Khamis, 26 Mac 2009

Ketua Pemuda dan cabarannya

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang selasa sebagai ketua Wanita Umno. Khairy Jamaluddin berjaya menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir bagi mengisi jawatan Ketua Pemuda. Sementara Naib Ketua Pemuda dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim. Manakala Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula menang sebagai Ketua Puteri dan Puan Shahanim Mohd Yusoff, Naib Ketua Puteri. Mungkin UMNO Kedah boleh berbangga kerana Ketua Puterinya berjaya menjadi Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Setelah keputusan pertandingan Pemuda diumumkan bergema laungan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Inilah adalah kali pertama dalam sejarah Pemuda UMNO laungan 'rasuah' bergema menyambut kemenangan seorang ketua. Apa ini yang dinamakan pembaharuan dalam Pemuda UMNO. Kalau begini pembaharuan yang dicipta, jelas menunjukkan bahawa Pemuda UMNO akan terus ditolak oleh rakyat. Jangan alpa ujian getir akan terus menanti di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ok laa tu KJ menang... Bab RASUAH ni... Lembaga Displin pun ada keraguan ... cam ada double standard jaa.. tak gitu..

YB Pencen

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam YB Pencen,

Kempen yang berlebihan di tambah dengan pelbagai provokasi yang sedikit sebanyak mencemar pemilihan UMNO kali ini. Kita boleh terima keputusan perwakilan tetapi biarlah ianya ikhlas kerana amanah akar umbi perlu diterjemahkan sebaik-baiknya supaya akar umbi tidak kecewa.

wanbaki berkata...

More than 60% tak uka KJ.... tp tu akar umbi..304 perwakilan yang sokong dia.. biaq 304 tu yang buat keja pasai tak ikut kehendak akar umbi..
Azeez rahim menag lagi pelik ooo... dia bukan YB, bukan Senator. menteri pun kalah...Pelik pelikkkk

Tanpa Nama berkata...

Biaq pi kat depa ler..hampa kalut apa? yang penting masyuk.......tunggu masa nak rebah jer....

anak tikam batu

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Wanbaki & Tanpa Nama

Kita harapkan perubahan dalam UMNO, rupa-rupa Geng 304 tu tak reti bahasa. Kerana tercalarnya Pemuda ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada UMNO pimpinan DS Najib.

Mungkin UMNO boleh berubah tetapi bukan sepenuhnya kerana saki-baki pemberi dan penerima "zeti" masih bermaharajalela.

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Jebbat,

Terima kasih atas peringatan tuan.

Tanpa Nama berkata...

nak habaq kat hang, anak pantai merdeka oii!!!!
KP Sg Petani dan sorang G2 yang dok ikut dia tu penyokong kuat KJ. Depa dah balun banyak sgt sampai meleleh beb.dah tentu depa berdua pangkah KJ baru2 nie.Hang jgn marah coz hampa bagi undi kat depa dulu nak jadi KP Sg Petani.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Anon,

Saya pun dapat juga maklumat tersebut. KP Sungai Petani orang baru, saya pun tak berapa kenai. KP dulu memang kawan baik saya, begitu juga bekas naib KP yang tewas dalam perebutan KP SP baru-baru ni, depa tu selalu bersembang dengan saya. KP SP yang baru dengaq habaq banyak melabur kepada KP Cawangan termasuk Cawangan saya sendiri, sampai hari KP Cawangan saya tak ngam dengan Cawangan sendiri. "Zeti" punya pukulan depa sanggup ketepikan hasrat Cawangan.