Khamis, 22 Januari 2009

Antara Pemilihan UMNO dan Pilihan Raya : mana jadi pilihan pemimpin

Selepas kekalahan UMNO di Kuala Terengganu pelbagai reaksi yang kita dapat. Sejak Pilihan Raya Umum(PRU) yang lalu, UMNO seolah-olah tidak melakukan sesuatu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya. Apa yang diberi tumpuan adalah peralihan kuasa dan pemilihan parti. Apabila isu peralihan kuasa dan pemilihan parti mula dicemari, rakyat semakin menjauhkan diri dari UMNO. Pakatan Rakyat cuba mengukuhkan kedudukkan di mata rakyat. Pelbagai helah mereka lakukan, namun rakyat seolah-olah merestui apa yang mereka laksanakan terutama di Perak dan Selangor. Ini adalah kerana imej UMNO tidak segera dipulihkan di mata rakyat.

Apa yang mengembirakan kerana masih ada jua segelintir pemimpin yang masih mampu bersuara bagi mengimbangi suara pembangkang. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin harus dilihat dari perspektif yang positif ia-itu mahukan perubahan yang lebih ketara dalam UMNO. Namun ada segelintir pemimpin masih dengan gaya mengampu yang tak sudah-sudah.

Penulis difahamkan, kempen menjelang PAU Mac depan sedang giat dijalankan, almaklumlah ramai kepimpinan tertinggi bimbang kalau mereka kalah dalam pemilihan Mac nanti kedudukan yang disandang juga mungkin terbang dan melayang. Jadi antara kepentingan peribadi dengan kepentingan parti yang mana harus diberi keutamaan. Kalau dalam pemilihan UMNO kita berjaya tetapi dalam pilihan raya kita gagal, jadilah kita umpama menang sorak kampung tergadai.

Kepimpinan harus akur bahawa rakyat kini telah mula menilai sejauh mana kemampuan UMNO membantu rakyat berbanding dengan Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang berjaya menawan hati rakyat, itulah yang menjadi pilihan mereka. Kita tidak boleh salahkan rakyat, kerana mereka berhak memilih yang terbaik dari yang baik-baik.

14 ulasan:

dizzy boy berkata...

Itulah pemimpin UMNO sekarang,hanya pentingkan jawatan dari pikir hal rakyat,takut hilang jawatan penting.Yg ada jawatan sekarng pun cukup memadai,kini nak lagi peringkat tertinggi,contohnya Ali rustam,menteri besar.nak lawan lagi n nak jadi TPM kononnya.cuba pikir hal rakyat,jgn UMNO jadi tamak dan haloba,sebab tu rakyat mula membenci UMNO.rumusan saya melihat PRU13 UMNO/BN akan tumbang.akan tetapi Najib akan memberi keistimewaan kpd MCA.Kita kan tahu sikap Najib yg sgt pemurah.Najib akan memberi kelebihan kpd MCA, kerana org2 cina dah kurang memberi undi kpd BN.Salah satu agenda najib kpd MCA adalah TPM kedua diwujudkan untuk MCA,untuk menarik kembali keyakinan org cina kpd BN.sbbnya UMNO kini dah lemah n kurang mendapat sambutan.Najibkan ada sifat pemurah.Kemana kementerian yg disandang,semuanya dapat durian runtuh...renung2 dan fikir2 lah...

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Rakyat kini sudah pandai menilai, yang mana intan, yang mana kaca. Pemimpin UMNO tak boleh bangga bila mereka menang dalam pemilihan UMNO kerana perwakilan boleh digula-gulakan.

Kesilapan perwakilan membuat keputusan dalam PAU Mac nanti akan mengundang padah. Terpulang kepada kebijaksanaan perwakilan yang kaya-raya lagi bijak sana bijak sini menentukan arah UMNO masa depan. Kalau silap perhitungan rakyat akan menghukum mereka dalam PRU-13 nanti.

Terima kasih atas info dari tuan, semoga UMNO terus releven...hanya satu harapan.

dizzy boy berkata...

Inilah UMNO sekarang.Penting diri sendiri.Bila pilihanraya merayu rakyat untuk memilih UMNO/BN yg boleh menjamin masa depan.Bila dah menang,lupa pd janji2 yg pernah ditaburkan,malah sudah lupa kepada penduduk yg memilihnya.Sy bukannya tidak suka pd UMNO,malah sy adalah penyokong kuat UMNO ketika ini,malah bos sy juga kecewa dgn UMNO sekarang.Rakyat sekarang memilih calon dari parti.Asalkan UMNO/BN bertanding,rakyat akan berpaling tadah.Sy hanya mendapat info2 dr rakyat sekeliling.Najib akan membawa kita,org melayu ke jalan jahanam,Najib bukannya tokoh ekonomi,beliau hanya pandai berpolitik.Tgk sendiri kerajaan BN/UMNO,gula pun akan naik harga.Maklumlah menteri kpd menantu raja gula.Inilah masa untuk memperkayakan kaum sanak saudara dan keluarga.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Tempias kemelesetan ekonomi global mula dirasai di Malaysia. Saya kurang yakin apakah kepimpinan tertinggi negara mampu menanggani situasi ini. Dengan harga komoditi utama seperti sawit, getah yang semakin menurun akan merumitkan lagi penduduk luarbandar yang terlibat, sedang harga barang keperluan asas semakin meningkat.

Begitu juga dengan pemberhentian pekerja-pekerja di sektor industri yang semakin meningkat...maknanya penganguran akan bertambah, tak termasuk lagi anak-anak lepasan sekolah/Politeknik/Kolej/IPTA/IPTS.

Kalau tiada langkah drastik menanggani permasalahan rakyat, kerajaan BN akan terus ditolak oleh pengundi di masa depan.

Terima kasih kerana terus bersama APM.

dizzy boy berkata...

Saudara penulis,
Tgk hari ini,Adun Bota telah keluar dari UMNO,tak lama lagi Adun Seberang Jaya pula akan ikuti langkah sedemikian,statement dari YB Dato Arif Shah berkata,beliau amat susah untuk bekerja di bawah Ketua Bahagian Permatang Pauh.Itulah sifat UMNO yg ada sekarang.Saudara penulis berfikirlah,alangkah susahnya sekiranya Ketua Bahagian tidak memberi komitmen kpd Adun.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Memang benar apa yang Tuan katakan itu. Di negeri Kedah pun macam tu juga. Datuk Ahmad Lebai Sudin kena gantung 2 tahun pasai apa? Depa-kata puak-puak Datuk Lat (Ketua Bahagian Kuala Kedah)dok atur nak bagi Datuk Ahmad ganti Datuk Det Khalid, bila rahsia ni pecah...Tok Det ambil langkah dan akhirnya Ahmad Lebai Sudin kena gantung...Tok Det masih selamat. Depa akan guna apa carapun demi kepentingan peribadi bukannya kepentingan parti. Di Kedah berapa ramai ketua2 Bahagian yang sokong Tok Det. Ramai yang sokong Tok Lat...almaklumlah lepas ni Datuk Najib akan ditabalkan sebagai PM.

Terima kasih kerana masih bersama APM....maaf lambat up-date...cuti balik kampung.

dizzy boy berkata...

Saudara APM,
Bila Najib ambil alih tampuk pemerintahan(PM)sy rasa rakyat tidak akan memebri undi pd BN/UMNO pd PRU13.Rakyat nak mula rasa jemu,muat dan ada perasaan benci pd Najib,kerana tindaklaku Najib dan isterinya,malah isu pembunuhan Altantuya menjadi isu hangat masakini.Kita perlu ada pemikiran yg baru dan khusus untuk penduduk luar bandar.Sy melihat sendiri penduduk di luar bandar tiada program untuk naikkan taraf hidup mereka.Program yg ada nampak kurang berkesan.Di sini sy ingin tahu,APAKAH AGENDA UMNO UNTUK ORG MELAYU SEKARANG???

Anak Pantai Merdeka berkata...

Kini agenda UMNO untuk Melayu masih samar-samar. Apa yang jelas PKR cuba sedaya upaya menarik ahli UMNO terutama yang kalah dalam pemilihan baru-baru bagi mengukuhkan kedudukan dan keyakinan orang Melayu. Di SP pun ada usaha ke arah ini.

Kini semua warga UMNO tertunggu-tunggu apakah peralihan kuasa kelak bakal membawa perubahan kepada UMNO. Perubahan inilah merupakan agenda yang bakal menentukan hidup mati UMNO dimasa depan. Saya tak nak buat ramalan tetapi situasi sekarang menjadikan UMNO dalam keadaan yang agak tenat.

Terima kasih....

dizzy boy berkata...

Saudara APM,
Itulah masalah org melayu yg tak mahu bersatu,harap pd motto pd parti UMNO sahaja.Kita tgk saja bangsa cina,walaupun musuh dlm perniagaan,depa akan bantu juga demi bangsa depa.Kita sebagai org melayu,bukannya nak bantu,jika boleh nak jahanamkan bangsa sendiri.Pihak kepimpinan UMNO tidak mahu berubah dari segi keegoan dan kesombongan,kini rakyat dah mula menbenci,kita tgk semasa UMNO dahulu,rakyat lebih senang didekati oleh pemimpin.Inilah semangat yg telah hilang pd masa kini,pemimpin UMNO sekarang asyik mengumpul kekayaan rakyat semata-mata.Sy lebih senang dan enak semasa di era kepimpinan dahulu,pemimpin berjiwa rakyat.Peranan PEMUDA UMNO pun dah berubah dan tersasar jauh dari landasan sebenar.Seandainya pengundi org muda telah hilang dari UMNO,maka PEMUDA UMNO wajib berubah ke jalan yg benar supaya golongan muda ini kembali ke pangkal jalan.Kini pemimpin PEMUDA UMNO rakus dgn kekayaan dan egonya,maka anak2 buah dibawah turut menjejaki langkah pemimpin PEMUDA UMNO yg ada sekarang.Sy berpendapat pemimpin PEMUDA UMNO telah hilang fokus yg asal dlm perjuangan mereka,begitu juga dlm PUTERA UMNO MALAYSIA.Tiada tanda2 untuk memulihkan keadaan.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Dalam Pemuda ada tiga calon. Antara mereka siapakah yang paling layak? Mereka yang menang nanti yang bakal mencorakkan Pemuda masadepan...kalau coraknya bercelaru, akan tambah bercelarulah Pemuda masa depan. Kebanyakan Pemuda hari ini lebih cenderung kepada pembangkang. Generasi hari ini, bila terlibat dengan pertubuhan akan bertanya, apakah yang pertubuhan boleh berikan kepada mereka, bukan apa yang mereka boleh berikan kepada pertubuhan.

Inilah tuntutan yang perlu dipenuhi Pemuda UMNO sekiranya ingin menarik golongan muda bersama mereka. Semakin hari golongan muda semakin menjauhkan diri dari kepimpinan UMNO baik di Cawangan ataupun Bahagian...makanya bila ada PRU, veteran UMNO kena ambil alih dalam berkempen termasuk memasang poster/bendera. Situasi ini semakin ketara.

Perjuangan perut mengatasi perjuangan untuk parti yang menyebabkan ramai orang Melayu semakin menjauhkan diri dari UMNO. Yang dapat mereka tunggu...yang tak dapat mereka akan lari.

Terima kasih....

azlishukri berkata...

ramai yg mungkin tidak setuju kata2 saya ini..bahawa UMNO dalam proses pembersihan..ia dalam proses "tersepit" seketika..saya membuat analisis ini dalam blog saya..dalam bab monolog ke dua saya dahulu. salam singgah.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

1. UMNO kini bergelut dengan masalah dalaman, politik wang, cah keting, dan persepsi negatif rakyat.
2. Perspesi umum mengambarkan pimpinan parti sebagai sombong dan tidak mesra rakyat.
3. Pimpinan parti terutama peringkat Bahagian berjuang untuk kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat yang diwakilinya, contoh terbaru ADUN Bota.
4. Warga UMNO amat berharap pimpinan tertinggi yang bakal dipilih Mac nanti boleh merubah persepsi negatif rakyat terhadap UMNO dan mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu.
5. Terima kasih kerana sudi menjengok blog marhaen ini.

dizzy boy berkata...

saudara APM,
Sbb salah satunya adalah kuasa yg ada pd Ketua Bahagian dan kuasa yg ada pd ADUN.Ini amat ketara dan amat berbeza.Mcm mana wakil rakyat nak jalankan tugas dgn sempurna,walhal kuasa wakil rakyat adalah terhad.Yg tunjuk lebih2 kuasa adalah Ketua Bahagian.Inilah silap UMNO itu sendiri membezakan antara wakil rakyat dan ketua bahagian yg sebenarnya.Yg sy nampak ADUN Seberang Jaya berselisih faham dgn ketua bahagian.Sbb itulah ramai yg akan keluar dari UMNO kerana kuasa wakil rakyat dah kurang.Sekarang ni pun PR memerintah Perak,senang lah ADUN2 yg keluar dari UMNO mengadu kepada MB.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Nak buat macam mana lagi, inilah amalan yang digunapakai oleh UMNO ketika ini. Sewajarnya UMNO kena berubah dari pelbagai aspek supaya ianya dapat diterima oleh semua pihak. Kuasa ketua bahagian cukup besar, kalau tidak masakan depa sanggup bergolok bergadai kerana nak jadi ketua bahagian...almaklumlah "power" yang menjadi rebutan dan idaman. Akhirnya ahli akan lari mencari alternatif baru!!!!