Ali (dua, kiri) dilihat bersalaman dengan calon PKR (dari kiri) Simon Ooi, Johari dan Dr Robert yang diumumkan memenangi kerusi Dun Bakar Arang, Parlimen Sungai Petani dan Dun Sidam
SUNGAI PETANI - Senarai pemimpin Umno yang membantu calon Bebas bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin kerana bersubahat dengan pengkhianat parti.
Ali Yahaya yang memenangi kerusi Dun Pantai Merdeka berkata, mana-mana pemimpin yang didapati membantu calon Bebas bertanding juga akan dikenakan tindakan. Ali Yahaya yang memenangi kerusi Dun Pantai Merdeka berkata, mana-mana pemimpin yang didapati membantu calon Bebas bertanding juga akan dikenakan tindakan.
Menurutnya, ahli Umno yang mewakili Bebas bertanding dalam PRU ke-13 dipecat Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno dan mana-mana pemimpin yang membantu mereka juga bakal dikenakan tindakan.
“Kita sudah lapor kepada Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno berhubung mereka yang terlibat, termasuk pemimpin parti yang menyokong dari belakang. “Fenomena ini sebenarnya berlaku daripada pemimpin kecewa yang tidak dicalonkan kepimpinan parti,” katanya.
Walaupun menerima tentangan hebat daripada penyokong di Dun Pantai Merdeka (N27) setelah BN Kedah mengumumkan beliau sebagai calon, Ali berkata, dia tetap berkempen dan turun padang. “Saya akui berhadapan tekanan sepanjang berkempen, tetapi bersyukur akhirnya penduduk di N27 tetap memberi sokongan sehingga membolehkan BN merampas kembali Pantai Merdeka daripada Pas,” katanya.
Ali menang dengan majoriti 1,707 apabila mendapat undian 15,393 mengalahkan Abdullah Jusoh (Pas) 13,686. Calon Bebas bagi kerusi N27 ialah bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Petani, Mohd Yusof Lazim, yang hanya memperoleh 316 undi.
Ali berkata, beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Petani akan merombak semula kepimpinan di bahagian itu bagi memantapkan parti. Menurutnya, kekalahan BN di Dun Sidam dan Dun Bakar Arang termasuk di kerusi Parlimen atas faktor tertentu kerana menjangkakan sukar untuk mendapat undi daripada masyarakat Cina.
“Saya akan bekerja keras lagi selepas ini termasuk di Parlimen di mana kita akan rombak semula kepimpinan dengan gabungan orang lama dan muda untuk mantapkan Umno di Sungai Petani. “Walaupun gagal menguasai Parlimen Sungai Petani, tetapi kita menguasai kerajaan tempatan termasuk akan bekerjasama sepenuhnya dengan agensi Kerajaan Pusat dan negeri,” katanya.
Katanya, kemenangan satu kerusi BN di Pantai Merdeka amat bermakna kerana menyumbang kepada pembentukan Kerajaan BN Kedah yang sebelum ini diterajui Pas. - Sinar Harian - 07.05.2013
2 ulasan:
Macamana tidak menang DUN Pantai Merdeka kerana tabur duit cukup banyak.Duit yang sepatutnya diagihkan kepada Calon2 lain diselewengkan. Tetapi disebabkan dengan kemasukan calon Bebas maka Ali Yahya terpaksa mengeluarkan duit yang diselewengkan itu untuk ditaburkan kepada pengundi dan difahamkan untuk pengundi Cina sahaja sebanyak RM 41,000.00. Untuk Ayahanda yang bersumpah dengan Al-Quran juga memakan rasuah sedangkan mereka2 ini berbai'ah dengan menjunjung Al-Quran dan bersumpah dengan nama Allah tetapi bila diberi rasuah ditelan juga puak2 ini. Sungguh hina kemenangan Ali Yahya. Kalaulah Ali Yahya dan Mohd Yusoh Lazim kedua2 nya bertanding sebagai calon bebas aku rasa Ali Yahya memang akan kalah terok kerana penyelewengan, ketidakamanahan dan seorang Ketua Bahagian yang sombong dan ego
Ali Yahya terbaik...
Catat Ulasan