Jumaat, 19 Disember 2008

IJN tidak perlu diswastakan

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan konsep penswastaan. TNB, Telekom, Pos Malaysia dan pelbagai lagi agensi telah diswastakan. Kini Institut Jantung Negara(IJN) pula bakal diswastakan. Apakah kewajarannya. Biasanya sesuatu Jabatan/Agensi diswastakan ianya akan melibatkan pelbagai aspek. Tujuan utama penubuhan IJN dan fungsinya terhadap masyarakat harus diambil kira. Bila IJN diswastakan tentunya, apa yang dipentingkan adalah keuntungan bukannya kebajikan kepada pelanggan.

Adakah dalam keadaan sekarang kerajaan Malaysia begitu terdesak untuk menswastakan IJN. Apakah pihak yang bertanggungjawab ia-itu Kementerian Kewangan tidak mampu lagi membiayai IJN.

Mana-mana Agensi bila diswastakan akan mengenakan bayaran perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding dengan agensi dibawah urus tadbir kerajaan. Apa kerajaan mahu melihat rakyat lebih tertekan bila mereka memerlukan perkhidmatan di IJN. Janji syarikat yang ingin mengambil alih IJN perlu diteliti. Berapa lama mereka mampu memenuhi janji mereka. Lihat sajalah apa yang terjadi kepada TNB, tarif terus meningkat dengan pelbagai alasan yang mereka berikan tanpa mengira betapa peritnya pengguna kelas bawahan yang terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat.

6 ulasan:

AloQStaQ berkata...

Kalau IJN diswastakan, maka berkuburlah satu aset yang ditubuhkan oleh Tun Dr.M untuk kebaikan rakyat jelata ... Aset yang penting untuk menggambarkan kepada generasi akan datang, betapa bertanggungjawabnya kerajaan BN untuk rakyat.

Dolah bukan sedaq apa dia buat. Dia tau seronokkk tak ketahuan hala aja ! ...

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Aloqstaq,

IJN merupakan satu-satunya hospital milik kerajaan yang mempunyai kemudahan terbaik di Asia. Kalau IJN tetap diswastakan, ramai rakyat marhaen sukar untuk mendapat rawatan seperti hari ini. Bila di swastakan, kos rawatan akan meningkat berkali ganda, mungkin peringkat permulaannya, mungkin tidak tetapi selepas beberapa tahun beroperasi kos rawatannya mungkin sama seperti hospital swasta lainnya yang ada di negara ini.

Mungkin juga selepas DNR, jadi PM...mungkin ada kelainan dari hari ini. Kalau DNR tak pandai ambil hati rakyat, agak sukar bagi BN untuk menghadapi PRU-13 nanti.

Terima kasih kerana melawati blog ini.

Unknown berkata...

Ini kerja pemimpin UMNO. Apa ada semua nak swasta.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Salam Mummy Rokiah,

Pemimpin UMNO nak cepat kaya...jalan pintas swastakan apa saja yang ada. Nak buat macam mana, dah kalah di 5 negeri pun masih tak serik-serik lagi...dok buat lagi perangai lama tu!!!

AloQStaQ berkata...

MUMMY ROKIAH,
Tak payah la nak provok benda yang rakyat tahu dan sedaq, mungkin mummy saja yang tak sedaq kot sebab mummy pejam mata, tutup telinga? ...

Bukan UMNO yang patut disalahkan, dan bukan semua pemimpin UMNO itu patut dipersalahkan kerana penswastaan ini ... Sesetengah agensi atau jabatan tertentu, yang patut di swastakan - perlulah kita sokong. Jangan sampai buta menilai semua itu mummy!

Cuma dalam bab IJN ni, tak perlulah diswastakan kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat miskin untuk mendapatkan kemudahan disitu ... saya tak nak kata mummy "ngok!" tetapi saya harap mummy fahami elok-elok dulu sebelum berkata ... Paklah memang pemimpin UMNO, tetapi pemimpin yang orang UMNO sendiri akui sebagai LEMAH dan TIDAK BERDAYA MEMIMPIN.

Harap maklum! ...

AloQStaQ

Anak Pantai Merdeka berkata...

UMNO akan berubah bila pemimpinnya berubah. Kelemahan kepimpinan menyebabkan BN/UMNO kalah. Kita tunggu saja selepas Mac 2009, InsyaAllah akan ada perubahan.

Perubahan pasti menjelma kerana PRU-13 nanti merupakan satu ujian getir buat BN/UMNO.

Harus diingat, pembangkang pun bukan betoi sangat, depa pun bukan boleh buat apa yang depa cakap.