Kekalahan UMNO di Kuala Terengganu memberi impak yang besar menjelang Perhimpunan Agong UMNO Mac nanti. Sejak Pilihan Raya Umum sudah ada dua kali Pilihan Raya Kecil. Kalau di Permatang Pauh kerusi PKR kembali kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu kerusi UMNO, kini menjadi milik PAS.
Rakyat telah membuat pilihan mereka. Sekarang kepimpinan tertinggi UMNO mesti menilai diri masing-masing, apakah rakyat masih menerima mereka selepas PRU yang lalu. Ini adalah kerana kempen yang keterlaluan semasa pemilihan Bahagian membuatkan rakyat mula muak dengan UMNO. Sekiranya perwakilan UMNO silap membuat perhitungan pada Mac nanti, padahnya UMNO mungkin di talkin selepas PRU ke-13 nanti.
Persoalannya mampukah bakal Perdana Menteri, Datuk Najib membawa UMNO/BN untuk memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen dan menawan semula lima negeri dalam PRU-13 nanti. Ini adalah kerana dalam dua PRK, ternyata Datuk Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Sewajarnya para perwakilan dalam PAU nanti memilih barisan kepimpinan yang boleh diterima rakyat bukannya yang hanya boleh diterima oleh warga UMNO sahaja. Ini amat penting bagi memastikan UMNO terus releven. Kalau para perwakilan gagal membuat pilihan yang tepat pada Mac nanti, rakyat akan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka atas kertas undi dalam PRU-13 nanti.
6 ulasan:
penulis baru nak sedar,sy dah sedar dari awal lg.dari dahulu sy katakan,Kekalahan PRU12 kerana kegagalan DS Najib sebagai Pengarah Pilihanraya Nasional tidak memberi tumpuan penuh kpd PRU12.Ini menunjukkan dah 2 kali DS Najib mengepalai by-election Parlimen sudah kalah,seandainya terdapat dimasa akan datang,diadakan pilihanraya mana kawasan,cuba bagi tanggungjawab TS Muhiyidin menjadi Pengarah Pilihanraya Nasional.Bagi pendapat saya,rakyat sudah menolak,jemu,muak dan tak mau tengok muka DS Najib.Seandainya DS Najib menjadi PM,pastinya PRU13 UMNO/BN akan tersungkur.Ini msg dari rakyat sendiri.Kuasa di tangan rakyat untuk memangkahnya.Undi sekarang bukannya tgk pada parti,undi tgk pd calon itu sendiri,sbb calon yg mereka pilih itu yg akan membuat kerja untuk rakyat.Parti adalah sebuah lambang politik yg direncanakan oleh ahli-ahlinya.Dlm pemilihan Agung nanti,ahli2 yg menjadi perwakilan wajib memberitahu dan sampaikan mesej yg jujur dan betul,jangan jadi pak turut saja d dlm dewan itu.Bagi diri saya DS Najib wajib dipersalahkan,atas kekalahan kali kedua d dlm pilihanraya kecil Parlimen,bukannya DUN.Cerita dari TDM Najib tidak bersalah adalah cakap orang sasau,sy tahu cerita sebenar mengenai kenapa TDM tidak memilih DS Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri,sedangkan senioritinya adalah DS Najib.
Salam Tuan dizzy,
Terima kasih atas info yang Tuan berikan.
Menurut kepimpinan UMNO Bahagian tempat saya, Datuk Najib dicalonkan untuk jawatan Presiden kerana kedudukannya sekarang adalah Timbalan Presiden...ikut step by step.
Tetapi ahli UMNO akar umbi memang tak suka Datuk Najib...depakata, Datuk Najib banyak masalah peribadi.
Terpulanglah kepada kepimpinan Tertinggi UMNO, nak dengar cakap pimpinan Bahagian atau ahli akar umbi.
Terima kasih kerana terus mengunjungi blog ini.
Dan tiba masanya usul kepimpinan di bawah akar umbi wajib didengari oleh pihak atasan tertinggi UMNO.Walaupun kesemua bahagian mencalonkan DS Najib sebagai bakal Presiden parti.Mesyuarat bahagian mesti dijalankan mengikut waktu dan pencalonan,akan tetapi kerana hanya ada satu calon yg ada,tak serupa dgn Timbalan Presiden,ada 3 pencalonan.Kebanyakkan yg sy survey dari ahli UMNO,mereka pun tak nak Najib jadi PM,bukannya masalah peribadi Najib saja,malah isterinya juga ramai yg tidak menyukainya.Itulah rakyat dapat melihat dan mendengar keluhan.Sy juga tidak bersetuju Pak Lah terus dipersalahkan dlm hal kekalahan yg teruk.Panglima perang perlu dan wajib dipersalahkan bersama.Faktor lain kekalahan di Parlimen KT mungkin juga disebabkan oleh puak2 Idris Jusoh yg sering mengugut dan memboikot pilihanraya yg lalu,inilah punca sebenar dlm kepimpinan dlm UMNO itu sendiri,hanya pentingkan diri sendiri,bila pilihanraya baru lah nak tunjuk kononnya UMNO bersatu demi bangsa melayu,agama dan negara,tetapi hakikatnya amat mendukacitakan org2 melayu sendiri.Kita dapat melihat sendiri apabila kempen dimulakan samada di Permatang Pauh mahupun di KT baru2ini,bila Najib memberi ceramah ataupun melawat kawasan,rakyat mula membenci beliau malah ada yg sanggup mencaci dan memakinya beliau,itulah penanda rakyat masih marah dan membenci beliau serta isterinya.sy akan berada di Kemaman,Dungun dan KT pd musim bercuti hari raya cina nanti.Sy akan berjumpa dgn org2 disana nanti.
Kewujudan puak-puak dalam UMNO telah lama bertapak. Peringkat Cawangan dan peringkat Bahagian serupa saja. Jadi tak hairanlah kalau di Terengganu pun macam tu juga.
Puak-puak ini akan "demand" terutama semasa Pilihan Raya. Jadi bila nak jaga mereka-mereka ini semua maka banyak perbelanjaan hangus yang diperlukan. Kelemahan ini jugalah yang menyebabkan UMNO SP dan Merbok tewas dalam PRU yang lalu. Malah jentera parti hanya akan berjalan bila ada upah...tanpa upah semuanya akan beku dan kaku.
Itulah budaya UMNO...........org2 seperti tuan sebutkan tadi adalah pengkhianat parti.
Terima kasih atas pendapat dan pandangan Tuan.
Harapan saya semoga ahli UMNO buka minda dan lakukan perubahan sekiranya mereka mahu jadikan UMNO sebagai parti yang masih releven.
Catat Ulasan