Selasa, 6 Januari 2009

Tamparan awal KT - Calon Akim sokong PAS

Tiga calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Pas, Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat. Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk bertanding pada pilihan raya itu iaitu calon Bebas, Isma Airsath dan Maimun Yusuf tidak kelihatan sehingga tamat proses penamaan calon itu.


Pertandingan tiga penjuru ini sama seperti di PRK Permatang Pauh, cuma di Kuala Terengganu di tandingi oleh calon Bebas selain dari BN dan PAS. Penarikkan diri calon AKIM Harun Mohamad dari bertanding dan keputusan beliau menyokong parti PAS merupakan tamparan awal kepada BN. Walaupun tindakan Harun Mohamad tidak direstui partinya AKIM, namun ianya memberi mesej jelas bahawa AKIM Kuala Terengganu tentunya berpihak kepada PAS.

Jentera BN haruslah mantap dalam melaksanakan tugasan kempen. Rakyat bukannya mahu pembangunan semata-mata tetapi keperihatinan kerajaan terhadap rakyat perlu diberi keutamaan. Keperitan hidup rakyat haruslah ditanggani secara sistematik bukannya bila ada saja PRK baru pemerintah hendak memenuhi kehendak rakyat di kawasan tersebut. Pembangkang akan mencari seberapa banyak kelemahan BN dan BN perlu menangkis segala tuduhan secara berhemah bukan dengan melatah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

marilah kita sama sama mengajak ahli umno dan pas melangkah mayat karpal singh demi untuk menegakkan hukum hudud di malaysia. tanpa sokongan ahli umno dan pas hukum hudud tidak akan dapat di laksanakan di malaysia.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Sewajarnya pemimpin PAS dan UMNO mengatur langkah untuk melaksanakan hukum hudud. Atas kepentingan parti masing-masing hukum hudud tertangguh. PAS ada alasannya, begitu juga dengan UMNO. Selagi kepimpinan PAS dan UMNO tidak dapat bersatu dan bermesyuwarah dalam menegakkan hukum Allah, selagi itulah hukum hudud akan tertangguh.

Almaklumlah masing-masing ada kepentingan yang tersendiri...bagi ahli kebanyakannya mengikut saja.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Rantong,

Kita dihina dan diperkotak-katik adalah kerana kita lemah. Selagi umat Islam tidak bersatu, selagi itulah kita akan ditindas. Samada di Iraq, Palestine dan Afganistan, kesatuan Umat Islam cukup lemah. Di Palestine sendiri terdapat perbezaan yang cukup ketara antara Hamas dan Fatah. Israel ambil kesempatan atas kelamahan ini. Begitu juga di Iraq, pengikut Syiah dan Sunnah sering bertelagah...negara sudah hancur namun perpaduan masih jauh.

Terima kasih atas peringatan dari Saudara, InsyaAllah sama-sama kita doakan kesejahteran umat Islam, semoga doa kita dimaqbul Allah.