Mungkin rakyat Malaysia sebelum ini mengenali nama Johari Abdul kerana dia merupakan seorang Ahli Parlimen Sungai Petani dari parti PKR yang menjadi antara yang pertama menonton rakaman skandal video seks yang dikaitkan dengan “boss”nya, Anwar Ibrahim.
Dia memang popular ketika itu. Media arus perdana berulang kali menyiarkan gambar dan berita mengenai dirinya yang pada mulanya mengaku lelaki di dalam video itu adalah Anwar dan kemudian menafikan pengakuannya setelah dikatakan dia mengamuk tidak mendapat habuan.
Itulah perangai Johari Abdul yang dikenali sebelum ini.
Namun, rasanya tidak ramai yang tahu bahawa dia juga merupakan seorang yang tidak menepati janjinya pada rakyat yang diwakilinya. Atau lebih tepat lagi, Johari Abdul dikatakan telah mungkir janji terhadap para peniaga di sekitar stesen bas ekspress di bandar Sungai Petani.
Menurut sumber tempatan yang kami terima baru-baru ini, Johari Abdul sebelum ini pernah berjanji kepada para peniaga di gerai jualan di stesen bas ekspress berkenaan untuk memasang cermin di depan kedai mereka.
Harapan mereka agar kedai mereka lebih selesa dan mampu menarik lebih ramai pelanggan di sekitar stesen bas ekspress tersebut. Sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani, janji Johari Abdul untuk melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan kedai para peniaga itu ditagih.
Namun nasib mereka malang apabila mendapat tahu bahawa lain yang mereka harapkan, lain pula yang jadi.
Pada sekitar jam 10.15 pagi bertarikh 25 Julai yang lalu, Johari Abdul bersama lebih kurang 10 orang orang-orang kanan PKR hadir melawat ke lokasi perniagaan di stesen bas ekspress itu dan mengadakan sesi dialog bersama para peniaga.
Namun, dialoq berkenaan dikatakan hambar dan tidak mendapat sambutan dari para peniaga yang sudah menyampah dengan janji yang tidak ditunaikan oleh Johari Abdul berkaitan pengubahsuaian kedai-kedai mereka itu.
Lebih memburukkan keadaan apabila Johari Abdul dikatakan membuat keputusan mengarahkan agar menutup pintu hadapan kedai-kedai tersebut dengan dinding batu bersimen dan premis-premis perniagaan itu menjadikan pintu belakang sebagai pintu utama.
Dia memberi alasan kononnya pintu belakang kedai-kedai itu menghadap pasar awam yang terletak di bahagian belakang kedai-kedai tersebut.
Lain yang diminta, lain pula yang para peniaga dapat. Lain yang dijanji, lain pula yang dilaksanakan.
Ekoran itu, para peniaga itu merasa teraniaya dan dizalimi oleh Ahli Parlimen Sungai Petani itu sedangkan merekalah yang memberikan undi kepadanya pada PRU ke-13 dahulu sehingga Johari berjaya menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.
Mungkin tidak lagi mengharapkan janji palsu Johari Abdul dan berang terhadapnya, sumber menjelaskan bahawa para peniaga sepakat untuk berkumpul pada esok (26 Julai 2012) dan akan membuat satu pertemuan dengan pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).
Harapan mereka agar pihak majlis mampu berbuat sesuatu untuk membatalkan arahan Johari Abdul dan menuntut agar mereka mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan negeri melalui MPSP.
Menurut tinjauan kami, rata-rata rakyat di Sungai Petani sudah jelak dengan Ahli Parlimen mereka itu memandangkan dia tidak pernah melakukan sesuatu yang memberi keselesaan atau kemudahan yang lebih baik di kawasan parlimen itu.
Apa yang dijanjikan sebelum ini, semuanya tidak menjadi. Dan sekiranya ada tindakan sekalipun, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan keperluan atau kehendak penduduk di dalam kawasan yang diwakilinya itu.
Khabarnya, para penyokong PAS sendiri marah pada Johari yang terkenal tidak menepati janjinya selama empat tahun sebagai Ahli Parlimen di situ dan ia sememangnya menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Haram, khususnya membusukkan nama PAS sebagai parti pemerintah negeri.
Tak tahulah apa nasib Johari Abdul pada PRU ke-13 nanti. Namun mungkin hubungan baik Johari Abdul dengan Anwar Ibrahim mampu memberikan kelebihan kepadanya dan dijangka dia akan diberikan dana yang lumayan untuk menghadapi PRU ke-13 kelak.
Mungkin Johari boleh menabur wang Anwar dan janjinya kepada rakyat Sungai Petani nanti, namun apakah rakyat di Sungai Petani akan memberikan undi mereka kepada “perosak imej P. Ramlee” itu? Wallahua’alam. Sumber - Kedahan69ers.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan