Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.
Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.
Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - sumber Utusan.
Belum habis kes Aminulrashid, kini muncul pula kes yang juga melibatkan remaja dengan pihak PDRM. Kejadian berlaku juga melepasi tengah malam. Sesuaikah remaja berada diluar rumah di kala dinihari.
4 ulasan:
Salam tuan,
Sejak dari dulu kita pernah nak adakan sekatan waktu pd remaja diwaktu malam,tetapi ramai yang membantah cadangan itu.Maka sekarang kita kena kembali sekatan dan larangan remaja keluar malam, agar kegiatan remaja di waktu malam mampu disekat,seperti rempit,curi motosikal,pecah rumah dan sebagainya.Larangan ini mesti dan perlu dikuatkuasakan.Kita buat percubaan dlm tempoh 3-6 bulan,turun tak jenayah remaja.lepas itu kita buat kajian semula,Jika berjaya,baru kita laksanakan.
W'Salam tuan,
Satu cadangan yang baik tetapi bila nak dilaksanakan selalunya mendapat bantahan. Saya amat setuju dengan cadangan tuan bagi membendung masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja, ibu-bapa sepatut memainkan peranan yang penting, kerana perlakuan anak-anak ini bermula dari rumah.
Bila kes sebegini berlaku, kita tidak boleh menuding jari kpd pihak berwajib sahaja.
Kekadang ibu bapa juga agak lalai dlm mengawasi anak-anak ataupun mungkin juga sibuk dgn kerja, maka kesempatan ini yg diambil oleh remaja utk melakukan pelbagai perkara yg tidak bermoral.
Terimakasih tuan,
Cadangan ini pernah diutarakan ketika dulu,tetapi mendapat bantahan dari pelbagai NGO haram jadah.Kini UMNO yang memimpin bangsa melayu,wajar kemukakan cadangan ini kepada kerajaan,demi bangsa kita dan agama kita.Kini anak-anak bangsa melayu telah hanyut dgn dunia khayalan semata-mata,kerana ikut kata kawan-kawan.Jadi,marilah kita bermula dari sekarang untuk mencadangkan kawalan anak remaja di sekat waktu untuk keluar malam.Perintah Larangan bagi remaja dibawah 18tahun pada pukul 10 mlm ke atas.Lepas pukul 10 mlm ke atas,jika ditangkap oleh pihak berkuasa,maka ibubapa bertanggungjawab.Maka saya rasa kita dapat kurangkan jenayah sosial dikalangan remaja kita,seperti rempit,samseng jalanan dan jenayah sebagainya.Sekarang ini pun kita tgk anak-anak remaja kita dah pandai menunggang motosikal tanpa kawalan ibubapa,kerana ibubapa terlalu sayangkan anak mereka,jika pd zaman dahulu,kita semasa remaja tidak pernah dapat merasai untuk menunggang motosikal.Ini sepatutnya satu agenda dari UMNO untuk membetulkan keadaan sediakala.Kita tgk sendiri,ada tak anak-anak remaja bangsa cina,keluar waktu mlm,atau tgh malam.Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.Wallahuallam.
Salam tuan,
Satu cadangan yg baik. Malah kerajaan mesti mengambil satu langkah positif kearah membendung pelbagai gejala negatif di kalangan remaja terutamanya Melayu.
Sekarang ni, ramai remaja bawah umur yg sudah pandai menunggang motosikal terutama di taman2 perumahan dan juga kampung, saya lihat mak bapak seolah-olah tak kisah pun.
Zaman sekarang emak bapak terlalu manja dan sayangkan anak, ikut apa yg anak mahu, kalau zaman saya dulu, anak-anak kena ikut mak bapak bukan sebaliknya. Ini adalah salah sebab mmengapa gejala sosial di kalangan remaja semakin parah.
Catat Ulasan