Selasa, 27 April 2010

Bawa kes Aminulrasyid ke kabinet

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya. - sumber Malaysiakini


Apa yang terjadi kepada Aminulrashid ini hendaklah dijadikan iktibar kepada semua pihak. Ramai remaja masakini bertindak diluar pengetahuan ibu-bapa mereka. Diharapkan siasatan yang telus dan adil sahajalah yang mampu untuk membuktikan sejauh mana tindakan pihak polis mematuhi perundangan yang sedia ada.

8 ulasan:

dizzy boy berkata...

Salam tuan,
Anak-anak sekarang suka ikut ckp kawan.sebab itu jadi begini.Ckp mak bapak langsung dah tak nak dengar.Nak salah didikan yang mak bapak berikan,tak juga.Masa remaja depa separuh hari kat sekolah,jadi kawan2 la.Mak bapak la ni dok kalut cari RM untuk kesenangan,terlepas pandang sikit untuk jenguk depa,tup-tup inilah kisahnya.

Anak Pantai Merdeka berkata...

W'salam tuan,

Susah juga bila direnungkan, kita pun ada anak2 remaja juga. Cuma apa yang penting didikan agama perlu diberi penekanan terutamanya di rumah. Bab remaja nie pun susah juga nak control, mahu x mahu kita sebagai mak bapak kena korban sikit masa untuk mengawal perlakuan mereka seharian. Macam saya nie ada 3 anak, semuanya lelaki...jenuh nak kawal...Apa-apa pun anak-anak adalah amanah Allah kepada kita, jadi jagalah amanah itu sebaik mungkin.

Terima kasih kerana masih menjengok blog nie.

dizzy boy berkata...

Salam tuan,
Isu sebegini harus dibawa ke Suruhanjaya DiRaja Siasatan.terdapat byk kes sebegini dah pun terjadi.Jika dibiarkan polis menjalankan siasatan,maka siasatan itu akan tertangguh sampai bila.Polis juga ingin melindungi anggotanya yang melakukan kesilapan.Walaupun di bawa ke kabinet kerajaan,siasatan harus dibuka kepada umum.Agak logiknya polis boleh melakukan tembakan amaran ke udara sebelum menembak mangsa,ataupun tembak tayar kereta.Itulah akibatnya pesanan org tua dulukala,pistol ni bagaikan "berhantu" jgn main-main dgn senjata api,akibatnya nyawa yang melayang.Kadang-kadang pesanan org dulu-dulu kala kena ambik berat juga.Jgn kita tinggalkan amalan org dulu kala.

Anak Pantai Merdeka berkata...

W'salam tuan,

Saya bersetuju kes ini di bawa ke Suruhanjaya DiRaja. Perkembangan terakhir samada dari pihak polis atau pun keluarga mangsa nampaknya semakin meruncing. Apa lagi dengan penglibatan orang-orang politik terus menyemarakkan keadaan.

Kenyataan dari KPN dan keluarga mangsa serta saksi melalui media terus disensasikan, maka kes ini dianggap berprofil tinggi dan perlu penyelesaian segera.

Kerajaan harus berhati-hati mengambil sebarang tindakan, sedikit kesilapan akan mengundang padah...

dizzy boy berkata...

Salam tuan,
Kerajaan sudah meluluskan IPCMC dalam kerajaan Pak Lah,itu pun mereka tak nak gunakan.Sekarang nak adakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja amat payah untuk dilaksanakan.Inkues telah ditolak oleh keluarga mangsa.Najib dan Hishammuddin tidak berani untuk adakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja,mungkin akan burukkan lagi terhadap PDRM.Tekanan dari politik sudah tentu dihangatkan lagi demi nyawa rakyat.Saya syorkan anggota polis(GD) tidak perlu menggunakan senjata api ketika bertugas,jika ada berlaku kejar-mengejar,walkie-talkie terus kpd CID ataupun SB.Mereka ini yang special task force PDRM.Bagi Musa Hassan,jgn lah emosional sgt atau bebai atau panas baran untuk keluarkan kenyataan.Cakap biarlah profesional kpd rakyat.Jika tuan nak ingin tahu kehidupan mewah para pegawai atasan PDRM,sila lah datang dan jenguk di Apartment PDRM di Bangsar.Aman Apartment 2.Kereta mewah bersepah-sepah kat tempat parking dan ditutupi dgn selimut kain.Dari pangkat Suprintendan hinggalah Jawatan Pengarah PDRM.Saya turut bersedih kpd keluarga mangsa,Jika anggota keluarga kita yang kena nasib begini,bagaimanakah kita rasa???Fikir-fikir dan renungkanlah.Apa tindakan kita??

Anak Pantai Merdeka berkata...

W'salam tuan,

Terima kasih atas komen tuan. Di kalangan penjawat awam, PDRM merupakan anak emas kerajaan. Banyak tuntutan mereka dipenuhi. Sewajarnya KPN kena tegas dengan anggotanya supaya imej PDRM yang sudah tercalar dapat dibaiki sesuai dengan beberapa keistimewaan yang mereka nikmati berbanding dgn penjawat awam yang lain.

Sekarang ini menteri KDN yang digelar menteri amaran mungkin sukar untuk mengelakkan sebarang kencaman awam, ditambah lagi dgn keceluparan KPN, semuanya megeruhkan keadaan, makanya pihak pembangkang akan mengunakan isu ini merendah-rendah imej kerajaan.

Dlm suasana rakyat mula utk menerima kepimpinan DS Najib, sewajarnya kerajaan melakukan sesuatu yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak rakyat.

Terima kasih kerana terus bersama APM

dizzy boy berkata...

Pendapat tuan adalah benar,Najib perlu berani membetulkan keadaan ini,agar dpt menyakinkan tanggapan rakyat kepada kerajaan.Adakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.Rakyat akan bertambah yakin kepada Najib,sedang Musa hanya menunggu masa saja untuk terajang keluar dr PDRM.Hishammudin sememangnya penakut untuk membuat keputusan.Sejak dari Menteri Pelajaran lagi,semuanya keputusannya ditangguh.Kita tgk selepas rombakan kabinet ini,siapa akan menggantikan Hishammudin.Masa sekarang lah Najib mesti tunjuk kpd rakyat,Rakyat DiDahulukan,Pencapaian DiUtamakan.Segerakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam tuan,

Keceluparan KPN yang mengeruhkan kes ini. Pembangkang yang sememangnya kurang senang dgn PDRM akan mengambil kesempatan ini. Bila KPN bersara nanti, adakah imej serta integriti PDRM akan berubah, sama-samalah kita nantikan.

Mengenai rombakan kabinet, DS Najib perlu berhati-hati dengan beberapa kementerian yg penting sewajarnya diserahkan kpd yg mampu melaksanakannya dgn berkesan. DS Hisham adalah pemimpin kanan dlm parti, begitu juga Presiden MCA yang belum ada portfolio dlm kabinet,Jgn lupa bila MIC menang di Hulu Selangor MIC juga akan membuat tuntutan. Semua ini menuntut supaya DS Najib bertindak diluar kotak supaya rakyat dapat menerima kepimpinanya.

Slogan 1Malaysia perlu diterjemahkan dgn lebih telus kerana semua kaum kini menuntut kesamarataan. Apakah Melayu akan terus dibela atau terpinggir.

Terima kasih, jumpa lagi.