Khamis, 2 Julai 2009

DAP Kedah mula bertindak



DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat
Jul 1, 09 6:23pm


DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star. Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut. Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputus dan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat. - sumber Malaysiakini.

Kesimpulan dari peristiwa ini menunjukkan bahawa komponen parti yang berada dalam Pakatan Rakyat belum kukoh. Masing-masing parti bertindak mengikut citarasa sendiri bukannya komponen. Rakyat Kedah memerlukan sebuah kerajaan yang kukoh dan stabil bagi memajukan negeri Kedah Darulaman.

3 ulasan:

http://pemudatamanperuda.blogspot.com berkata...

Assalamualaikum..Allah Maha Besar...Apa yang nak dihairankan, memang dah terbukti pakatan rakyat memang rapuh. Baru 18 bulan 'berkahwin' takkan dah nak mintak 'cerai' kot...Jangan la macam tu, orang baru kahwin mana boleh gaduh-gaduh, bawak-bawak bincang la...cuba la mencontohi Barisan Nasional, gaduh sikit-sikit dalam rumah tangga biasa la umur 'perkahwinan' BN dah lama...padan laaaa...ini baru 'kahwin' dah gaduh besar....TAK PATUT....INILAH DIA PAKATAN RAKYAT, CERAI BERAI DAH JADI BIASA....

dizzy boy berkata...

DAP dari dulu pun suka ugut-mengugut.Mmg di Kedah hanya 1 seat saja utk depa.DAP berlagak mcm depa dah ada byk kuasa.Mcm2 depa tuntut.Pusat sembelih babi tu mmg tak ada lesen majlis,mmg patut kena roboh,tanah pulak milik MBAS.Guna akal la,pusat sembelih babi haram,adakah perlu diadakan d Alor Setar?Dpt tanah d Bkt Selambau utk projek ternak babi,diprotes oleh penduduk setempat.D SP sendiri byk tempat sembelih babi haram.Setinggan haram pun pihak majlis halau penduduk.Masalahnya DAP,media tidak cerita hal yg sebenarnya.Cuba terang pekara yg jelas,barulah rakyat akan nampak.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Pemuda Taman Peruda,

DAP adalah adik kepada PAP (Singapura). Mereka akan bertindak sekiranya kepentingan mereka dipertikaikan. Mereka juga sebenarnya kurang senang dengan kepimpinan PAS Kedah yang lebih mengutamakan orang Melayu berbanding kaum lain. Terima kasih keran mengunjungi blong ini.

Salam Dizzy boy,

Pusat sembilihan babi secara haram bermula sejak kerajaan BN lagi. Namun sebagai menjaga hati komponen, perkara ini didiamkan saja. Sekarang ini bila DAP merasakan mereka berkuasa maka mereka mulalah menunjukkan belangnya.

Cuba renung balik apa yang pernah diperkatakan oleh Mufti Perak TS Harussani Zakaria. Orang Cina dan India kini lebih bijak berpolitik berbanding dengan orang Melayu.
Selamat bertemu kembali diarena Siber ini.