Rabu, 19 November 2008

Rasuah politik - apa penyelesaiannya

"Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan," kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno." - lapor Malaysiakini.

Mampukah kepimpinan Tertinggi UMNO masakini menanggani masalah ini sebaik mungkin sebelum Perhimpunan Agong UMNO(PAU) Mac 2009. Sekiranya masalah rasuah ini tidak dapat ditanggani dengan berhemah maka kepercayaan rakyat terhadap UMNO akan luntur. Apakah ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa demokrasi telah disalah gunakan. Adakah kepimpinan tertinggi akan mengambil tindakan yang sewajar tanpa mengira pangkat dan darjat sesaorang itu. Mungkinkah ikan bilis juga akan menjadi pilihan berbanding jerung di tengah lautan. Siapakah yang mungkin di kambing hitam dalam menyelesaikan kemelut ini. Inilah di antara beberapa persoalan yang sering muncul dan menjadi topik perbualan di parlimen kedai kopi.

Sekiranya Lembaga Disiplin Parti bertindak tegas, telus dan penuh berhemah, penulis yakin ianya mampu memgembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Rakyat sayangkan UMNO tetapi benci kepada sebahagian pemimpin yang bertindak diluar batasan dan menyemari pemilihan dengan pelbagai taktik dan strategi kotor bagi memenuhi kepentingan peribadi. UMNO kini menjadi perhatian umum, maka sewajarnya tatasusilanya di kawal. Imejnya mudah tercalar hanya kerana perilaku segelintir ahlinya yang tidak terkawal.

2 ulasan:

dizzy boy berkata...

Saudara penulis,
Trend pemilihan calon dah selesai,kini menunggu hari penentuan,maka tiba waktu sekarang pelobi2 atau kempen manager akan membuat dan perancangan untuk menjatuh lawan secara kotor pulak.sebagai contoh di kota tinggi,syed hamid kurang mendapat pencalonan untuk ketua bahagian,tetapi syed hamid telah kumpul bahan2 bukti yg menyatakan calon yg lawan dia ada guna wang,rasuah.maka dgn secara automatiknya syed hamid menang tanpa bertanding.Sekarang lembaga Displin UMNO telah menjalankan siasatan,sekiranya ada bukti maka,gugurlah lawan hanya ada menang tanpa bertanding walaupun dpt pencalonan yg cukup.Sy fikir2 lebih baik calon2 yg ingin bertanding buat debat terbuka,kita bagi isu tertentu iaitu dari segi ekonomi,politik dan semasa.Jgn beri isu untuk peribadi,kita beri tajuk untuk berdebat dlm hal2 penting,bukannya untuk kepentingan peribadi.Rakyat boleh memilih calon yg berkaliber sebagai pemimpin.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam dizzy boy,

Pada pengamatan dan pengalaman saya sebagai seorang ahli UMNO, tahun ini rasuah politik amat ketara dan boleh di sifatkan sebagai teruk.

Terima kasih kerana terus mengunjungi blog ini.