Khamis, 17 Mei 2012

Tawar RM50,000 tutup mulut

KUALA LUMPUR 16 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab.

Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta meninggalkan DAP adalah tepat.

"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.

Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding bapanya, Lim Kit Siang.

Katanya, sepanjang kemelut antara beliau dengan pucuk pimpinan DAP ekoran kritikan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, hanya Kit Siang yang menemuinya sebanyak dua kali manakala Guan Eng langsung tidak berbuat apa-apa.

"Saya telah menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam DAP secara bermaruah jika ia dianggap sebagai langkah yang paling sesuai mengembalikan semula keharmonian dalam parti selepas kritikan saya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Tetapi tiada jawapan diberi, Guan Eng tidak membalas surat saya, beliau tidak mempunyai kesopanan untuk berbuat demikian tetapi Kit Siang menemui saya dua kali, dia rakan lama dan saya mempercayainya, tetapi bukan Guan Eng, dia seorang yang berbeza," katanya

Sumber - Utusan

Selasa, 15 Mei 2012

Projek SULIHH Yang Menjahanamkan Nama Azizan Razak

Pada tahun 2007, Kerajaan BN Negeri Kedah melalui perancangan rapi telah mengumumkan sebuah projek yang dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Sejumlah peruntukan telah pun diberikan kepada para pemilik tanah yang terlibat di tapak projek bernilai lebih RM35 bilion itu dan persediaan sewajarnya telah dibuat untuk melaksanakan projek yang mampu memberi sebanyak 3,000 peluang pekerjaaan kepada rakyat Kedah.

Itu perancangan asalnya.

Namun pada tahun 2008, Pakatan Haram berjaya menjajah Kedah dengan janji-janji manisnya dan telah merubah perancangan yang mampu menjana pulangan lumayan kepada negeri Jelapang Padi ini. Tidak mahu dilihat sebagai jasa BN untuk kemakmuran rakyat Kedah, ZIPY telah ditukar nama kepada Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH). Dipercayai namanya ditukar sempena nama DUN yang diwakili Menteri Besar Kedah yang “baru dapat bunga”, Azizan Razak.

Dalam angan-angan Azizan, mungkin dia mahu namanya diingati oleh setiap rakyat Kedah dengan projek SULIHH itu. Cuba memburuk-burukkan BN yang dikatakan zalim “merampas tanah rakyat” (padahal rakyat setuju dan terima pampasan yang diberikan dengan gembira), Azizan mengalihkan projek itu untuk dilaksanakan di laut.

Kawasan pantai berlumpur ditambak dan SULIHH dikatakan akan beroperasi di tambakan tanah tersebut. Pada tahun 2009, Azizan dengan bangganya merasmikan projek yang diilhamkan oleh Kerajaan BN itu, menandakan projek itu akan berjalan lancar.

Namun pada Januari 2010, Jabatan Alam Sekitar kemudiaannya telah menolak permohonan syarikat yang bekerjasama mengusahakan projek tersebut, Merapuh Resources Sdn Bhd, ekoran laporan yang dikemukakan tidak lengkap, sekaligus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bila ditanya mengenai masalah itu, Azizan menegaskan ia hanya sedikit masalah teknikal dan ia akan diselesaikan dalam masa dua atau tiga bulan sahaja dan projek itu akan diteruskan seperti dijadualkan serta dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2014 (lewat setahun dari jadual asal!).

Bagaimanapun, projek SULIHH “sunyi sepi” sehingga dipersoalkan semula oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah, pada Mac 2011 (setahun dari 2-3 bulan yang dijanjikan Azizan) memandangkan tiada sebarang tanda projek itu sedang dalam proses untuk disiapkan.

Menurut Datuk Bashah, sudah lebih 3 kali projek itu ditangguhkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dan tiada tanda-tanda projek yang mampu menyumbang sebanyak RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri itu sekiranya beroperasi sepenuhnya.

Dan kini Mei 2012 dan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 mungkin bakal diumumkan pada bila-bila masa, sudah “berbuih mulut” dan berkali-kali projek SULIHH dipersoalkan tentang statusnya, namun Azizan masih diam membisu!

Kalau diikut jadual asal, projek itu dijangka siap dalam jangkamasa setahun lagi dan jika diikut jadual “ekstra” Azizan, ia bakal siap dalam masa dua tahun lagi.

Masalahnya, jika ditinjau di lokasi yang sepatutnya projek itu dijalankan, boleh dikatakan tiada sebarang aktiviti pembinaan apa-apa premis, bangunan atau kilang penapisan minyak yang dijalankan. Jangankan jentera mengorek tanah, paip minyak sebatang pun tidak ada!

Apa cerita ni Ustaz Azizan? Bayang cerucuk pun tidak ada. Mana projek SULIHH yang bakal ‘mengharumkan” nama “Azizan Razak” itu? Atau Ustaz sedang sibuk tanam “cerucuk” ditempat lain? Cerucuk dirumah atau cerucuk “orang rumah”?

Beginikah cara Azizan Razak mencipta nama untuk diingati? Jika beginilah caranya, saya yakin nama Azizan Razak akan diingati oleh setiap rakyat negari Kedah. Namun diingati bukan kerana Azizan seorang MB yang berjasa, tapi lebih kepada seorang MB yang paling gagal dalam sejarah Kedah.

Tahniah Azizan Razak kerana berjaya membuktikan bahawa pemimpin terbaik PAS pun gagal mentadbir dengan baik dan gagal dalam apa jua pun yang dilakukannya…

Sumber - Kedahan69ers.com
Projek SULIHH Yang Menjahanamkan Nama Azizan Razak 14 May 2012 KEDAH HARI INI Pada tahun 2007, Kerajaan BN Negeri Kedah melalui perancangan rapi telah mengumumkan sebuah projek yang dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur. Sejumlah peruntukan telah pun diberikan kepada para pemilik tanah yang terlibat di tapak projek bernilai lebih RM35 bilion itu dan persediaan sewajarnya telah dibuat untuk melaksanakan projek yang mampu memberi sebanyak 3,000 peluang pekerjaaan kepada rakyat Kedah. Itu perancangan asalnya. Namun pada tahun 2008, Pakatan Haram berjaya menjajah Kedah dengan janji-janji manisnya dan telah merubah perancangan yang mampu menjana pulangan lumayan kepada negeri Jelapang Padi ini. Tidak mahu dilihat sebagai jasa BN untuk kemakmuran rakyat Kedah, ZIPY telah ditukar nama kepada Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH). Dipercayai namanya ditukar sempena nama DUN yang diwakili Menteri Besar Kedah yang “baru dapat bunga”, Azizan Razak. Dalam angan-angan Azizan, mungkin dia mahu namanya diingati oleh setiap rakyat Kedah dengan projek SULIHH itu. Cuba memburuk-burukkan BN yang dikatakan zalim “merampas tanah rakyat” (padahal rakyat setuju dan terima pampasan yang diberikan dengan gembira), Azizan mengalihkan projek itu untuk dilaksanakan di laut. Kawasan pantai berlumpur ditambak dan SULIHH dikatakan akan beroperasi di tambakan tanah tersebut. Pada tahun 2009, Azizan dengan bangganya merasmikan projek yang diilhamkan oleh Kerajaan BN itu, menandakan projek itu akan berjalan lancar. Namun pada Januari 2010, Jabatan Alam Sekitar kemudiaannya telah menolak permohonan syarikat yang bekerjasama mengusahakan projek tersebut, Merapuh Resources Sdn Bhd, ekoran laporan yang dikemukakan tidak lengkap, sekaligus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bila ditanya mengenai masalah itu, Azizan menegaskan ia hanya sedikit masalah teknikal dan ia akan diselesaikan dalam masa dua atau tiga bulan sahaja dan projek itu akan diteruskan seperti dijadualkan serta dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2014 (lewat setahun dari jadual asal!). Bagaimanapun, projek SULIHH “sunyi sepi” sehingga dipersoalkan semula oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah, pada Mac 2011 (setahun dari 2-3 bulan yang dijanjikan Azizan) memandangkan tiada sebarang tanda projek itu sedang dalam proses untuk disiapkan. Menurut Datuk Bashah, sudah lebih 3 kali projek itu ditangguhkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dan tiada tanda-tanda projek yang mampu menyumbang sebanyak RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri itu sekiranya beroperasi sepenuhnya. Dan kini Mei 2012 dan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 mungkin bakal diumumkan pada bila-bila masa, sudah “berbuih mulut” dan berkali-kali projek SULIHH dipersoalkan tentang statusnya, namun Azizan masih diam membisu! Kalau diikut jadual asal, projek itu dijangka siap dalam jangkamasa setahun lagi dan jika diikut jadual “ekstra” Azizan, ia bakal siap dalam masa dua tahun lagi. Masalahnya, jika ditinjau di lokasi yang sepatutnya projek itu dijalankan, boleh dikatakan tiada sebarang aktiviti pembinaan apa-apa premis, bangunan atau kilang penapisan minyak yang dijalankan. Jangankan jentera mengorek tanah, paip minyak sebatang pun tidak ada! Apa cerita ni Ustaz Azizan? Bayang cerucuk pun tidak ada. Mana projek SULIHH yang bakal ‘mengharumkan” nama “Azizan Razak” itu? Atau Ustaz sedang sibuk tanam “cerucuk” ditempat lain? Cerucuk dirumah atau cerucuk “orang rumah”? Beginikah cara Azizan Razak mencipta nama untuk diingati? Jika beginilah caranya, saya yakin nama Azizan Razak akan diingati oleh setiap rakyat negari Kedah. Namun diingati bukan kerana Azizan seorang MB yang berjasa, tapi lebih kepada seorang MB yang paling gagal dalam sejarah Kedah. Tahniah Azizan Razak kerana berjaya membuktikan bahawa pemimpin terbaik PAS pun gagal mentadbir dengan baik dan gagal dalam apa jua pun yang dilakukannya… Sumber : Kedahan69pers.com

Jumaat, 24 Februari 2012

MB Kedah, 'Tunggu 28 Februari, saya pun ada kejutan'

ALOR SETAR - Di sebalik spekulasi dua Exco Kerajaan Kedah dikatakan akan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai tanda protes kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beliau sendiri membayangkan akan ada kejutan pada hari angkat sumpah Exco baru 28 Februari ini.

"Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sama ada berlaku rombakan ataupun tidak, semua persoalan akan terjawab pada hari itu.

Mengenai isu dua anggota Exco disebut-sebut akan menolak jawatan sebagai tanda protes terhadap beliau, Azizan mengaku hairan kerana surat tawaran pelantikan belum lagi dihantar.

"Surat lantikan belum dihantar, macam mana pula boleh ada yang tolak," katanya.

Menurutnya, selagi pelantikan tidak dibuat, tidak wajar untuk mendedahkan senarai nama anggota Exco, sama ada yang sedia memegang jawatan akan dikekalkan ataupun diganti dengan muka baru.

Mengulas desas-desus mendakwa kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menyifatkan itu hanya khabar angin.

“Rramai orang sebelum ini pun bercakap perkara tidak betul berkenaan Kerajaan Negeri. Banyak dakwaan sebelum ini pun tak betul, tapi mereka cakap juga,” katanya.

Sementara, Penolong Setia­usaha Kerajaan (Pengurusan Korporat), Noor Akmar Mohd Omar mengesahkan senarai anggota Exco penggal 2012 belum dikeluarkan.

“Sehingga hari ini, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri belum menerima senarai siapa yang dilantik sebagai Exco. Senarai itu akan diberikan kepada media, sebelum bermulanya majlis pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, 28 Februari ini,” katanya.

Phahrolrazi ketika dihubungi, berjanji membuat kenyataan apabila tiba masanya.

“Buat masa ini, lebih elok saya tidak buat sebarang kenyataan. Sampai masa nanti saya sendiri akan berikan kenyataan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu lebih elok dijelaskan sendiri oleh Menteri Besar, bukannya melalui spekulasi atau sumber tidak rasmi.

Ismail pula mengakui tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku.
- Sinar Harian 24/2/2012

Khamis, 16 Februari 2012

Pas sedia hilang kuasa pentadbiran di Kedah

ALOR SETAR 15 Feb. – Pas Kedah sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik ada pihak yang akan menang dan kalah kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyat membuat pilihan kerajaan masing-masing.

“Kalau rakyat sokong kita, kita duduklah bertugas lagi sebagai kerajaan. Kalau rakyat tidak mahu kita selepas usaha macam-macam, mereka tidak mahu juga, apa boleh buat.

“Kita sedia sebarang kemungkinan, ini biasalah. Kamu pergi perang ingat boleh menang selalu ke?,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kedah semalam bahawa negeri ini merupakan negeri yang boleh dimenangi BN jika pemimpin-pemimpin peringkat negeri mampu menyelesaikan masalah dalaman dan bekerja dengan lebih keras.

Kata Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kedah kini semakin menyedari kelemahan kerajaan negeri yang diterajui Pas yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Azizan yang juga Menteri Besar berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik jika sesebuah parti itu mempunyai masalah dalaman tetapi mendakwa tiada masalah yang besar berlaku dalam pakatan pembangkang di negeri ini.
Sumber - Utusan

Jumaat, 11 November 2011

BN akan hanya meletakkan calon yang boleh menang

PUTRAJAYA 10 Nov. - Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Menurut Najib, beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.

Beliau menambah, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.

"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.

Najib berkata, perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.

Katanya, ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan sekarang adalah yang terbaik untuk rakyat.

Selain itu, Najib seterusnya memberitahu, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara," katanya. - BERNAMA

Isnin, 3 Oktober 2011

Orang UMNO perlu balik pada perjuangan asal untuk menang Pilihan Raya

JITRA, 2 Okt (Bernama) -- Ahli Umno perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

"Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan Umno Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat."

"Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti Pas yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.

-- BERNAMA