ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini.
Azizan berkata, beliau masih sihat dan bersemangat untuk terus berjuang dan tiada sebab untuk berundur. "Mengapa ada orang hendak saya berhenti, kata saya tidak sihat, jalan tiga selinder. Itu tak betul," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada akan berundur ekoran dakwaan bahawa keadaan kesihatannya tidak memuaskan. Sejak tahun lepas Azizan telah beberapa kali mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah kesihatan termasuk masalah mata.
Azizan ditemui di pejabatnya, Isnin, bagi mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu aktiviti pembalakan dalam kompartment tujuh hutan Bukit Perangin di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu. Mengenai dakwaan beliau mencatur pemilihan calon bagi 11 kawasan DUN, Azizan berkata selaku Pesuruhjaya Pas Negeri beliau hanya menyampaikan nama orang-orang yang dicalonkan. "Pas Pusat yang akan membuat pemilihan, bukan saya yang menentukannya," kata Azizan. - BERNAMA
|
Isnin, 25 Februari 2013
Azizan tetap bertanding PRU-13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Yang penting akal masih sihat...ilmu luas..pandai tadbir.tak rasuah...tak minum arak,,tak buat konsert buka aurat kat rumah,,tak kumpul kekayaan,,,tak peluk menari dengan tak sapa tah,,,tebang balak tak makan sorang....
boleh jadi imam solat,bagi tazkirah ,,
ABU....
Pasai hangpa tak calon sahaniem aku pangkah PAS....
Catat Ulasan