PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semalam membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya di sini.
"Ong yang sepatutnya membuat laporan polis tetapi oleh kerana beliau tidak berani berbuat demikian, saya menjalankan tanggungjawab awam saya untuk membuat laporan bagi pihaknya demi keselamatannya.
"Walaupun pandangan politik kami berbeza, saya tidak mahu sebarang keburukan berlaku pada Ong," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis itu pada 12.30 tengah hari.
Lim juga berkata beliau turut melampirkan laporan dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris mengenai dakwaan ancaman bunuh yang diterima Ong dalam laporan polisnya.
"Kini terpulang kepadanya untuk bekerjasama dengan polis dan biarkan mereka menyiasat," katanya dan berharap presiden MCA itu akan memberikan fakta dan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan.
Semalam, akhbar Sunday Star melaporan ancaman bunuh itu yang berbunyi: "If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku). BERNAMA
"Ong yang sepatutnya membuat laporan polis tetapi oleh kerana beliau tidak berani berbuat demikian, saya menjalankan tanggungjawab awam saya untuk membuat laporan bagi pihaknya demi keselamatannya.
"Walaupun pandangan politik kami berbeza, saya tidak mahu sebarang keburukan berlaku pada Ong," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis itu pada 12.30 tengah hari.
Lim juga berkata beliau turut melampirkan laporan dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris mengenai dakwaan ancaman bunuh yang diterima Ong dalam laporan polisnya.
"Kini terpulang kepadanya untuk bekerjasama dengan polis dan biarkan mereka menyiasat," katanya dan berharap presiden MCA itu akan memberikan fakta dan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan.
Semalam, akhbar Sunday Star melaporan ancaman bunuh itu yang berbunyi: "If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku). BERNAMA
Beginilah bijaknya orang Cina berpolitik di Malaysia. Orang Melayu asyik bergaduh. Lihat saja pelbagai kenyataan yang mengelirukan dikeluarkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. Orang bukan Melayu sanggup bersatu membela bangsa mereka. Dalam kes Kg. Buah Pala, Pulau Pinang, MIC sanggup membelanjakan RM3.2 juta demi untuk memperjuangkan bangsanya.
13 ulasan:
"Beginilah bijaknya orang Cina berpolitik di Malaysia. Orang Melayu asyik bergaduh. Lihat saja pelbagai kenyataan yang mengelirukan dikeluarkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. Orang bukan Melayu sanggup bersatu membela bangsa mereka. Dalam kes Kg. Buah Pala, Pulau Pinang, MIC sanggup membelanjakan RM3.2 juta demi untuk memperjuangkan bangsanya."
BANGSA CINA DARI DAHULU LAGI AKAN MENOLONG KAUM KERABATNYA,BIAR PUN DLM BISNESS SEKALIPUN,DALAM BISNES ORG MELAYU PULA SUKA MENJAHANAMKAN BANGSANYA.APATAH LAGI DLM KEMELUT POLITIK.PAS SUDAH PERNAH KENA TERANJANG DARI UMNO PD KETIKA DULU,KINI MEREKA SUDAH MULA SEDAR DGN PERANGAI MELAYU(UMNO) KITA SEKARANG INI.MELAYU KITA MMG TIDAK BOLEH BERSAING DLM BISNES SESAMA BANGSA KITA,SERUPA JUGA DGN POLITIK,SEBABNYA MELAYU KITA HARI INI ADA PERASAAN(PHD),BOMOH MENGGEMOH SESAMA MANUSIA.KITA TGKLAH DLM UMNO PUN SESAMA SENDIRI ADA IRI HATI,HASAD DENGKI,CANTAS-MENCANTAS SESAMA KITA.
Salam dizzy boy,
Terima kasih atas pandangan yang bernas. Sekiranya orang Melayu tidak kikis sikap PHD, lambat laun kita akan merempat di tanahair sendiri.
Kita tunggu sampai bila baru orang Melayu nak bersatu. Mungkin bila sudah tersepit baru nak meraung!!
Maaf andaikata bahasa sy terkasar,hingga sekarang ini pun org melayu mmg sukar untuk hapus sikap PHD itu.Org melayu mmg tak senang melihat org yg lebih senang.Kita tgk saja bangsa cina,mereka saling bantu-membantu sesama agama mereka.Sedangkan dlm agama kita sendiri,saling bergaduh sesama agama.Mcm mana kita nak tunjuk contoh pd bangsa yg lain.Selagi adanya perasaan PHD,maka org melayu susah nak bersatu.Jika sudah menjadi keroh dan timbul pergaduhan antara kaum,maka dari situ baru kita nampak,bangsa kita menolong sesama agama kita.Lepas itu,ianya akan kembali ke asal,dgn sikap PHD.
Nak buat macam mana, inilah sikap yang sudah sebati, sukar nak dikikis hingga kini. Begitu juga dalam politik, asyik bergaduh saja, sukar nak bersatu, akhirnya menang sorak kampong tergadai.
Apa yang menghairankan lagi ialah perkembangan politik di SP dan Merbok, dahlah kalah dalam PRU tapi dalam parti belum benar-benar bersatu...dendam kesumat masih ada. Kalau masih tak ubah perangai...alamat SP dan Merbok kekal di tangan pembangkang.
Sedihnya menimpa di SP n Merbok.Apa-apa pun ahli yg memilih ketuanya,maka dgn ini kita yg menanggung akibatnya.Kenapa berlakunya di dlm UMNO?Dlm PAS tak ada dgr bunyi mereka sesama sendiri bergaduh.Adakah media massa,media elektronik tidak memaparkan?Ataupun mmg tiada pergaduhan diantara mereka.Tetapi di dlm UMNO riuh rendah diperhebahkan dan diperkatakan.Adakah UMNO tidak boleh berubah?Hanya cakap sahaja untuk berubah?Sy pun hairan n pening dgn keadaan yg kalut d dlm UMNO SP n Merbok.
Seharusnya samada pihak yang menang atau kalah kena terima kenyataan. Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua. Untuk itu terimalah kenyataan dan sebaik-baik bersatu semula. Kalau dilihat atas kertas ahli UMNO di SP dan Merbok cukup ramai dan mampu untuk menang di semua kerusi yang dipertandingkan. Ini membuktikan tidak semua ahli UMNO memberi undi kepada BN semasa PRU. Ini adalah salah punca mengapa BN kalah di SP dan Merbok. Kalau perangai lama mereka tak buang, padah sedia menunggu dalam PRU akan datang.
Ahli-ahli UMNO di bawah cukup taat dan setia pd parti,hanya pemimpin teratas saja yg membuat huru hara.La ni kerana duit,org melayu sanggup gadai maruah.Kita tgk lah nanti di PRU 13,andaikata semangat UMNO mcm ni juga,alamat besaq UMNO di SP n Merbok akan tungging dan jahanam.
Saya sependapat dengan tuan. Saya lihat masih ada lagi peringkat pimpinan bahagian yang mengamalkan sikap "elit", contohnya kalau turun nak jumpa ahli/penduduk kampung masih gunakan kereta mewah. Kemudian bila bercakap keegoan masih tinggi. Sifat keakraban antara pimpinan dan ahli masih ada jurang. Sewajarnya pimpinan kena mendekatkan diri dengan ahli/rakyat. Jangan adakan jurang supaya mereka selesa bila bersama pemimpin. Nampaknya soal begini belum diparktikkan lagi oleh pimpinan bahagian. PRU ke-13 semakin dekat, masa semakin suntuk, kalau masih tak sanggup juga berubah, kerusi-kerusi di SP akan kekal seperti hari ini.
Pemimpin2 di atas semakin rakus untuk mengejar kekayaan dunia,rakyat di SP n Merbok merana.Pemimpin yg ada mmg suka tunjuk lagak dan ego berpakaian mewahan,kereta besar masuk ke desa.Cuba lah tunjuk sikap rendah diri bila bertandang ke rumah org.Adakala pengikut2 juga yg lebih2 bila bercakap.Nak tunjuk lah kononnya boleh buat kerja.Bab pengampu,pengikut2 ini cukup terror.Pemimpin perlu ada rasa rendah diri,baru rakyat akan memberi undi kepada org yg berbudi dan berbahasa.Kita sebahagian dari rakyat.
Saya bersetuju dengan pandangan tuan itu. Mengikut pengalaman saya di SP, semasa zaman Allahyarham Tn. Hj. Ibrahim Mustafa mengetuai bahagian, beliau begitu bijak mendekati pengundi. Beliau sanggup turun padang tanpa mengira masa. Beliau mendekati semua golongan pengundi tak kira dimana, sebab itulah beliau sering menang setiap kali pilihanraya.
Rakyat kini boleh menilai dan membezakan yang mana kaca dan yang mana intan. Untuk itu pimpinan perlu lebih bersedia berdepan dengan rakyat yang lebih peka dengan situasi semasa.
aku tak nafikan UMNO ada problem, tp kalau kata PAS tak da problem itu aku tak setuju. sebut ja melayu ni mesti ada punya... jangan la tipu diri sendiri, janganla munafikkan diri. dalam PAS pun ada masalah. tak percaya cuba dekati orang2 PAS yang ada jawatan.
PKR jangan cakap laa..contoh paling senang MP sg petani PKR tu pun tak sebulu dengan AJK PKR bahagian SP. Pilihan raya bkt selambau aritu pun ada 2 puak dalam PKR.
Cuma bila UMNO dah glamor sangat dan semua orang nak tau rekahan2 UMNO tu pasal la jadi besar.
kadang kadang rakyat pun buta. kalau pemimpin asyik masuk kampung ja bila masa dia nak cari dana untuk projek di kawasan dia. nak mintak PPRT kena p KJM, rumah mesra rakyat kena p SPNB, minta parit masuk bendang kena p JPS, nak mintak macam2 lagi...
dah tu yang keja dalam jabatan tu orang PAS plak tu. tak efisyen langsung. keja ulaq ja banyak. mentedarah duit kerajaan, minum pagi ja 2 jam, permohonan apa2 dari rakyat lambat siap dan rakyat maki kerajaan.
sori la bang emo skit...
Pemuda baling.....
Salam Wanbaki,
Bukan apa, di SP, dulu kita pernah ada pemimpin yang cukup bijak membahagikan masa bersama rakyat. Beliau cukup prihatin dengan masalah rakyat. Rakyat pula mudah hendak mendekati beliau. Kini selepas beliau tiada amat sukar mendapat penganti yang mampu memberi khidmat kepada rakyat seperti beliau.
Di SP pun dulu pernah dipimpin oleh Timbalan Menteri tapi tak mesra rakyat. Hanya turun padang bila ada majlis, rakyat nak jumpa susah. Dengan sikap "elite" beliau turun kampong, rakyat rasa ada jurang, bila pilihanraya rakyat buat pilihan sendiri.
Sebagai pemimpin walau sesibuk mana pun kita kena tahu bagaimana hendak melayani karenah rakyat, hati rakyat mudah terluka, bimbang kalau parah, PRU akan datang kita masih seperti sekarang.
Tentang Datuk Joe, beliau bekas AJK UMNO SP, keluar sertai Keadilan, pernah kalah 2 kali PRU, menang 2008 terus dapat title datuk. Sebelum jadi MP naik kapcai saja la ni dah jadi datuk, faham-faham saja!!!
Allahyarham Tn.Hj Ibrahim Mustafa mmg peramah orgnya,suka menolong org,beliau adalah jiran sy ketika dahulu,bekas seorg guru.Beliau seorg pemimpin yg rajin turun padang,siang dan malam.UMNO SP sudah hilang pemimpin yg berwibawa spt aruah.Al-fatihah kpd aruah.
Catat Ulasan