Isnin, 16 Disember 2013

Rakyat sudah jatuh ditimpa tangga

SHAH ALAM - Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.


Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.

“Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber : Sinar Harian



Rabu, 11 Disember 2013

Letrik Naik, Harga barang Naik...Lepas ni apa lagi yang nak naik!!!

Kita semua tau kat Amerika dan sebahagian negara di Eropah, kriteria memilih parti yang membentuk kerajaan lebih kepada pendasaran cukai, kesihatan, pekerjaan atau lebih mudah disebut sebagai dasar ekonomi yang MENGUNTUNGKAN RAKYAT dan bukannya konglomerat.

Demokrasi dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah bloodshed atau pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya itu adakah ianya bakal MENGUNTUNGKAN RAKYAT.

Berkemungkinan jika umuq panajng, tahun 2018 kita rakyat Malaysia akan menghadapi PRU ke 14. Hakikat PRU di Malaysia, nak tak nak harus diakui ianya semakin menjurus kepada penelitian pengundi terhadap dasar poket dan status sara hidup. Senang citer, harapan rakyat agar poket depa tak susah nak susut. Boleh belanja itu ini yang depa inginkan.

Untuk pengetahuan hangpa semua, tengok PRU 1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan kelompok kepada 2 entiti utama, Tun M dan Ku Li.

PRU 1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik hendak membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. Ia lebih kepada bagaimana PAS, DAP dan Semangat 46 mahu mengajak pengundi untuk beralih arah dan menyokong mereka.

Keseluruhannya mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian dasar tidak dibicarakan pada tahap PRU ini.

PRU 1999, depa semakin mengecil bilamana pertembungan PRU ini sekadar melibatkan permasalahan seorang yang ada masalah moral diterajang keluar dari parti. Sapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

PRU 14 pada pandangan jujur aku, cheq lebih nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar melibatkan rakyat yang lebih meluas.

Sekarang ni pun orang kampung dah berani membicarakan tentang ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kebanyakan golongan pertengahan Melayu akan melihat PRU 14 ini sebagai cubaan kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham masalah kos kehidupan. Sampai bila kita akan berasa sebegini rupa. Macam2 kerajaan habaq mai kata barang itu ini tak naik sebelum PRU, tapi lani macam mana? Itu ini semuanya naik. Botak kepala lagu ni woooooiiii.....

Satu demi satu tindakan kerajaan, menjurus kepada keperitan hidup rakyat. Isunya hanya satu - SUBSIDI DIKURANGKAN.

Memang, tindakan mengurangkan subsidi adalah satu kebijakan fiskal yang baik. Tujuannya bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, juga mengurangkan defisit perbelanjaan.

Namun, kerana faktor subsidi merupakan elemen yang signifikan terhadap kenaikan harga, maka rakyat terperangkap dengan keadaan itu. Rakyat maksudnya, bukan sahaja pengguna yang terperangkap, malah peniaga, kerana peniaga tidak menggunakan perkiraan rasional dalam menentukan harga barangan.

Harga gula dikurangkan subsidi, tapi harga bawang pula dinaikan dua kali. Minyak dikurangkan subsidi, tapi harga timun dinaikan dua kali. Macam mana tu? Najib habaq harga barang makan tak kena cukai...awat melambong lagu tu yaa????

Keperitan hidup kini dialami oleh rakyat yang berpendapatan rendah, kerana gaji yang mereka dapat seluruhnya digunakan untuk menampung kehidupan, ertinya tabungan untuk masa depan tidak boleh dilakukan lagi. Inilah pendapat kawan2 yang aku ingin lontarkan, rata2 depa ni kerja dalam golongan pertengahan.

Keperluan kewangan merupakan vital bagi setiap rakyat, mula daripada keperluan anak-anak bersekolah, sehingga kepada keperluan kediaman. Kualiti hidup rakyat sudah terancam, apa lagi mencuba lifestyle zaman moden.

Memang mudah, untuk memperkatakan, rakyat kena bersabaq, rakyat kena berkorban, slogan ini, telah wujud sejak zaman merdeka lagi. Slogan lagu ni, kalau zaman nak merdeka dan lepas tu boleh la pakai lagi. Zaman lani sesuai lagi ka? Sampai bila rakyat patut bersabaq?? Dah berapa tahun Malaysia merdeka yaa??

Pada pemimpin semua tak kiralah hangpa tu UMNO ka PKR ka DAP ka PAS ka. Hangpa kena ingat, masih ramai rakyat belum menikmati keperluan asas sebagai rakyat sebuah negara merdeka. Satu fakta, sehingga kini, tidak sedikit rakyat yang masih belum menikmati air bersih, sedangkan keperluan itu, sangat vital untuk melahirkan kehidupan yang berkualiti.

Di peringkat bandar, malah sudah dicanangkan bagaimana mengadakan tandas yang serba canggih, mesra pengguna dan menepati keperluan kehidupan yang berkualiti. Namun, kita terlupa bahawa mengwujudkan tandas yang bersih, memerlukan air sebagai bahan pembersih.

Kesabaran rakyat ada hadnya, selagi mereka melihat dan menyaksikan ketimpangan sosial, ketimpangan ekonomi dan ketimpangan cara kehidupan. Jangan sampai rakyat hilang sabaq hilang semuanya dalam sekelip mata. Masa tu menangis pun takda guna da oiiiii....

Sebenaqnya, perjuangan kerajaan adalah bagaimana mengwujudkan kesama taraan kehidupan yang lain tu lantak pi dululah. Rakyat boleh bezakan cara kehidupan lagu mana depa nak bawak.

Paling penting Kerajaan seharusnya memberi penumpuan kepada bagaimana menaik taraf kehidupan rakyat, dengan berbagai kaedah yang mudah dilakukan. Senang citer, bukannya yang berunsur penuh brokrasi, dan hanya dapat dinikmati oleh mereka-mereka yang terpilih.

Sumber : Serperterr.blogspot.com

Selasa, 3 September 2013

Jumaat, 23 Ogos 2013

Mahkamah tolak permohonan gereja

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu kontroversi melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf.

Dengan keputusan itu, rayuan kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman pihak gereja, akan didengar pada 10 September depan.

Hakim Abu Samah ketika membaca keputusan tersebut menyatakan, mahkamah berpuas hati agar rayuan pihak kerajaan diteruskan kerana perkara itu bukan sesuatu yang akademik pada peringkat ini.

Pada hemat kuorum tersebut, permohonan pihak gereja merupakan satu tindakan yang drastik sedangkan rayuan itu difailkan secara betul dan mengandungi pelbagai isu serta kontroversi yang perlu didengar dan diputuskan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara. Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan, kata beliau.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos atas persetujuan bersama pihak gereja, Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan dan Majlis Agama Islam di enam negeri.

Terdahulu, peguam Porres Royan yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah agar panel tersebut menggunakan bidang kuasa sedia ada di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan rayuan itu.

Peguam bela menghujahkan, rayuan tersebut kini akademik kerana Jemaah Menteri pada April 2011 telah mengeluarkan 10 butiran penyelesaian yang membenarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan bahasa pertuturan kaum pribumi digunakan oleh komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak.

Dakwanya, Kabinet mengeluarkan 10 butiran penyelesaian itu bagi mengakhiri sekatan KDN berhubung kemasukan Injil bagi kegunaan komuniti Kristian di sana.

Menurut Porres, keputusan Jemaah Menteri itu merupakan keputusan kolektif yang dicapai bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung penggunaan Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan bahasa penduduk pribumi dalam Injil. Sehubungan itu, peguam bela menghujahkan, tidak wujud sebarang kontroversi di antara pihak berkenaan yang boleh dikaitkan dengan perkara pokok dalam rayuan itu.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang berhujah bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri menyatakan, rayuan tersebut bukan akademik. Beliau menghujahkan, permohonan bagi membatalkan rayuan itu merupakan sesuatu yang remeh. Terdapat pelbagai isu komprehensif yang memerlukannya didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang mewakili Majlis Agama Islam Terengganu selaku salah satu pencelah dalam rayuan itu menghujahkan, isu berhubung 10 butiran penyelesaian yang dibangkitkan pihak gereja tidak relevan pada peringkat ini.

Peguam bela menghujahkan, permohonan itu tidak munasabah atas alasan ia bersandarkan kepada fakta yang tidak boleh diterima kerana keputusan Kabinet dikeluarkan selepas dua tahun menteri membuat keputusan iaitu pada 7 Januari 2009.

Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) berhujah, isu kalimah Allah tidak dipertimbangkan langsung ketika Kabinet membuat keputusannya. Sebaliknya, keputusan tersebut berkaitan isu pergerakan keluar masuk Injil dalam negara dan sebaliknya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Dalam permohonan semakan kehakiman, gereja tersebut menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan menteri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God dalam seksyen bahasa Malaysia tetapi kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. - Utusan Online

Khamis, 22 Ogos 2013

'Shahrizat liabiliti Umno, patut lepas jawatan'

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana dianggap sebagai liabiliti kepada Umno.


Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

“Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.

“Jika benar Shahrizat sayangkan Umno, beliau akan melakukan sesuatu yang baik untuk parti (melepaskan jawatan). Kita tidak tahu sama ada pencabarnya boleh menjadi sebaik beliau, tetapi Shahrizat patut tahu bila hendak berundur,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini, Shahrizat mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya sejak pemilihan 2009.

Pendirian itu, katanya, selaras dengan perlembagaan baru Umno yang membenarkan ahlinya bertanding bagi sebarang jawatan.

Dalam pada itu, Jayum berkata, setakat ini tiada calon yang dilihat layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno.

“Dengan pelbagai agenda transformasi negara yang dilaksanakan Najib, beliau berada di landasan yang betul. Mereka yang ingin mencabar Najib perlu mengemukakan idea yang lebih baik daripada beliau. - Sinarharian



Selasa, 20 Ogos 2013

Gempa bumi di Kupang, Daerah Baling, Kedah

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini. - BERNAMA

Gempa bumi sudah semakin dekat dengan kita - APM

Khamis, 6 Jun 2013

Mereka datang ke Tanah Melayu naik tongkang buruk, kini ke jalanan nak jatuhkan kerajaan!!!


Kedatangan orang-orang Cina ke Pulau Pinang dan Tanah Melayu amnya adalah kerana tujuan ekonomi. Hal ini pernah dilaporkan oleh Francis Light pada tahun 1794 bahawa "a poor labourer will work with double labour toacquire two or three dollars to remit to China". (Logan)


Oleh kerana tujuan kedatangan ialah untuk mencari kekayaan maka 90% daripada imigran Cina Pulau Pinang terdiri dari kaum lelaki. Mereka tidak merancang untuk tinggal tetap di Pulau Pinang. Kedatangan golongan saudagar adalah untuk berniaga dan bertukar barangan China seperti kain sutera dengan hasil-hasil tempatan seperti bahan-bahan mentah. Mereka tidak menghadapi banyak masalah.

Mereka datang dengan bayaran sendiri dan tongkang yang dinaiki adalah lebih baik dari rongkang yang dinaiki oleh golongan buruh.

Golongan buruh pula merupakan golongan yang paling ramai dan selalunya menghadapi masalah. Dianggarkan setiap sepuluh orang yang datang tujuh daripada mereka terdiri dari buruh. (Wong Yuo).

Kedatangan buruh-buruh Cina ini pula terbahagi kepada dua iaitu secara berhutang yang digelar sistem kredit tiket dan bayaran secara tunai. Kebanyakan buruh-buruh Cina ini datang secara sistem kredit tiket dan mereka dikenali sebagai "sinkheh". Sistem ini diperkenalkan oleh British pada tahun 1823. (Logan)

KONGSI-KONGSI GELAP CINA

Dengan cara ini seorang agen di negera China dilanti oleh saudagar Cina Pulau Pinang yang biasanya juga merupakan ketua-ketua kongsi gelap untuk menarik bakal penghijrah Cina. Buruh-buruh Cina yang datang selalunya terikat dengan kumpulkan kongsi gelap kerana peluang untuk mendapatkan pekerjaan terletak di tangan kongsdi-kongsi gelap. (Li Dun Jen)

Agen-agen ini akan dibayar seringgit bagi setiap pekerja yang dapat diambilnya. Agen-agen yang menjadi orang tengah ini selalunya akan merampas wang yang ditawarkan kepada pekerja ini. Ini menyebabkan pekerja yang miskin bertambah miskin.

TONGKANG BURUK

Golongan buruh ini mengalami penderitaan dan cabaran bukan sahaja di negeri Pulau Pinang tetapi juga semasa perjalanan mereka ke Pulau Pinang dan semasa penetapan mereka di Pulau Pinang. Perjalanan mereka dari negara China disifatkan Victor Purcell sebagai mengerikan. Semasa angin kencang, penumpang-penumpang terpaksa berselindung di balik dinding-dinding.(Purcell)

Mengikut Hugh Clifford, seorang pegawai British, kekotoran tongkang telah menyebabkan merebaknya penyakit Kolera.(Purcell)

Tongkang yang dinaiki mereka adalah buruk dan mengambil masa 30 hari untuk tiba di Pulau Pinang. Kebanyakan mereka datang pada bulan Jun dan Oktober semasa Monsun Barat Daya. Pada pertengahan abad ke-19, terdapat 2000 hingga 3000 sinkheh yang datang secara "selling of piglets" atau "pig business" ke Pulau Pinang setiap tahun. (Mereka digelar 'piglets' kerana 'tocang' mereka dianggap menyerupai seekor babi. Baca Blyte, The Impact of Chinese Secret Soicieties in Malaya).

(Artikel di atas sebahagian daripada tulisan saudara Yap Siew Khim)



KINI MEREKA NAK JATUHKAN KERAJAAN DI JALANAN

Selepas menikmati kesenangan di Tanah Melayu, bukan lagi naik Tongkang buruk, selepas memperolehi kekayaan di Tanah Melayu bukan lagi kemiskinan dan penyakit, selepas diberi hak mengundi dan kini memerintah di Tanah Melayu, mereka kini turun beramai-ramai di jalan raya untuk menjatuh kerajaan secara kasar dan paksa!

Red Bean Army atau dalam bahasa Cina (Ang Tow Peng) kini sudah dikesan, Ang Tow Peng ini umpama kongsi-kongsi gelap DAP! Menghina Duli Yang Maha Mulia Raja kita, Menghina agama kita, menghina bangsa kita, bagaimana kita perlu bertindak berdasarkan sejarah di atas dan hala tuju mereka hendak menjatuhkan kerajaan di atas jalanan???

Apakah ini balasan yang diberikan kepada Tanah Melayu?

sumber : cinakawkaw.blogspot.com