita pekena nasi kandar pelita di bwh bangunan umno sg petani n merbok.
Salam dizzy boy,
InsyaAllah, kalau di panjang umur kita boleh bertemu dan bertukar pandangan.
Sekarang ni ramai orang UMNO akan melepak di Pelita, Subaidah (Taman Jati) dan Makbul (Dekat Tesco). Sebelum pemilihan UMNO Sungai Petani, boleh di katakan inilah antara tempat yang cukup popular di kalangan perwakilan.
Terima kasih sekali lagi atas kesudian Tuan melayari blog ini.
Catat Ulasan