Jumaat, 26 November 2010
UMNO Kedah peruntuk RM1.5 juta untuk program kecmerlangan pendidikan
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian bantuan itu diutamakan kepada golongan pelajar miskin dan tidak berkemampuan serta yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan utama bertujuan membantu pembangunan pendidikan di negeri itu.
Katanya, peruntukan itu adalah untuk sesi persekolahan bermula Januari 2011 dan setiap bahagian akan menerima peruntukan berjumlah RM100,000.
“Pemberian peruntukan ini adalah inisiatif Badan Perhubungan UMNO Kedah dalam usaha membantu meringankan beban ibu bapa setiap kali bermula sesi persekolahan.
“Selain itu, kami merasakan pemberian ini merupakan cara terbaik mendekati masyarakat dan kami juga mahu lihat setiap pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas badan itu di sini hari ini.
Program bantuan kewangan pelajar miskin meliputi pemberian uniform dan beg sekolah manakala program kecemerlangan pendidikan pula memberi insentif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama.
Menurut Shafie, program itu akan diteruskan setiap tahun bagi memastikan pembangunan pendidikan di Kedah adalah selaras dengan keperluan rakyat.
Justeru, beliau berharap bantuan diberikan akan membantu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang di setiap peringkat persekolahan.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada ahli badan perhubungan UMNO negeri di atas sumbangan dan usaha dalam memastikan mangsa banjir di Kedah tidak diabaikan.- sumber Utusan
Jumaat, 12 November 2010
Mukhriz atau Mahadzer Khalid
Sekiranya Dato' Mukhriz dilantik menerajui BPUNK, ianya merupakan muka baru dalam arena politik Kedah. Maka Dato' Mukhriz kena berdepan dengan 15 ketua-ketua bahagian yang mana terdapat gandingan baru dan lama. Pengalaman dan komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi merealisasi hasrat supaya BN kembali berkuasa di Kedah. Tanpa sokongan padu dari semua ketua-ketua bahagian amat sukar hasrat ini untuk dicapai.
Ada juga pihak yang masih mahukan BPNUK dipimpin oleh Dato' Mahadzer Khalid. Mereka berpendapat pengalaman beliau amat diperlukan bagi menyatukan kembali UMNO Kedah.
Pergolakan dalaman beberapa UMNO bahagian di Kedah merupakan satu tugasan berat bagi sesiapa yang dilantik menerajui UMNO Kedah.
Keputusan Presiden parti juga diharapkan dapat membawa perubahan kepada UMNO Kedah yang kini dahagakan kepimpinan yang diterima oleh semua pihak.
Selasa, 26 Oktober 2010
YB Dato' Mukhriz bakal Pengerusi BPUNK
Bacaan Surah Ar-Rahman yang aku baca selepas selesai solat magrib hari ni agak terganggu. Tiga empat kali hand phone aku berdering, nombornya pulak naik takut bila dilihat.. MESTI SOMEBODY.
Telahan aku benar belaka. Si pemanggil memaklumkan dan perkara ini bukan lagi rahsia, YB DATO MUKHRIZ bakal dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru menggantikan LANUN SABAH (Panggilan PM.. bukan aku yang panggil).
Jika benar berita yang ku dengar ini, syukur alhmadlulilah, meskipun sudah ramai blogger pro UMNO kawasan utara yang sudah meramalkan perkara ini. Mudah-mudahan aura dan wow faktor akan kembali melekat kepada UMNO Kedah. Mudah mudahan UMNO Kedah tidak lagi mandom, lesu dan pancit tayarnya.
YB DATO MUKHRIZ jika benar berita ini, nyawa dan badan hamba serahkan, dengan darah dan air mata hamba pasakkan untuk gegarkan WISMA DARUL AMAN. Namun YB pastikan segala teguran, nasihat yang telah hamba lontarkan dan rakan-rakan blogger lain berikan berhubung percaturan politik Kedah dapat YB fahami dan teladani, janganlah pisang berbuah berkali-kali.
Pesan hamba, ingatlah di Kedah ini ramai pemimpinnya 'beraja dimata bersultan dihati' depan cakap lain belakang buat lain, hati-hatilah YB, TERUSKAN LEGASI AYAHNADA TUN MAHATHIR dan nenenda WAN MUHAMMAD SAMAN sebagai antara anak Kedah yang berjaya mencipta nama di HALL OF FAME.
Apapun tahniah.. tahniah.. tahniah.. SELAMAT BERTUGAS MEMIKUL AMANAH YANG BERAT.
Serangkap pantun dari hamba marhein yang hina:
TIADA BEBAN BATU DIGALAS
BEBAN YANG BERAT BERKATI-KATI
PENGERUSI UMNO PERLU DIGALAS
KAMIKAN TAAT SEPENUH HATI
Sumber :Syburi-times.blogspot.com
Khamis, 21 Oktober 2010
Shafie sedia berundur terajui Umno Kedah
Sambil menafikan beliau kesuntukan masa untuk ke Kedah dan menjalankan amanah selaku pengerusi Umno Kedah, beliau berkata apa yang penting ialah pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda berterusan turun padang melakukan gerak-kerja.
"Tidak menjadi masalah. Bukan masalah tidak cukup masa... cukup masa. Cumanya mungkin jawatan itu perlu diberikan kepada orang Kedah untuk ambil alih. Tugas saya cumalah untuk membantu.
"Saya diminta Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu Kedah. Kalau pihak pimpinan mahu kita (bantu), dengan senang hati kita akan bantu.
"Saya membantu untuk memberikan Umno (Kedah) bangkit semula supaya kita dapat merampas kembali Kedah," katanya kepada Bernama, mengulas kenyataan wakil Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Basorri Hassan hari ini.
Bassori dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, meminta Umno pusat mengkaji semula pelantikan Mohd Shafie sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memandangkan beberapa kekangan yang memberi masalah terhadap usaha Umno merampas semula negeri itu.
Antara kekangan yang dimaksudkan perwakilan itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sentiasa mempunyai masa yang terhad untuk menunaikan tanggungjawabnya di Kedah selain sibuk dengan tugasnya sebagai ahli parlimen Semporna dan naib presiden Umno.
Mohd Shafie juga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya diminta berundur oleh pucuk pimpinan tetapi menegaskan itu bukannya persoalan pokok yang harus dibangkitkan sekarang.
"Ini bukan tempat saya dan saya faham. Jawatan itu perlu disandang oleh orang Kedah, tapi pelantikan saya ini hanya bersifat sementara sahaja.
"Persoalannya ialah, apa yang penting ialah gerakan menjuarai kepentingan masyarakat mestilah diutamakan. Saya tidak pernah mengejar jawatan sebaliknya hanya diminta untuk membantu parti," katanya.
- Bernama
Selasa, 5 Oktober 2010
Pentadbiran UMNO SP masih dipantau BPUNK
Alor Setar 4 Okt. -......Ditanya mengenai perkembangan UMNO Bahagian Sungai Petani yang pentadbirannya diletakkan di bawah urusan Badan Perhubungan UMNO negeri selepas berlaku kekecohan pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu Julai lalu, Mohd. Shafie berkata, ia masih di bawah pengawasan Timbalan Pengerusi, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah
Menurut beliau, UMNO Kedah sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bagi memantau situasi dan perkembangan di bahagian tersebut.
"Kita akan kembalikan pentadbiran apabila masalah yang timbul itu dapat dipulihkan sepenuhnya," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional (BN)/UMNO negeri di pekarangan Bangunan Tunku di sini hari ini. - sumber Utusan Malaysia
Selasa, 7 September 2010
Najib diminta campur pergolakan Umno Sungai Petani
Abu Berkata mereka mengadakan pertemuan itu kerana tidak puas hati terhadap Umno negeri yang didakwa mengenepikan pihaknya dalam rundingan dengan pejabat agung sehingga arahan dikeluarkan tanpa mendapat pandangan semua pihak. Katanya, pihaknya meminta supaya Ahmad Bashah menetapkan tarikh dan masa untuk bertemu dengan Najib. Ini kerana mereka berbuat demikian tidak mahu "membelakangkan" Ahmad Bashah sebagai pemantau bahagian berkenaan.
Abu Bakar juga malah mendakwa pihaknya tidak menerima surat itu yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang bertarikh 19 Ogos lalu, antaranya didakwa mengarahkan Ali Yahya menjalankan tugas sebagai ketua bahagian seperti biasa. "Kalau begitu, gantung (pentadbiran bahagian) buat apa, Dah gantung, mana boleh jalankan tugas, "kata Abu Bakar Ahmad yang juga bekas pemangku ketua bahagian berkenaan.
Katanya, kerana tidak dibawa berbincang, mereka tidak tahu apa yang sebenarnya dijelaskan kepada Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya. "Beliau (Ahmad Bashah) sepatutnya berbincang dengan kita dan Ali, kemudian bawa dua rumusan (hasil perbincangan) dan bawa ke pengetahuan beliau," katanya merujuk lepada pertemuan Umno negeri dengan Ali pada 16 Ogos lalu di Kuala Lumpur.
Ditanya arahan Tengku Adnan dalam surat itu, Ahmad mendakwa Umno negeri diarahkan mengambil alih pentadbiran bahagian secara keseluruhan, termasuk ketiga-tiga sayap parti dan setiap mesyuarat bahagian perlu dihadiri oleh pengerusi Umno negeri atau wakilnya.
pada 21 Julai lalu, Umno Sungai Petani diambil alih pengurusannya oleh perhubungan negeri ekoran perbalahan dan kekecohannya dalam mensyuarat perwakilan bahagian itu pada 11 Julai lalu. Sumber - Malaysiakini (06/09/10)
Isnin, 6 September 2010
UMNO Sungai Petani masih bergolak
Bagaimanapun beliau dikatakan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengurus dan menjalankan program di bahagian itu termasuk menyampaikan ucapan dalam program yang diadakan. "Majlis Tertinggi sudah menyerahkan kepada UMNO Kedah untuk mengambil alih keseluruhan pentadbiran, majlis dan program yang diadakan. Di (Ali) tidak boleh menguruskan program".
"(Dia) tak boleh sampaikan ucapan. Tak boleh... Macam kita pergi kerja ke pejabat, atas meja ada surat. Tapi kita tak boleh tandatangan surat, (dan) tidak boleh beri ucapan (dalam program) kata setiausaha GAA, Khairul Anuar Zainol."
Namun menurut Khairul Anuar, Ali di kesan melanggar arahan itu dengan menghadiri satu majlis pemberian elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan juga menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Katanya, beliau dimaklumkan berhubung perkara berkenaan daripada salah seorang pengerusi JKKKP yang hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada 29 Ogos lalu.
Sehubungan itu, Khairul Anuar yang juga ketua UMNO Cawangan Industri, Sungai Petani mengesa Ali supaya "duduk berehat" dan memberi peluang kepada perhubungan UMNO negeri menguruskan program di bahagian tersebut dengan baik. Khairul Anuar mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa keputusan Majlis Tertinggi (MT) mengekalkan Ali sebagai ketua bahagian Sungai Petani setelah memutuskan pengurusan bahagian tersebut diambil alih oleh UMNO Kedah.
Mengulas lanjut, beliau juga menggesa jawatan yang diberikan atas kapasiti Ali sebagai ketua bahagian "dibekukan" termasuk jawatan Penyelaras Parlimen dan Pengerusi majlis pembangunan pertanian negeri sehingga Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO "membuat keputusan".
Bukan prejudis
"Apabila keadaan selesai, dia ambil balik (jawatan tersebut), kita bukan prejudis sangat, katanya." Khairul Anuar juga mengesa UMNO Negeri supaya bersikap lebih telus dengan memanggil kedua-dua kumpulan, kumpulan Ali dan GAA untuk mendengar segala masalah yang timbul bagi menyelesaikannya dengan kadar segera.
Pada 21 Julai lalu, UMNO bahagian Sungai Petani diambil alih pengurusannya oleh Perhubungan Negeri ekoran perbalahan dan kekecohannya dalam mesyuarat bahagian itu AGM pada 11 Julai lalu. Persidangan perwakilan UMNO bahagian Sungai Petani kecoh apabila sebahagian perwakilan tidak membenarkan Ali berucap dimajlis perasmiannya. Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan Ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang turun dari pentas meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan ponyokong Ali.
Isu itu dirujuk kepada MT yang kemudianya menyerahkannya kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mencari jalan penyelesaian dengan diketuai Ahmad Bashah, yang dilantik pemangku ketua UMNO bahagian Sungai Petani. Selepas itu, Ahmad Bashah mengumumkan Ali kekal ketua bahagian tetapi diprotes GAA yang menganggap timbalan pengerusi UMNO Negeri (Ahmad Bashah) masih memangku jawatan Ali selaras dengan arahan MT dan Ali sewajarnya tidak memegang sebarang jawatan - sumber Malaysiakini (04/09/10)