Isnin, 10 Disember 2012

BN Kedah bela kebajikan rakyat

ALOR SETAR 9 Dis. - Peranan Barisan Nasional (BN) Kedah dalam menjaga kebajikan rakyat cukup menyerlah dalam pelbagai program yang dijalankan termasuk secara rasmi dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan Pusat atau atas kapasiti UMNO bahagian, wakil rakyat dan pemimpin parti.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menerusi Program Jasa Prihatin, Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
"Antara bantuan kebajikan yang disalurkan adalah membantu mangsa kebakaran, mangsa ribut, banjir, sakit, tanaman yang mengalami kerosakan, keluarga susah, bantuan rawatan di hospital serta bantuan persekolahan.

"Begitu juga apabila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali, pelbagai jenis bantuan dihulurkan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan turut sama menyambut perayaan berkenaan dengan meriah," katanya di sini hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pada Ramadan lalu, kira-kira 45,000 penduduk miskin mendapat bantuan barangan keperluan dan wang tunai. Katanya, dalam sambutan Deepavali dan Tahun Baru Cina pula pemimpin BN sentiasa sibuk turun padang bertemu rakyat dan menyampaikan bantuan kerana parti itu amat merasai denyut nadi rakyat yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, antara bantuan terbaharu adalah sumbangan RM3,000 seorang kepada 12 peniaga di Pekan Jeniang yang premis peniagaan mereka terbakar pada Oktober lalu.
"Semasa banjir besar melanda Kedah pada 2010, pemimpin BN Kedah adalah yang paling ke hadapan membantu mangsa banjir.
"Mereka bertungkus lumus membantu di pusat pemindahan banjir, membantu menghulurkan makanan kepada mangsa yang tidak mahu berpindah serta melawat rumah mangsa banjir bagi memastikan keselamatan dan keperluan mereka," katanya.
Ahmad Bashah berkata, selepas banjir 2010, pelbagai jenis bantuan dihulurkan seperti wang RM500 kepada keluarga yang terlibat, bantuan barangan seperti tilam dan dapur serta bantuan terhadap kerosakan tanaman.

Bagi BN Kedah, katanya, memang menjadi iltizam parti itu untuk membantu seluruh rakyat Kedah terutama di saat mereka paling memerlukan iaitu semasa bencana dan kesusahan. "Kita adalah parti yang peduli dengan kesusahan rakyat dan akan berusaha membantu mereka sedaya upaya. "Janji kita juga, rakyat akan sentiasa dibantu. Kita mahu setiap rakyat turut sama merasai nikmat kejayaan negara. Yang susah adalah keutamaan BN Kedah," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, BN Kedah akan terus memperbanyakkan bantuan kepada seluruh rakyat negeri ini sekiranya diberi peluang memerintah Kedah kembali.
Menurutnya, BN amat menyedari rakyat mengharapkan bantuan kerajaan dan BN adalah parti yang sentiasa mempedulikan rakyat menerusi slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. "Memperjuangkan kepentingan rakyat adalah azimat dan matlamat kami dan kami akan berusaha demi rakyat Kedah, itu janji kami," katanya. - Sumber - Utusan

Jumaat, 30 November 2012

PAU 2012 : Perwakilan rayu rakyat Kedah beri peluang kedua

Seorang perwakilan dari negeri Kedah hari ini merayu kepada rakyat negeri itu supaya memberi peluang kedua kepada Umno dan BN untuk mentadbir negeri berkenaan selepas kecundang pada pilihan raya umum Mac 2008.

Dalam ucapannya, Datuk Othman Aziz menegaskan, Umno Kedah berjanji "menjadikan negeri itu cemerlang, tidak mahu merosakkan kepercayaan rakyat, dan menjadikan negeri itu maju" jika berjaya merampas semula negeri itu.

"Kami merayu bagi peluang kali kedua... Tidak ada parti yang membela rakyat selain melalui Umno dan BN.

"Ahli Umno dan pemerhati di luar sana, marilah kita berjanji dengan YAB Presiden, bahawa kita akan bingkas bangun, tegas, bekerja kuat supaya menang dan mengambil balik negeri Kedah," katanya membahaskan ucapan dasar presiden.

Beliau turut menyeru supaya ahli dan jentera supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menunaikan kepercayaan presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, golongan itu perlu bersatu padu bagi "mengembalikan kuasa kepada BN di negeri itu dan menunjukkan bahawa parti itu lebih baik daripada Pakatan Rakyat di negeri itu".

Beliau berkata demikian selepas membangkitkan beberapa persoalan yang menyentuh kelemahan pentadbiran Menteri Besar Kedah dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau antara lainnya membangkitkan isu penebangan balak untuk menjadi dusun dan ladang rakyat yang didakwa menjejaskan alam sekita serta masalah aliran tunai dan kekurangan pelajar yang didakwa dihadapi Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Selain itu, beliau turut menimbulkan dakwaan campurtangan dalam pentadbiran Perkhidmatan Awam Kedah, isu pelaburan di Kulim Hi-tech, dan isu kilang di Papua New Guinea.

"Bila tanya MB, (dia kata) saya tak tahu... Kita akan dedah bila tiba masanya," katanya.

Mengulas mengenai punca kekalahan Umno di negeri itu, Othman yang juga setiausaha Umno negeri berkata ia antaranya berpunca daripada tindakan kira-kira 4,000 ahli Umno yang tidak tidak keluar mengundi dan membuang undi rosak.

Katanya, tindakan itu membolehkan PAS memerintah negeri itu selepas menguasai lima kerusi dan dengan kelebihan undi kira-kira1600 undi atau 0.002 peratus sahaja.

"(Oleh) sebab itu kita akujanji, (situasi ini) tidak akan berulang pada pilihan raya akan datang," katanya sambil menambah pihaknya akan memujuk 292,012 pengundi atas pagar daripada lebih 1 juta orang pengundi di negeri itu dengan kerjasama Wanita Umno.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan komponen BN untuk menarik lebih 150,000 pengundi Cina, lebih 64,000 pengundi India dan termasuk masyarakat Siam.

Mereka juga akan bekerjasama dengan Pemuda dan Puteri serta NGO untuk menarik kira-kira 40 peratus pengundi muda yang berumur bawah 40 tahun menyokong parti itu.

Othman berkata kekerapan lawatan Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddn Yassin ke negeri itu beberapa kali pada tahun lalu dan tahun ini, memberi isyarat bahawa "ada potensi mengambil balik" negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
Sumber : Malaysiakini

Selasa, 30 Oktober 2012

Dato' Najib bersama peladang, penternak & nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka pada 31.10.2012



Konvoi Pemuda bermotorsikal sedang mengiringi PM dari Pantai Merdeka ke SMK Kota

Konvoi Pemuda sebanyak 600 buah motosikal sedang menunggu masa untuk mengiringi PM ke SMK Kota

 
Dato' Najib sedang berucap

Dato' Najib berjalan menuju pentas utama


Ali Yahaya mengiringi DS Najib menjejakkan kaki ke Pantai Merdeka

Nelayan yang mengiringi PM dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka

Sebanyak 40 buah bot nelayan mengiringi PM ke Pantai Merdeka melalui Tanjung Dawai
Sekitar Perhimpunan Peladang, Penternak & Nelayan pada 31.10.12

Datuk Paduka Ahmad Bashah meninjau pentas utama perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah
 
Pembinaan Jeti Sementara untuk  menyambut PM dari Tanjung Dawai
 
Datuk Paduka Ahmad Bashah meninjau persiapan terakhir

Sekitar Perhimpunan Peladang, Penternak & Nelayan pada 30.10.12

 Warga Pantai Merdeka mengalu-alukan kehadiran YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak ke-Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Kedah pada 31.10.2012 di Pantai Merdeka. Persiapan terakhir sedang giat dilakukan untuk menyambut PM ke Pantai Merdeka.


Isnin, 10 September 2012

Tun Abdullah ingatkan orang Umno jangan cepat merajuk dan 'tendang betis kawan'


..KEPALA BATAS, 9 Sept-- Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan anggota Umno agar jangan cepat merajuk dan "tendang betis kawan" jika mahu parti itu menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Abdullah berkata dua sikap itu bukan sahaja akan merosakkan Umno malah akan merugikan Barisan Nasional (BN) kerana pembangkang akan lihat parti itu lemah.

Menurut beliau sikap seumpama itu bukan semangat atau penjuangan parti,sebaliknya para anggota perlu bersama-sama Umno untuk berjuang dan punya sikap pentingkan Umno demi agama, bangsa dan negara.

"Sikap muafakat dalam parti perlu diteruskan demi perjuangan parti kita dan saya tidak mahu dengar ada yang bergaduh sesama sendiri dalam Umno kerana itu akan menjadikan parti kita kelam kabut dan lemah," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemudanya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno. "Umno perlu bersatu walau apa jua masalah yang dihadapi kerana parti kita adalah tunjang kepada negara dan kaum lain lihat dengan apa yang parti kita buat...mereka juga mula memberi sokongan kepada BN," katanya.

Selain itu, katanya, semua parti komponen dalam BN juga perlu meneruskan sikap hormat menghormati dan bekerja bersama supaya nasib rakyat dapat dibela.

"Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini juga perlu turun padang dan mendengar masalah rakyat, jangan sampai mereka tolak kita kerana sikap pemimpin itu sendiri yang tidak membantu mereka (pengundi)," katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno supaya menjaga percakapan dan tidak sombong kerana parti itu bersifat penuh kasih sayang.

Sementara itu, Ketua Pemuda bahagian itu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, memberi jaminan Pemuda Umno akan memastikan Parlimen Kepala Batas menjadi kubu kuat Umno.

Katanya, kehadiran ramai golongan muda termasuk dari pelbagai kaum pada hari ini menunjukkan sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat dan beliau yakin Umno akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Kepala Batas.

"Umno tidak pernah kalah di Kepala Batas dan Tun Abdullah sendiri menjadi Anggota Parlimen sejak 1978, kami berjanji di hadapan Tun (Abdullah) yang pemuda di Kepala Batas akan memastikan Parlimen kita sebagai kubu kuat Umno sampai bila-bila," katanya. sumber Bernama

Jumaat, 27 Julai 2012

Mengamuk Tidak Dapat Habuan, Johari Abdul Aniaya Peniaga Di Stesen Bas Ekspres Sungai Petani

Mungkin rakyat Malaysia sebelum ini mengenali nama Johari Abdul kerana dia merupakan seorang Ahli Parlimen Sungai Petani dari parti PKR yang menjadi antara yang pertama menonton rakaman skandal video seks yang dikaitkan dengan “boss”nya, Anwar Ibrahim.

Dia memang popular ketika itu. Media arus perdana berulang kali menyiarkan gambar dan berita mengenai dirinya yang pada mulanya mengaku lelaki di dalam video itu adalah Anwar dan kemudian menafikan pengakuannya setelah dikatakan dia mengamuk tidak mendapat habuan.

Itulah perangai Johari Abdul yang dikenali sebelum ini.

Namun, rasanya tidak ramai yang tahu bahawa dia juga merupakan seorang yang tidak menepati janjinya pada rakyat yang diwakilinya. Atau lebih tepat lagi, Johari Abdul dikatakan telah mungkir janji terhadap para peniaga di sekitar stesen bas ekspress di bandar Sungai Petani.

Menurut sumber tempatan yang kami terima baru-baru ini, Johari Abdul sebelum ini pernah berjanji kepada para peniaga di gerai jualan di stesen bas ekspress berkenaan untuk memasang cermin di depan kedai mereka.

Harapan mereka agar kedai mereka lebih selesa dan mampu menarik lebih ramai pelanggan di sekitar stesen bas ekspress tersebut. Sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani, janji Johari Abdul untuk melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan kedai para peniaga itu ditagih.

Namun nasib mereka malang apabila mendapat tahu bahawa lain yang mereka harapkan, lain pula yang jadi.

Pada sekitar jam 10.15 pagi bertarikh 25 Julai yang lalu, Johari Abdul bersama lebih kurang 10 orang orang-orang kanan PKR hadir melawat ke lokasi perniagaan di stesen bas ekspress itu dan mengadakan sesi dialog bersama para peniaga.

Namun, dialoq berkenaan dikatakan hambar dan tidak mendapat sambutan dari para peniaga yang sudah menyampah dengan janji yang tidak ditunaikan oleh Johari Abdul berkaitan pengubahsuaian kedai-kedai mereka itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila Johari Abdul dikatakan membuat keputusan mengarahkan agar menutup pintu hadapan kedai-kedai tersebut dengan dinding batu bersimen dan premis-premis perniagaan itu menjadikan pintu belakang sebagai pintu utama.

Dia memberi alasan kononnya pintu belakang kedai-kedai itu menghadap pasar awam yang terletak di bahagian belakang kedai-kedai tersebut.

Lain yang diminta, lain pula yang para peniaga dapat. Lain yang dijanji, lain pula yang dilaksanakan.

Ekoran itu, para peniaga itu merasa teraniaya dan dizalimi oleh Ahli Parlimen Sungai Petani itu sedangkan merekalah yang memberikan undi kepadanya pada PRU ke-13 dahulu sehingga Johari berjaya menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

Mungkin tidak lagi mengharapkan janji palsu Johari Abdul dan berang terhadapnya, sumber menjelaskan bahawa para peniaga sepakat untuk berkumpul pada esok (26 Julai 2012) dan akan membuat satu pertemuan dengan pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).

Harapan mereka agar pihak majlis mampu berbuat sesuatu untuk membatalkan arahan Johari Abdul dan menuntut agar mereka mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan negeri melalui MPSP.

Menurut tinjauan kami, rata-rata rakyat di Sungai Petani sudah jelak dengan Ahli Parlimen mereka itu memandangkan dia tidak pernah melakukan sesuatu yang memberi keselesaan atau kemudahan yang lebih baik di kawasan parlimen itu.

Apa yang dijanjikan sebelum ini, semuanya tidak menjadi. Dan sekiranya ada tindakan sekalipun, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan keperluan atau kehendak penduduk di dalam kawasan yang diwakilinya itu.

Khabarnya, para penyokong PAS sendiri marah pada Johari yang terkenal tidak menepati janjinya selama empat tahun sebagai Ahli Parlimen di situ dan ia sememangnya menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Haram, khususnya membusukkan nama PAS sebagai parti pemerintah negeri.

Tak tahulah apa nasib Johari Abdul pada PRU ke-13 nanti. Namun mungkin hubungan baik Johari Abdul dengan Anwar Ibrahim mampu memberikan kelebihan kepadanya dan dijangka dia akan diberikan dana yang lumayan untuk menghadapi PRU ke-13 kelak.

Mungkin Johari boleh menabur wang Anwar dan janjinya kepada rakyat Sungai Petani nanti, namun apakah rakyat di Sungai Petani akan memberikan undi mereka kepada “perosak imej P. Ramlee” itu? Wallahua’alam. Sumber - Kedahan69ers.com

Jumaat, 20 Julai 2012

Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina, kata Ridhuan Tee


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepentingan orang Melayu didahulukan kerana perlembagaan negara mengatakan Melayu itu adalah Islam walaupun beliau adalah orang Cina, kata Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.

“Pergaulan luas dengan orang-orang Melayu yang menyebabkan saya masuk Islam,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran bukunya yang bertajuk, “Masih Adakah Ketuanan Melayu” dan “Cabaran Saudara Baharu di Malaysia” di Auditorium Kementerian Pertahanan (Mindef) pagi ini.

“Dalam perlembagaan Melayu itu adalah Islam.

“Sebab itu saya mementingkan Melayu walaupun saya adalah orang Cina,” kata Dr Ridhuan Tee, yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik parti pembangkang.

Ini adalah faktor mengapa beliau mempertahankan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri, kata Dr Ridhuan Tee dalam ucapannya lagi.

Kedua buku-bukunya dirasmikan oleh menteri pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Ridhuan Tee menulis kedua-dua bukunya dan ditujukan kepada mendiang ibunya yang tidak memeluk agama Islam.

“Saya dedikasikan buku ini kepada mendiang ibu saya,” kata Dr Rihuan Tee sambil mengalir air matanya.

Pelancaran buku ini turut dihadiri oleh Datuk Haji Shahlan Ismail, setiausaha politik perdana menteri (PM), Datuk Dr Ma’amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dan Prof Datuk Dr Alias Abdullah yang meneruskan majlis diskusi “Bicara Buku” untuk mebahas kedua-dua buku Dr Ridhuan Tee. - The Malaysian Insider

..

Jumaat, 29 Jun 2012

PRU 13 : Siapa yang tidak seronok jadi "kingmaker"

Analisa Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya umum ke 13 akan berkisar soal kaum adalah satu pil pahit yang mahu tidak mahu perlu ditelan.
Bekas Perdana Menteri itu tentu membuat kesimpulan itu berasaskan senario semasa menjelang negara menghadapi pilihanraya umum yang semua pihak akui paling sengit dalam sejarah tidak lama lagi.

Sebenarnya berbagai perkara yang berlaku sejak tsunami politik pilihanraya umum Mac 2008 menjurus kepada apa yang beliau kata.

Maka bukan sesuatu yang mengejutkan bila Dr Mahathir menilai sentimen rasis dikalangan rakyat semakin menebal semasa berucap pada forum “Politics and Business: The Malaysian Connection di Kuala Lumpur Khamis.

Kalau begitulah sentimen yang menjalar jawabnya tidak susah untuk menjangka bagaimana pergelutan untuk menghadapi PRU13 ini.

Ini lebih-lebih lagi seperti kata bekas Perdana Menteri itu orang Cina kini adalah kingmaker - yakni faktor penentu keputusan pilihanraya itu.

Dalam mana-mana percaturan politik siapa sahaja yang pegang kuasa itu akan merasakan dirinya cukup istimewa.

Salah satunya ialah berbagai tuntutannya perlu diambil kira.

Apa yang berlaku bukan tidak bersebab.Ini kerana dari 60 peratus kuasa mengundi yang tinggal pada orang Melayu sudah terpecah antara penyokong kerajaan dengan pembangkang.

Seperti kata Dr Mahathir dari majoriti kini orang Melayu sudah jadi minoriti. Tiga parti yakni UMNO,PAS dan PKR sangat memerlukan sokongan Cina untuk menang.

“Itulah sebab sekarang ini lebih banyak politik perkauman berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurut Dr Mahathir bagi mengelakkan masalah perkauman pada tahun-tahun awal penubuhan Malaysia, adalah penting bagi parti yang memerintah perlu membuat pengorbanan.

“Kawasan pengundian diberi kepada teman Cina dan India, dan memastikan sokongan mereka terhadap calon-calon daripada perikatan,” katanya.

Beliau menambah, orang Melayu juga menyerahkan 80 peratus majoriti negara dengan memberikan satu juga kewarganegaraan, menjadikan mereka kurang majoriti 60 peratus.

Susahnya sekarang siapa yang mahu ingat sejarah bagaimana murah hatinya orang melayu dalam Perikatan dan kini Barisan Nasional membuka ruang untuk memastikan kestabilan politik dalam perkongsian kuasa yang diamalkan sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Kini pentas dan rentak politik sudah jauh berbeza.

Mungkin rasa terima kasih dan bersyukur atas apa yang dinikmati selama ini sudah tidak menjadi perkiraan lagi.

Bekas Perdana Menteri boleh berharap agar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum hendaklah sanggup melepaskan sesuatu demi mencapai pembangunan ekonomi dan kestabilan sosial jangka panjang.

"Mana-mana kaum janganlah berfikir untuk mengambil semuanya untuk mereka. Anda mesti mengakui bahawa orang lain juga perlu mendapat sebahagian.semua kaum hendaklah menumpukan ke arah membangunkan ekonomi bersama, supaya pembahagian setiap orang adalah lebih besar di samping mengurangkan jurang perbezaan," katanya.

Siapa yang boleh tolak realitinya kini orang yang mendapat nikmati ekonomi yang besar dari kestabilan dan kemakmuran negara adalah orang Cina.

Pandang keliling dari Utara ke Selatan dan Barat ke Timur siapa yang menguasai perniagaan,bangunan bertingkat,banglo besar dan segala macam lain.

Semua itu berlaku ditengah orang Melayu masih memegang kuat kuasa politik negara.

Misalnya cuba tanya orang Cina Pulau Pinang siapa sebenarnya yang membangunkan Pulau Pinang sampai ia menjadi hab ekonomi yang membolehkan mereka berniaga sakan.

Sebab itu Lim Guan Eng boleh bawa beg masuk masuk duduk kerusi empuk di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sambil goyang kaki.

Ia ibarat tikus jatuh ke dalam tong beras.

Juga cuba tanya orang-orang Cina di segenap kawasan bandar yang selama ini terus menerus mengundi pembangkang.

Apa kemudahan dari segi infrastruktur dan kesenangan hidup yang tidak ada di bandar yang mereka boleh komplen berbanding kawasan luar bandar.

Riak sejak dari pilihanraya umum 2008 jelas dapat dilihat.Kalangan orang Cina khususnya golongan yang ekstremis kini melihat peluang mereka untuk mendapat kuasa politik sudah luas terbentang.

Laluannya tidak lain tidak bukan ialah menerusi pakatan pembangkang yang sedia berjanji apa saja untuk menang.

Hakikatnya bukan mereka tidak tahu kaum Cina sudah hidup senang lenang dibawah Barisan Nasional selama ini.

Orang Melayu dalam PAS dan orang Melayu dalam PKR pun tahu hakikat ini.

Mereka juga cukup tahu bagaimana mereka kelak terpaksa berkomporomi lebih banyak dari sudut penguasan politik untuk memastikan sokongan orang Cina tidak lari.

Namun atas kehendak politik lagu yang terus dimainkan untuk menjala sebanyak mungkin undi orang Cina ialah konsep sama rata dan sama rasa bagi semua kaum.

Tak payah nak berselindung disebalik kononnya isu kebebasan bersuara,pilihanraya adil dan bersih serta segala macam lain ,nawaitu utama ialah penguasaan politik.

Dalam usaha untuk terus dan terus menjana rasa benci dan tidak selesa kepada kerajaan...kebelakangan ini berbagai unsur pro pembangkang sedang berkerja lebih masa untuk memastikan faktor kingmaker itu berada dalam genggaman mereka.

Isu Teoh Beng Hock yang jatuh di bangunan SPRM di Shah Alam misalnya terus dimain agar kekal segar dalam ingatan orang Cina.

Untuk tujuan sama banyak lagi isu-isu kecil dan remeh melibatkan orang Cina terus menjadi berita utama di laman-laman portal dan media pembangkang dari masa ke semasa.

Malah ada komen-komen pembaca di laman-laman ini sudah sudah melangkau dari tahap rasis.

Melihat dari strukturnya tidak ramai pemerhati politik yang menilai pakatan pembangkang boleh diharap dalam mentabir negara ini dengan baik.

Ini bukan sahaja terhad kepada perbezaaan ideloji antara PKR-PAS-DAP tetapi banyak faktor lain yang menimbulkan kebimbangan itu.

Bukan rahsia lagi isu moral yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum selesai tetap menghantui dikalangan sebahagian orang-orang PAS yang celik.

Semua ini memungkinkan senario yang boleh membawa perang besar you see...jika berkuasa.

Tolak sebelah itu semua ...apa yang penting di lubuk hati mereka di saat ini ialah mimpi hendak membuka pagar Putrajaya.

Apa yang jadi selepas itu belakang kira.

Makanya orang Cina yang menjadi kingmaker tentu boleh goyang kaki melihat senario ini.

Pokoknya siapa menang siapa kalah mereka tetap tak rugi dari segenap segi.

Mereka tetap berniaga dan mereka tetap menguasai ekonomi negara.

Situasinya ibarat untung sabut,timbul...siapa yang tidak mahu tiba-tiba ada kuasa politik pula jatuh ke riba.- 29/6/2012 - Sumber Agenda