“Kami bertekad untuk membuat yang terbaik dan InsyaAllah akan merampas semula majoriti dua pertiga seperti mana yang dinikmati sebelum ini,” ujar beliau dalam temuramah dengan agensi berita AFP di sela-sela Sidang kemuncak APEC di Peru hari Isnin. Selain tekad tersebut, Najib menjelaskan keutamaan yang perlu dilakukan bagi melonjakkan semula imej gabungan parti pemerintah. “Parti perlu disegarkan semula terutama dalam soal imej dan bagaimana masyarakat melihat UMNO dan BN,” katanya - petikan dari Agendadaily.com
Kenyataan bakal presiden UMNO yang juga bakal perdana menteri cukup mengambarkan tekad dan harapan yang cukup tinggi. Tekad dan harapan perlu disusuli dengan kesungguhan dan kerja kuat bagi membina semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Persepsi negatif rakyat terhadap BN/UMNO perlu dikikis sebaik mungkin.
Beberapa perkara perlu perhatian segera. Pertama, rasuah dalam UMNO perlu dibenteras dan dilenyapkan bagi menyakinkan rakyat bahawa pimpinan yang di pilih adalah berasaskan kepada integriti sesaorang calon. Sekiranya calon yang menang hanya bertunjangkan kepada sogokkan, ianya akan menghakis kepercayaan rakyat kepada pucuk pimpinan. Sekiranya rakyat sudah hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan, amat sukar untuk BN menawan kembali negeri-negeri yang tewas dalam PRU yang lalu.
Kedua, Kewibawaan sesaorang menteri yang dilantik juga harus di perhalusi. Lantikan menteri mestilah berasaskan merit supaya menteri yang di lantik dapat memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Kita tidak mahu menteri yang hanya pandai "berkokok" tetapi tidak mampu menanggani masalah rakyat. Sekiranya masalah rakyat gagal di atasi, rakyat pasti akan menolak BN sekali lagi dalam PRU akan datang.
Ketiga, Dalam menghadapi masalah ekonomi global, pucuk pimpinan mestilah membina kekuatan tersendiri dan mampu menanggani situasi semasa dengan baik dan tenang. Bebanan rakyat perlu dikurangkan. Jangan terlalu menghimpit rakyat dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya rakyat terus terhimpit mereka terpaksa membuat pilihan.
5 ulasan:
saudara penulis,
Kita tidak lama lagi akan menghadapi satu pilihanraya kecil Parlimen Hulu Trengganu.Pilihanraya ini di adakan kerana pemergian seorg Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Razali Ismail pd petang hari ini.Pemergiannya turut terasa sedih oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishammudin.Sy mendapat tahu dlm pukul 7 ptg tadi oleh Pegawai Khas Menteri.Semoga rohnya dicucuri rahmat,Al-Fatihah.....
Saudara penulis,
Sekarang ini isu ketuanan melayu berbunyi lagi dari MCA,Kita perlu ingat suatu masa dahulu TDM telah melucut segala kuasa dari Raja-Raja melayu,akibatnya sekarang yg sy nampak,semua kaum bukan bumiputra telah mula melakukan isu-isu yg sensitif,kerana mereka tahu kuasa Raja-Raja melayu sekarang adalah terhad.Kita sebagai org melayu harus berlindung di bawah Raja-Raja melayu sekiranya berlaku perkara yg tak di ingini.Kini Raja-Raja melayu dah tak ada kuasa yg cukup kuat untuk kita melawan musuh dari sudut pelbagai kaum.Tiba masa dan saat ini UMNO kembalikan kuasa Raja kepada Raja-Raja melayu.Org melayu kuat dgn Raja kita.Itulah senjata org melayu yg ada.Jika nak dbandingkan dgn kelakuan raja-raja melayu,mereka ini dah tua,mana ada lagi kelakuan buruk oleh raja-raja.Ini semuanya angkara TDM ketika memerintah negara.Akibatnya kita org melayu yg jd begini.Bangsa asing mempersendakan,hentam kita,majlis raja-raja melayu tidak boleh bertindak kerana kuasanya telah dilucut oleh TDM.UMNO kena berubah kembali kepada yg asal,kembalilah kuasa Raja- Raja melayu.
Salam dizzy boy,
Kekuasaan Melayu semakin lemah. Semasa PRU yang lalu jelas menunjukkan BN perlu sokongan dari kaum Cina dan India untuk memperolehi majoriti 2/3. Kelemahan ini menyebabkab komponen naik tocang, dulu Gerakan, kini MCA pula. Melayu UMNO sibuk dengan pemilihan, Melayu PKR bercita-cita hendak tubuh kerajaan baru, manakala Melayu PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja asalkan matlamat mereka tercapai.
Realiti ini membuatkan ramai warga Melayu tersepit. Dalam situasi UMNO kini, amat sukar untuk mengembalikan kuasa Raja-raja kerana taring TDM tumbuh kembali.
Terima kasih kerana terus bersama blog ini.
saudara penulis,
Kita perlu ambil tahu ttg masalah kuasa raja-raja,yg sebenarnya rakyat dibwh mahukan kuasa raja-raja dikembalikan,sekarang ini semakin hari NGO2 dan MCA,Gerakan dah pandai melawan org melayu,sekiranya kuasa Raja-Raja melayu masih ada dan wujud,sy kira mereka ini tidak akan berani sama sekali untuk bangkitkan isu kontrak sosial,agama dll.ini semua dibwh kuasa raja-raja melayu.Cuba penulis fikirkan sedlm-dlmnya ttg isu ini.Masalah MCA dan Gerakan dah lama mereka ganggu UMNO,mereka tahu kuasa raja-raja dah tidak kuat seperti dulu sbb itu mereka ambil kesempatan yg ada.Sy pk sekarang tiba masa untuk kembali kuasa raja-raja,sekiranya ia berlaku,sy rasa UMNO akan bertambah pulih.JUST DO IT FIRST...Kenapa takut dgn TDM???Ini semua angkara TDM,benda yg tak sepatutnya terjadi,dah terjadi pun....malah hingga terkini asyik mengganggu tugas2 menteri,terbaru kes bab pemecatkan para hakim yg di bayar ex-gratia,Dato Seri Nazri kena hentam di parlimen kerana gara2 TDM buat statement,kerana TDM ingin balas dendam terhadap Nazri Aziz kerana dahulunya Nazri lantang kutuk TDM,Perkara pemecatan ini berlaku di era zaman TDM,maka TDM kena bertanggungjawab sepenuhnya.Sedangkan TDM bukannya ahli UMNO lagi.Dia tidak berhak sentuh UMNO.Jika TDM boleh komen isu UMNO,maka pihak lain juga boleh kacau bab UMNO.Ini cukup bahaya bagi UMNO,bagi pendapat sy,ini kerana kuasa raja-raja melayu adalah terhad,sbb itu perkara sebegini boleh terjadi,byk org yg berani komen dan hentam hak-hak org melayu.Fikir-fikirlah dan renung-renunglah......
Sdr. Dizzy boy,
Sekarang ni, pak-pak menteri dan juga calon-calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang mengambil sikap berhati-hati. Datuk Najib pun tidak terkecuali. Mungkin selepas PAU Mac 2009 dan Datuk Najib di nobatkan sebagai PM suara-suara nyaring akan kedengaran. Begitu juga dengan pak-pak menteri yang lain-lain, masing-masing takut tercalar...kalau cakap begitu berhati-hati.
Saya yakin selepas PAU nanti keadaan akan berubah. Peranan TDM masih "strong" dalam UMNO walaupun beliau bukan ahli UMNO lagi. Kelemahan kepimpinan Pak Lah telah memberi ruang kepada TDM bercakap banyak...walaupun kekadang melalut.
Kalau pemimpin pro TDM menang nanti dalam PAU Mac 2009, besar kemungkinan apa yang pernah dibuat oleh TDM terdahulu akan kekal.
Sekarang ini PKR telah cuba memainkan peranan dalam mengembalikan kuasa Raja-raja. Tetapi puak-puak dalam UMNO masih sibuk berkempen. Para calon sibuk jumpa G7. Karenah G7 perlu dijaga. Kalau kalah dalam parti bermakna jawatan kabinet juga akan melayang (bagi para menteri dan timbalan menteri). Makanya hal-hal lain diketepikan buat sementara waktu.
Terima kasih sekali lagi
Catat Ulasan