Sabtu, 19 September 2009

Pemecatan Soi Lek di ubah

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Jawatankuasa Pusat (CC) MCA malam ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat Timbalan Presiden, Datuk Dr. Chua Soi Lek dari parti itu.

Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr. Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta. - Sumber Utusan Online.

Apakah keputusan ini akan mengubah pergolakan yang melanda MCA. Apakah dengan keputusan ini bermakna krisis yang melanda parti kedua terbesar dalam BN telah selesai ataupun adakan ini mainan politik pihak-pihak yang berkepentingan dalam MCA bagi mengekalkan kedudukan mereka. Semua ini amat bermakna apa lagi menjelang PRK Bagan Pinang yang bakal menyaksikan pelbagai pendedahan akan dikeluarkan. Apa yang pasti BN mestilah membersihkan imej terlebih dahulu sebelum rakyat memberi sepenuh kepercayaan kepada BN kembali.


2 ulasan:

dizzy boy berkata...

SALAM,
YANG SEBENARNYA ONG TEE KEAT TAKUT DI DAPATI BERSALAH DLM KES DGN DATO TIONG DARI SARAWAK.JIKA D DAPATI BERSALAH MAKA DGN SECARA AUTOMATIKNYA PEMANGKU PRESIDEN PARTI MCA ADALAH CHUA SOI LEK.DGN INI LEBIH BAIK ONG TEE KIAT CEPAT2 MENYINGKIRKAN TIMBALANNYA DAHULU.KONON2NYA LAH ONG TEE KIAT INI BERSIH DARI SALAH LAKU.INILAH POLITIK YG AMAT KOTOR SEKALI.SEMUA D DLM POLITIK D MALAYSIA MENJANJIKAN WANG CUKUP LUMAYAN SEANDAINYA KITA BERADA D ATAS.SENANG2 BOLEH BIKIN WANG JADI KAYA.KITA DAPAT LIHAT 2 TOKOH AHLI POLITIK YG BIKIN WANG YG CUKUP DAHSYAT.1.DATO TIONG 2.DATO FAIZAL 3.DATO ONG TEE KIAT.DATO FAIZAL ADALAH KRONI BAGI DATO TIONG.DATO FAIZAL MMG PEMIMPIN UMNO TIDAK MENYUKAINYA KERANA WANG YG DIMILIKINYA SEBELUM INI TIDAK PERNAH DISALURKAN KEPADA UMNO MALAYSIA.HANYA BEKERJA UNTUK BARUA ORG DAN SIMPAN DUIT UNTUK PERUTNYA SAHAJA.UNTUK UMNO MMG TIDAK PERNAH MEMBERI SUMBANGAN.KABINET NAJIB BEGITU TAKUT DGN SCANDAL INI YG MELIBATKAN KOMPENAN BN.MELIBATKAN WANG RAKYAT BERBILION RM.WALAUPUN KITA NAMPAK ONG TEE KIAT SEBAGAI WIRA,TETAPI KECUT JUGA DI BUAT OLEH DATO TIONG.KITA BERHARAP KABINET NAJIB BENAR2 IKHLAS UNTUK BUKTIKAN KEJUJURAN DALAM HAL INI(PKFZ).

Anak Pantai Merdeka berkata...

Terima kasih atas info ini. Sedikit sebanyak kewibawaan BN sebenarnya terjejas kerana kes ini. Habis macam mana nak hadapi PRU akan datang. Mungkin nak hadapi PRK Bagan Pinang pun memeningkan kepala.