Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Mantan perdana menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah."Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri."You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya. Sumber Malaysiakini
BN perlu kuat untuk bersaing dengan PKR, PAS dan DAP. Untuk itu amat perlu komponen BN memikirkan strategi terbaik untuk memenangi hati rakyat. Teguran Dr. Mahathir adalah amat tepat pada masanya. Mungkinkah konsep 1Malaysia belum lagi sebati dengan rakyat, maka hasilnya belum lagi kelihatan. BN berada dalam situasi yang yang yang agak tenat kini. MIC tenat kena Samy yang memimpin MIC selama 28 tahun belum bersedia mengundurkan diri. Bagi MCA pula berdepan dengan EGM yang akan diadakan tak lama lagi bagi menyelesaikan krisis dalaman mereka. Sekiranya krisis dalam BN tidak dapat diatasi agak sukar bagi BN mengekalkan kuasanya dalam PRU akan datang.
2 ulasan:
mmg liabiliti atook nih!!!
nway, selamat raya maaf zahir batin bro!!!
Kalau nak BN kukoh banyak pengorbanan mesti di lakukan. Apakah konsep 1Malaysia akan berjaya, sama-sama kita lihat dan nantikan. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, TQ kerana menjengok blog ini.
Catat Ulasan