Jumaat, 17 April 2009

Datuk Jamil Khir perlu dilantik untuk mengetuai UMNO Kedah

UMNO Kedah perlu berubah. Perubahan drastik amat perlu untuk mengembalikan keyakinan rakyat Kedah terhadap UMNO. Sejak tewas dalam PRU yang lalu, UMNO nampak tidak bermaya. Pemilihan UMNO pula telah dicemari oleh politik wang. Perkara ini digembar-gemburkan samada oleh kawan dan lawan. Ini menyebabkan UMNO semakin lemah dan persepsi rakyat terhadap UMNO semakin menyimpang.

Bagi memperbaiki imej dan persepsi rakyat terhadap UMNO Kedah, satu perubahan besar perlu dilaksanakan segera. Perdana Menteri, DS Najib Razak sewajar memandang serius hal ini. Dalam barisan kabinet DS Najib terdapat seorang menteri dan dua timbalan menteri dari Kedah. Pemilihan Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi isyarat bahawa DS Najib telah menaruh kepercayaan kepada tokoh agama dari ATM ini untuk mengembalikan imej UMNO Kedah.

Penulis mencadangkan supaya Datuk Jamil Khir diberi tanggungjawab untuk mengetuai UMNO Kedah. Ini adalah kerana Jamil Khir belum mempunyai sebarang rekod yang tidak baik dalam UMNO. Beliau juga diharapkan dapat berdepan dengan pengaruh PAS yang semakin kukoh di Kedah. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang agama, beliau dilihat mampu mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO. Pengstrukturan semula Perhubungan UMNO Kedah amat perlu. Dalam tempoh kurang dari empat tahun mendatang sebelum menjelang PRU ke-13, UMNO Kedah mesti bangun menyusun langkah dan Datuk Jamil Khir adalah insan yang diharapkan dapat mengembalikan imej serta persepsi rakyat Kedah.

17 ulasan:

Generasi Muda Tikam Batu berkata...

Salam abang Saad.
Saya sependapat dengan abang untuk menyokong YB Mejar Jeneral(B) Jamil untuk mengetuai UMNO Kedah. Biar masa menentukannya. Harapan yang tinggi daripada rakyat UMNO Kedah untuk dilakukan perubahan yang cukup baik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN dan UMNO.(saja nak tau- Mejar Jamil ada jawatan dak dlm mana2 bahagian UMNO di Kedah).

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Cg's,

Setahu saya, beliau belum menyertai UMNO. Perkara ini boleh diuruskan. Beliau dilahirkan di Yan. Semoga UMNO Yan mengambil langkah proaktif kearah ini. Diharapkan staf kepimpinan Yan menyokong penuh usaha murni ini.

tempursakti berkata...

salam APM,
Amboi..amboi...amboi.....sukanye dia..elok bebenor lah ye..almaklumlah pilihan DSNTR lantik Jamil khir sebagai menteri tu tepat dan kena pada orangnya...lagi pun kedah ni kuat PAS,elok sangatlah orang yang faham dan arif tentang agama ni memimpin UMNO Kedah pula.

kenai ka Jamil khir?..

Unknown berkata...

DARI DATO JAMIL KHIR, BAIK LANTIK TUN MAHATHIR JADI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH........

WA CAYA SAMA LU,

HIDUP TUN...........

dizzy boy berkata...

Semua tokoh agama d dlm UMNO tahu adanya rasuah melibatkan wang RM.Seandainya letak tokoh agama ini d dlm UMNO maka rosak lah akidah mereka ini,seperti contoh bekas imam Datuk Firdaus sudah rosak perbuatan n langgar akidah akibat menyertai UMNO.Malah datuk firdaus ni yg d anggap ulama dlm UMNO sanggup memaki sesama umat islam.Mengapa UMNO sekarang tidak mahu mengubah cara penyampaian yg elok pd rakyat.Itulah persoalan yg harus dijawap oleh pemimpin UMNO Kedah.Jgnlah Datuk Jamil Khir menjadi serupa seperti Datuk Firdaus.d mulanya tunjuk islamic,selepas tewas dlm pilihraya nanti,bermaki-maki lah pulak Datuk Jamil Khir ni.Contohilah bekas Mufti Perlis yg lalu,Dr Asri akhirnya lari dari perangkap UMNO.Org2 ulama wajib kita hormati,jgn babitkan mereka d dlm arena politik dlm UMNO.Ulama UMNO halalkan memaki sesama umat islam.Sy tidak sokong Datuk Jamil Khir di serap d dlm UMNO,biarlah beliau jd menteri tidak ada sebarang jawatan dlm UMNO.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Tuan Tempursakti,

UMNO Kedah perli berubah, maka kepimpinannya juga perlu diubah. Pendekatan baru amat di perlukan bagi meyakinkan ahli UMNO dan juga rakyat Kedah bahawa UMNO masih lagi relevan hingga kini. Tanpa perubahan UMNO Kedah akan kaku dan beku.


Irza,

Tun telah bersara. Kita hanya perlukan pandangan dan pendapat beliau untuk membawa perubahan kepada UMNO Kedah. Biar Dato' Mukhriz menyambung tugas beliau dalam UMNO Kedah.

Tuan Dizzy,

Mungkin kita berbeza pendapat. Dalam hal ini, UMNO Kedah mestilah berubah, formula terbaik adalah dengan melakukan perubahan kepimpinan. Ahli UMNO dan rakyat Kedah perlu dipimpinan oleh seorang yang berwibawa dan tegas. Keperibadiaan yang luhur tanpa sebarang penyelewengan bakal memulihkan imej kepimpinan UMNO negeri. Dengan ini juga diharapkan persepsi rakyat Kedah terhadap UMNO akan berubah. Tanpa perubahan mungkin amat sukar bagi UMNO menawan kembali negeri Kedah.

dizzy boy berkata...

Salam Saad,
Sy hanya beri pandangan peribadi.Jgn kita libatkan para ulama dlm hal politik.Ulama biarlah ia membuat kerja dlm hal agama demi bangsa,agama n negara.Apabila dicampur adukkan,maka ianya akan menjadi karut untuk jalankan tugas.Begitu juga dgn tugas mufti,jgn politikkan ia.Islam n politik tidak perlu disatukan.Biarlah Kedah cari calon yg sesuai,Kedah kan byk org yg terpengaruh dlm arena politik.Biarlah Datuk Jamil Khir membuat kerjanya sebagai Menteri yg menjaga hal-hal agama.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Tuan,

Pandangan Tuan saya hormati, namun terkini amat sukar untuk mencari seorang yang mampu memimpin UMNO Kedah. Kalau di kalangan 15 ketua bahagian yang ada, DS Najib kena teropong betoi-betoi, silap-silap pilih UMNO Kedah tak kemana.

Di kalangan pimpinan Kedah ada yang menang MT, menang ADUN, tapi tak mampu mengekalkan kemenangan BN di Kedah. Ada yang menang MT tapi kalah di bertanding sebagai wakil rakyat. Ada yang menang sebagai wakil rakyat tapi kalah sebagai MT tapi dilantik juga sebagai anggota kabinet. Nampak gayanya tak ada seorang pun pemimpin yang benar-benar mampu untuk membawa perubahan di Kedah.

Alternatif terbaik hanya orang baru yang boleh merombak dan menyakinkan rakyat Kedah bahawa UMNO masih boleh menjadi wadah dan perjuangan orang Melayu di Kedah Darul Aman.

Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

dizzy boy berkata...

Penyakit dlm UMNO adalah duit,ada duit maka pangkat pun dapat.Ada duit semua menjadi kawan.Biar siapa pun dlm UMNO kedah.Bg pendapat sy dari kesemua 15 bahagian,ada calun tertentu boleh memimpin untuk Kedah.Biarlah Tan Sri Muhyiddin teropong siapa yg layak.TS Muhyiddin Ketua Perhubungan UMNO Kedah.Biarlah Datuk Jamil Khir buat kerja dulu.Dia pun budak baru seperti baby baru di lahirkan ke dunia,byk langkah perlu di ajar.Takut silap langkah,terus jatuh merudum sakan.UMNO kedah mmg suka pd org baru,sbbnya senang mereka2 ini boleh menumpang n menokak mangsa.Budak baru katakan....Datuk Jamil Khir masih mentah dlm arena politik,biarlah ia belajar dr bawah,belajar apakah kesan politik dlm agama.

Kamalkamal berkata...

umno kedah perlu kekuatan dan perubahan. bukan senang nak rampas kedah dari pas. dua orang pm datang dari kedah. pemimpin umno kelihatan seperti elite sebab tu pengundi tolak umno.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Tuan Dizzy,

Kedah memerlukan suntikkan orang baru memimpin UMNO bukan kerana mudah untuk diperkotak-katikkan oleh pimpinan bahagian tetapi mentadbir dengan kaedah yang lebih Islamic. Rakyat sudah mula bosan dengan politik wang. Era kepimpinan berasaskan politik wang telah ditolak, untuk hanya orang baru saja yang mampu melaksanakan tugasan ini dengan berkesan. Kewibawaan Jamil Khir tentunya telah terbukti dalam ATM sebab itu DS Najib lantik beliau jadi menteri. Di Kedah ni tak nampak tokoh yang mampu menyaingi kehebatan MB Kedah. Kalau lantik ketua-ketua bahagian yang sedia ada...tak akan ada perubahan dalam UMNO Kedah.

Kamalkamal

Kerana kelihatan 'elite'lah UMNO Kedah ditolak pengundi. Kalau perangai ni mereka tak ubah, rakyat akan mengubah mereka. Untuk itu perubahan besar perlu berlaku dalam UMNO Kedah. Kalau boleh ketepikan mana-mana ketua bahagian yang tak habis-habis dengan sikap bodek-membodek, kipas mengipas tu. Tapi apa nak buat pemilihan UMNO Bahagian akan datang lambat lagi, mungkin selepas PRU ke-13 nanti. Mungkin masa itu terlalu lewat untuk membuat perubahan!!!

Detguaq berkata...

Nampaknya apa yg org keedah impikan tidak menjadi kenyataan.

balik-balik org yg kita tak harap diangkat, spt bashah misalnya. Namun mungkin kehadiran shafie apdal sedikit sebanyak boleh menampung koyak pada kain UMNO.....AllahuA'laam

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam ASU,

Nak buat macam mana, DS Najib dah buat keputusan. Datuk Shafiee kahwin dengan orang Kedah juga. Beliau kahwin dengan anak Dato' Shuib Lazim bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani.

Mungkin kerana mertuanya orang Kedah dia terpilih mengetuai UMNO Kedah.

Dalam MT ada Dato' Mahdzir Khalid, Dato' Azeez Rahim, Dato' Aziz Fadzil dan Dato' Jamil Khir. Kalau nak kira tu ramai juga MT orang Kedah. Kalau nak UMNO/BN Kedah menang dalam PRU akan datang depa kena mula buat kerja dari sekarang, bukan senang nak yakinkan rakyat Kedah supaya kembali kepangkuan UMNO/BN

DukeOfUMNO berkata...

Salam Bro...

Di jemput hadir semua blogger2 wilayah utara ke Majlis Gathering Blogger2 Utara...2 May...pukul 8.30 malam...di Coffee House Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani, Kedah...TQ!

p/s: keterangan lanjut di...
http://dukeofumno.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Dizzy boy,
Kamu ni masih bodoh nampaknya tak mengaji betui dan tak baca buku.tak usah dok komen kalau tak faham konsep.
Agama dan politik tak boleh pisah cik oi.Politik tu dok dalam agama cik oi...Islam dah atok elok dah.Islam menentukan politik.Kalau tak ada ilmu politik tak ada alam ni. tulah Allah pilih manusia jadi pemimpin.Pemimpin itu ada ilmu politik. Dia ada kuasa dia perintah.Maka sapa ada ilmu agama lagi baguih,karisma baguih, pentadbiran,dan serba serbi ada otak,bukan penipu bolehlah lantik dia cik oi.Cik oi pi baca buku lagi tentang buku agama dan politik.Jangan dok jadi bodoh sampai tua.oghang macam kamu ni la dok selalu gadoh dalam umno.tk. Ahli UMNO Pantai Merdeka.

Ibnu sina berkata...

Dizzy boy,
Kamu ni betui bodoh.Malu nak cakap politik tak reti,tak usah tulis blog la. Sapa tok guru hang ni. Saya sokong Ahli UMNO pantai merdeka tu.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Anon & Ibnu Sina,

Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang lumrah. Jadikan yang baik sebagai tauladan dan sebaliknya. Orang Melayu kena mula belajar dari kesilapan yang lalu, jangan "menang sorak kampong tergadai".

Terkini saya dimaklumkan Barisan kepimpinan UMNO Bahagian giat mendekati rakyat. Diharapkan sikap "elite" dan "ego" diketepikan. Kembalikanlah keyakinan rakyat/pengundi terhadap UMNO demi masadepan orang Melayu.