Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaludin Abu Bakar telah melantik empat pegawai utama dalam Pergerakan tersebut. Datuk Rozabil (KP Arau) dilantik sebagai Penolong Bendahari, Datuk Reezal Merican (KP Kepala Batas) sebagai Ketua Penerangan dan Sdr. Shaiful Hazizy (KP Merbok) sebagai Setiausaha Kerja Pemuda. Selain itu Sdr. Megat Firdouz Megat Junid (Timbalan Ketua Bahagian Subang) dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.
Nampaknya Pemuda di Utara Semenanjung lebih bijak mengambil hati ketua mereka. Adakah ini merupakan strategi baru bagi mengukuhkan pergerakan tersebut. Sebagai sayap UMNO, Pemuda mestilah memainkan peranannya dengan lebih berkesan supaya ianya diterima oleh golongan muda di negara ini. Golongan muda merupakan pengundi baru yang bakal menentukan manakah parti yang bakal menjadi pemerintah selepas PRU ke-13 nanti.

4 ulasan:
Tahniah kat depa bertiga yang mai dari Utara.Saya pun kenai depa bertiga yang merupakan penyokong kuat KJ. Bagi peluang dan ruang yang semaksimumnya untuk depa buat sesuatu untuk golongan muda.
Salam Tuan,
Semoga mereka mampu mengerakkan Pemuda dengan lebih aktif lagi. Kekadang pening juga bila Persidangan Pemuda Cawangan sukar nak dapat korum yang mencukupi.
Salam Bro...
jadi ka mai 2hb may ni?
Salam Duke,
Sekarang ni saya agak sibuk sikit, InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan hadir.
Catat Ulasan