Presiden parti UMNO, DS Najib Razak telah mengadakan pertemuan dengan 118 ketua-ketua UMNO Bahagian di PWTC. Ini adalah Program Tranformasi Politik(PTP) yang mana merupakan satu kaedah yang diperkenalkan oleh PM bagi mengetahui dengan lebih mendalam masalah rakyat di bahagian-bahagian. Dalam pertemuan in PM lebih menekankan masalah dalaman parti diperingkat bahagian-bahagian perlu diselesai segera bagi menyakinkan rakyat bahawa UMNO masih releven. Beliau berharap semua masalah yang timbul dapat diperbetulkan dengan segera.
Kedah adalah negeri pertama dalam pertemuan tersebut. Ini adalah kerana kemelut beberapa UMNO Bahagian di Kedah dilihat boleh menjejaskan prestasi BN sekiranya PRU diadakan. Semua isu mengenai projek-projek yang melibatkan kesejahteraan rakyat diambil perhatian akan diselesai dalam masa singkat mengikut kemampuan kerajaan.
Pertemuan ini dilihat betapa seriusnya PM mahukan UMNO terus stabil dan dapat diterima oleh rakyat. Diharapkan semua ketua-ketua bahagian terutama di negeri Kedah memahami hasrat PM dan dapat menyelesaikan segala sengketa dalaman parti dengan kadar yang segera. Badan Perhubungan UMNO Negeri diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih jelas dan berkesan menyelesaikan masalah ini. Jadikanlah pertemuan ini sebagai satu titik permulaan untuk mengembalikan keutuhan UMNO bahagian-bahagian.
Sejauh mana kemampuan ketua-ketua bahagian untuk menanggani kemelut masing-masing. Di bahgian Sungai Petani, kemampuan ketuanya akan teruji sekiranya tidak mampu menghadapi kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan GAA. Apakah selepas ini semua kemelut ini dapat diselesaikan. Apakah segala punca permasalahan dapat dirungkai dengan sebaik-baiknya nanti. Akan berpaut kembalikah kiambang selepas PTP ini.
2 ulasan:
Pertemuan demi pertemuan telah dilakukan oleh PM kita dan mahukan kemelut Bhg2 UMNO Kedah menyelesaikan masalah dalaman parti. Utk makluman Anak Pantai Merdeka, saya adalah salah seorang ahli GAA yang menetang Ali Yahya. Saya tidak mahu menyatakan sebabnya kenapa saya menentang Ali Yahya. Dan hari ini kami ditenangkan oleh Jawatankuasa GAA utk tidak membuat sebarang spekulasi atau bertindak membelakangi parti. Namun kami telah 2 kali ditipu oleh pemimpin tertinggi UMNO Kedah. Yg Pertama di Perhimpunan Agung Malaysia dan yang Keduanya semasa PM datang ke Sg Petani. Agak2nya Anak Pantai Merdeka kali ketiga apa akan dilakukan oleh Kmumpulan kami (GAA) pada mesyuarat agung sg Petani tahun ini.....Untuk makluman Anak Pantai Merdeka kumpulan GAA telah membuka laluan utk berdamai tetapi dipermainkan oleh pemimpin Kedah. Nanti tiba masanya kami akan menceritakan segala2 perlakuan kepimpnan Kedah. Tepok Dada Tanya Selera kenapa UMNO Bhg Rantau Panjang boleh diselesaikan (kalau jawapan saya ialah sekiranya kita mempunyai pemimpin yang ikhlas demi parti dan tidak melakonkan watak2 pemimpin dajjal maka segala kemelut dapat diselesaikan secara keluarga)...Tak kenal maka tak cinta.......(siapa yang perlu kita cintai.......)Terima Kasih PM. Dato Seri seorang yg ikhlas berjuang utk UMNO tetapi malangnya Dato Seri mempunyai Kepimpinan atasan Kedah yang lemah dan tidak tahu buat kerja.
Salam, sebagai salah seorang ahli UMNO dalam bahagian SP, saya juga mengenali beberapa rakan dalam GAA. Namun sekiranya ada kelapangan kita boleh berjumpa. Bulan lalu saya dapat jumpa Timbalan ketua Bahagian, manakala yang lain sudah lama tak jumpa. Juga sempat jumpa Khairol...tempat kenduri tapi tak sempat cakap apa-apa pun. Sebelum PM mai SP, jumpa Salim di Subaidah tapi dia tak cakap pasai GAA pun...banyak cerita tentang pengalaman lalu.
Catat Ulasan