Isnin, 6 September 2010

UMNO Sungai Petani masih bergolak

Kemelut perebut jawatan UMNO Bahagian Sungai Petani masih belum selesai. Gerakan Anti-Ali (GAA) mengakui bahawa ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya masih lagi memegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun beliau dikatakan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengurus dan menjalankan program di bahagian itu termasuk menyampaikan ucapan dalam program yang diadakan. "Majlis Tertinggi sudah menyerahkan kepada UMNO Kedah untuk mengambil alih keseluruhan pentadbiran, majlis dan program yang diadakan. Di (Ali) tidak boleh menguruskan program".

"(Dia) tak boleh sampaikan ucapan. Tak boleh... Macam kita pergi kerja ke pejabat, atas meja ada surat. Tapi kita tak boleh tandatangan surat, (dan) tidak boleh beri ucapan (dalam program) kata setiausaha GAA, Khairul Anuar Zainol."

Namun menurut Khairul Anuar, Ali di kesan melanggar arahan itu dengan menghadiri satu majlis pemberian elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan juga menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Katanya, beliau dimaklumkan berhubung perkara berkenaan daripada salah seorang pengerusi JKKKP yang hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada 29 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Khairul Anuar yang juga ketua UMNO Cawangan Industri, Sungai Petani mengesa Ali supaya "duduk berehat" dan memberi peluang kepada perhubungan UMNO negeri menguruskan program di bahagian tersebut dengan baik. Khairul Anuar mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa keputusan Majlis Tertinggi (MT) mengekalkan Ali sebagai ketua bahagian Sungai Petani setelah memutuskan pengurusan bahagian tersebut diambil alih oleh UMNO Kedah.

Mengulas lanjut, beliau juga menggesa jawatan yang diberikan atas kapasiti Ali sebagai ketua bahagian "dibekukan" termasuk jawatan Penyelaras Parlimen dan Pengerusi majlis pembangunan pertanian negeri sehingga Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO "membuat keputusan".

Bukan prejudis

"Apabila keadaan selesai, dia ambil balik (jawatan tersebut), kita bukan prejudis sangat, katanya." Khairul Anuar juga mengesa UMNO Negeri supaya bersikap lebih telus dengan memanggil kedua-dua kumpulan, kumpulan Ali dan GAA untuk mendengar segala masalah yang timbul bagi menyelesaikannya dengan kadar segera.

Pada 21 Julai lalu, UMNO bahagian Sungai Petani diambil alih pengurusannya oleh Perhubungan Negeri ekoran perbalahan dan kekecohannya dalam mesyuarat bahagian itu AGM pada 11 Julai lalu. Persidangan perwakilan UMNO bahagian Sungai Petani kecoh apabila sebahagian perwakilan tidak membenarkan Ali berucap dimajlis perasmiannya. Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan Ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang turun dari pentas meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan ponyokong Ali.

Isu itu dirujuk kepada MT yang kemudianya menyerahkannya kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mencari jalan penyelesaian dengan diketuai Ahmad Bashah, yang dilantik pemangku ketua UMNO bahagian Sungai Petani. Selepas itu, Ahmad Bashah mengumumkan Ali kekal ketua bahagian tetapi diprotes GAA yang menganggap timbalan pengerusi UMNO Negeri (Ahmad Bashah) masih memangku jawatan Ali selaras dengan arahan MT dan Ali sewajarnya tidak memegang sebarang jawatan - sumber Malaysiakini (04/09/10)

4 ulasan:

dizzy boy berkata...

Salam,
Kenapa susah sgt UMNO nak buat keputusan,selagi bergantung mcm ini,lg teruk bernanah,barah dlm UMNO sg petani.Singkirkan mereka2 yg pengkhianat,petualang dlm parti terutama Bakar ronggak tu.Kenapa lah bodoh sgt mereka yg bersekongkol dgn bakar Ronggak.Cuba lah cari info dr bekas2 ketua cawangan dan umno veteran ttg Bakar Ronggak ini.Sejak dari dulu Bakar Ronggak ini suka memporandakkan rumahtangga dlm UMNO.Sy cukup sedih dan kecewa apabila mendengar nama Bakar Ronggak ini masih ada dlm market UMNO lagi.Mengapalah Dato Firdaus,Shahanim,cikgu Mad Akhir masih menggunakan khidmat Bakar Ronggak utk buat kacau dlm UMNO sg petani?UMNO akan ketinggalan jauh disbbkan perkara ini belum dpt diselesaikan

Anak Pantai Merdeka berkata...

W'Salam tuan,

Sudah lama saya kenai Bakar ni, sejak zaman pemuda lagi hingga kini. Manakala Khairul pula pernah bersama2 saya dalam AJK Pemuda Bahagian. Jadi semua yg terlibat dalam GAA adalah rakan2 yang saya memang cukup kenai. Tentang Ali memang dia adalah pemain baru dalam arena politik SP. Begitu juga dgn Makbul. Yang lain-lain tu semuanya pemain lama politik UMNO SP.

Manakala Datuk Firdaus, Shahnim juga dikategorikan baru tetapi lebih lama dari Ali. Cikgu Md. Akhir, Bakar memang org. lama. Lain-lain pemain lama yg ada termasuklah Pak Putih, Dato' Hashim Hanafiah - depa ni adalah penyokong Ali. Pak Putih & Dato' Hashim jadi AJK Bahagian sejak saya dari zaman pemuda hingga kini, dah puluh tahun dah.

Bakar sejak dari dulu lagi memang suka buat kacau, cuma dia "cool" sat bila dia jadi pemangku ketua bahagian, apabila Tn Hj. Ibrahim meninggal dunia. Zaman Dato' Mahathir Khir dia dok diam sat sebab tak ada regu kerana masa tu Cikgu Md. Akhir jadi S/u bahagian. Kini bila Cikgu Md. Akhir dan rakan-rakan tersingkir mulalah depa buat kacau.

Sekian, wallahualam.

dizzy boy berkata...

Salam,
itulah sy katakan mereka ini petualang dan pengkhianat parti.mereka ini sudah expired terutamanya Bakar ronggak.Ali jika ada pengaruh kuat dibelakangnya,maka beliau boleh gunakan pd waktu ini.Sy mmg tak suka ada petualang dan pengkhianat dlm parti kerana mereka ni nak ambik kesempatan yg ada demi kepentingan politik kolot.UMNO Pusat tidak mahu mengambil tindakan pd mereka kerana mereka ini ada pengaruh kecil seperti "malaikat kecil".Ali wajib menggunakan pengaruh besar jika nak kedudukan beliau selamat.Sy syorkan mereka-mereka yg membuat kecoh ini dikenakan tindakan keras,agar ahli2 yg lain tak akan buat kecoh sebegini di hari akan datang.

Anak Pantai Merdeka berkata...

W'Salam,

Saya juga sependapat dgn tuan, kekadang kita perlu tegas bagi memastikan parti kita tetap utuh dan kukoh. Kalau pemimpin atasan berani bertindak masalah begini tak akan timbul. Kalau dalam MIC puak-puak tu dah tahu apa nasib mereka.

"SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR & BATIN"