Ahad, 19 Julai 2009

Program latihan bagi pemimpin UMNO

SHAH ALAM 19 Julai — Pemimpin Umno di semua peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program latihan itu juga untuk mengukuhkan kepemimpinan parti dan meneruskan usaha bagi memperjuangkan nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia.
Beliau berkata program itu akan dimulakan dengan pembabitan Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU), Janda Baik, Pahang. Menurutnya program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT Umno itu, akan diperluaskan ke seluruh negara membabitkan pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan.

“Program ini akan melibatkan semua peringkat pimpinan sebab merekalah menjadi penggerak utama yang akan membimbing ahli-ahli parti di peringkat cawangan dan kita mahu supaya ada imej baru yang dapat kita tonjolkan. “Ia (modul-modul program) juga akan digandingkan dengan tindakan mesra rakyat seperti mendengar dan menyelesaikan rintihan masyarakat secara berkesan,” kata Timbalan Presiden Umno kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam di sini, hari ini.
sumber - BERNAMA
Ini adalah salah satu langkah positif kearah memantapkan kembali UMNO. Usaha sebegini hendaknya dapat memberi kesan positif. Kepimpinan peringkat Cawangan dan Bahagian yang membuat jati diri mampu untuk memperbaiki prestasi serta menyakinkan rakyat/pengundi tentang hala tuju UMNO sebenarnya. Diharapkan kepimpinan di semua peringkat menyambut baik usaha ini.
Bagi menghadapi PRU akan datang, UMNO mestilah mula mengerakkan semua jentera dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Bagi negeri-negeri yang tewas dalam PRU yang lalu, usaha sebegini perlu dipertingkatkan lagi. Rakyat akan menilai sejauh mana kemampuan UMNO/BN melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. Sebenarnya UMNO bukanlah sebuah parti 'elit' tetapi ianya adalah parti untuk semua orang Melayu.

1 ulasan:

red rooster berkata...

Salam,
Biro Latihan bukan shj perlu menganjurkan latihan2 utk pemimpin & ahli parti, tetapi sepatutnya mengadakan pelbagai latihan / kemahiran jangka pendek serta program berbentuk khidmat masyarakat demi untuk menangkis pandangan negatif komuniti terhadap parti, serta mendekatkan lagi komuniti setempat dengan parti.