Selasa, 3 Februari 2009

Menteri yang berprinsip

Menteri Thai letak jawatan

BANGKOK 3 Feb. - Hanya dalam tempoh yang singkat, kerajaan baru Thailand menghadapi pergolakan politik pertamanya dengan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Witoon Nambutr berikutan skandal ikan bertin yang busuk.
Witoon, anggota parti pemerintah Demokrat dari Ubon Ratchathani di Timur Laut negara itu, mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas mesyuarat kabinet mingguan yang dipengerusikan Perdana Menteri dan ketua parti tersebut Abhisit Vejjajiva di Rumah Kerajaan hari ini.
“Saya membuat keputusan sendiri untuk meletak jawatan, tiada sesiapa pun memberi tekanan kepada saya, saya tidak bersalah, saya tidak ada kaitan dengan kes ikan bertin yang busuk itu tetapi saya meletakkan jawatan untuk menjaga nama baik parti saya, kerajaan dan negara,” kata beliau pada persidangan akhbar di sini. - Bernama


Inilah yang dikatakan pemimpin yang berprinsip. Mampukah kita memiliki pemimpin yang sebegini di Malaysia. Rakyat sebenarnya mahukan seorang pemimpin yang terbaik dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sekiranya situasi begini ada di kalangan kita, kita mampu menjana kekuatan dalam parti dan kerajaan. Prinsip yang sebegini melambangkan pemimpin tersebut lebih mementingkan parti dan kerajaan berbanding dirinya sendiri.

Rakyat telah memilih pemimpin dan sepatutnya mandat tersebut dimanfaat sebaiknya. Sebaliknya rakyat akan kecewa sekiranya pemimpin yang mereka pilih lebih mementingkan dirinya berbanding rakyat yang diwakilinya. Jangan sampai satu masa nanti rakyat sudah tidak lagi menghormati pemimpin. Sebarang tindakan yang hendak dilakukan pemimpin hendaklah berhemah, bukannya tindakan yang membuatkan rakyat semakin benci dan meluat kepada pemimpin.

Penulis cukup terharu bila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatannya berikutan kekalahan BN untuk memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen. Kini masih lagi ada pemimpin yang masih mahu mengekalkan kedudukannya walaupun negeri yang dipimpinnya tewas. Sewajarnya pemimpin tersebut mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut. Mungkin prinsip pemimpin berkenaan tidak sama dengan prinsip Witoon Nambutr.

4 ulasan:

dizzy boy berkata...

UMNO cukup rakus dan ganas,itulah petikan dari my ex-boss.fikir-fikri la sendiri.cukup memalukan rakyat,dah la rakyat sekarang ni hilang keyakinan,begini pula UMNO sanggup lakukan.Rakyat mempunyai dendam kesumat terhadap UMNO/BN.Kita sama2 saksikan nanti episod yg lebih panas dan mengganas di masa akan datang.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Kepimpinan UMNO inigin buktikan yang mereka mampu mengubah senario politik negara. Ini ada hubungkait dengan Pemilihan UMNO Mac depan. Kemungkinan besar dalam PRK yang bakal menjelma di Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menjelaskan situasi sebenar UMNO/BN masa kini.

Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

Mai join Radio Atok

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Atok,

OK